Balik Kampung Jumpa Ibubapa

Balik Kampung Jumpa Ibubapa
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Sabtu lalu anak dari UNIMAS Sarawak selamat sampai di Keningau, Sabah bercuti seminggu sahaja untuk menemui ibubapa di kampung halaman. Memang sangat rindu dengan anak-anak yang berada di rantau, alhamdulillah syukur kepada Allah atas rahmat dan perlindungan kepada anak Etuza dan semua penumpang MAS dari Sarawak ke Sabah lewat petang sabtu kemarin.

Jangan lupa Klik SINI 

Seminggu cuti apa lah sangat yang dapat dibuat, hanya berehat di rumah bersama ibubapa. Dan hari ini anak Etuza tiba-tiba ambil kunci kereta dan hidupkan kereta lama kami. Katanya hendak jumpa atuk dan nenek  di rumah nenek, sambil nak membeli minuman air sejuk. Rindu jumpa nenek lah tu. Masa kanak-kanak dahulu atuk dia selalu bagi anak-anak Etuza duit belanja sekolah. 

Mungkin itu antara sebab semua anak Etuza tidak lupa menemui atuk nenek mereka apabila balik kampung. Alhamdulillah anak anak Etuza mengenang jasa atuk nenek. 

Selamat malam, jom beradu. Baru lepas menonton GV malam ini yang gempak sekali.Terhibur Etuza dengan lagu-lagu yang semua menarik disampaikan dengan cemerlang semua artis.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Cuti midsem ke tu? Apa² pun selamat bercuti. :)

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti seminggu tu kira lamalah juga kalau buat orang yang bekerja tapi kalau buat student memang sekejap jer...

    BalasPadam
  3. Kamipun dah 5 bulan tak ketemu anak bujang. .

    Insya allah 2 minggu lagi baliklah dia..

    BalasPadam
  4. mesti seronok mereka dapat jumpa cucu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah cuti yang ada dapat jumpa ibu bapa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.