Keajaiban Di Sungai Tagal Luanti Ranau, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Assalamualaikum. Percutian anda di Sabah tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Ranau, Sabah. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sana. Antaranya ialah Kundasang, Ladang Teh dan kolam air panas dan banyak lagi. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong apabila sampai di Ranau ialah Luanti Fish Spa. Ianya telah menjadi tempat menarik di Ranau Sabah.
Etuza sebenarnya telah pergi ke tempat ini iaitu di Sungai Tagal Luanti di Ranau Sabah. Etuza rasanya nak berniat hendak ke sana lagi, kerana Etuza baca menerusi blog kawan-kawan yang ada ke sana pada tahun 2018, tempat ini semakin menarik perhatian pelancong dan ada daya tarikan yang tersendiri. Dahulu gerai-gerai kecil tepi jalan sedang dibina dan sedang di siapkan dengan cara tradisional dan reka bentuk yang menarik daripada bambu atau buluh. Sementara ikan di sungai Tagal Luanti hanya satu jenis iaitu ikan hitam iaitu ikan Lampam Jawa. ( jika tidak silap ). Kini Etuza lihat ikna-ikan tersebut semakin besar berbagai jenis dan warna dan boleh kita pegang. Boleh di pegang angkat yang benar-benar mengujakan Etuza nak ke sana lagi bersama anak-anak Etuza.
Semasa Etuza berkunjung sini dahulu, ikan itu memang jinak dan meluru sedut-sedut kaki kita, geli pun ada rasa nak teriak kerana rasa geli hingga mencuit hati. Apabila Etuza pegang dan nak tangkap ikan tu pantas lari. Jinak-jinak merpati masa tu. Ha sekarang amik kau boleh pegang yeo... best tu dapat pegang ikan dan berbual-bual dengan ikan.
INI LAH KEAJAIBAN YANG ALLAH TUNJUKKAN BETAPA SEMUA MAKHLUK DI DUNIA INI SALING BERGANTUNGAN.
Semoga Allah kabulkan niat murni Etuza untuk membawa anak-anak ke sungai Tagal Luanti SPA di Ranau, Sabah. Baiklah lihat gambar-gambar kenangan Etuza ini.
Bestkan dapat mendekati ikan-ikan ini. Setiap hari ramai yang datang ke sini. Siap dengan penerangan dan amaran serta peraturan yang di berikan selain risalah di Sungai Tagal Luanti Ranau, Sabah.
3 Ulasan
Banyak tempat menarik untuk dilawati di Sabah. Teringin untuk ke Kundasang, tanah tinngi di Sabah.
BalasPadamBanyaknya ikan..
BalasPadamSaua pun teringin sangat nak ke Sabah. Entah bila la blh bercuti kesana.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.