Tradisi Masyarakat Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Bertemu lagi di arena blog, dan blog Etuza ini merupakan blog yang Etuza sayangi. Selagi ada kesempatan dan idea selagi tu ada kemasukan entri baru. Sokongan dan kemahuan berblog harus ada pada skala tinggi, jika tidak kita tidak mampu menaikkan entri baru di blog. Apa tah lagi jika dalam keadaan terpaksa. Bukan mudah untuk kekal di persada blog, jika berblog suam-suam kuku seperti Etuza. Blogger yang sepenuh masa, tabik dan hormat dengan mereka. trafik blog mereka pasti MENCANAK NAIK.
Wah panjang pula intro Etuza. Terbaru sekolah Etuza menjadi tuan rumah ( pengerusi penganjur ) Majlis kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Zon Pegalan kali ke 52 2019. Antara yang menarik pada kejohanan ini mengikut pemerhatian Etuza ialah, sekolah kami telah berjaya mengadakan satu tenda atau satu alat yang digunakan untuk Gimik Perasmian MSSS Zon Pegalan, iaitu alat menyangkut Gong yang sangat unik dan kreatif. Idea menghasilkan tenda atau alat unik ini ialah Cikgu Noratiqa Abdullah. Jika anda tengok memang kreatif dan di buat daripada alat yang tahan lama. Menggunakan kayu bulian dan di varnis sangat kemas.
Gimik ini di palu sebanyak 10 kali menunjukkan sebanyak 10 buah sekolah yang bertanding dalam MSSS Zon Pegalan ini. Ramai individu masa pelancaran MSSS Zon Pegalan merasa kagum dengan pengurusan sekolah Etuza sebagai penganjur kesukanan ini. Syabas dan tahniah Etuza ucapkan kepada sekolah Etuza sendiri. Gog di palu dengan pemukul yang disimpan di dalam sikutan yang dibuat daripada rotan itu. Gong pula kelihatan ada ukiran yang menarik.
Tradisi Masyarakat Sabah ini sebenarnya tetap terjaga dan selalunya diadaptasi atau diguna pakai apabila ada acara atau keramaian tertentu sambil di iringi alunan muzik paluan gong dengan di iringi tarian SUMAZAU oleh orang Kadazan Dusun.
Unik hasil cipta Pn. Noratiqa Abdullah
Ambil gambar kenangan JOHAN acara perbarisan
Etuza bersama ibubapa.berehat sambil menyaksikan persembahan Silat dan Tarian Rampaian
di padang Kompleks Keningau.
7 Ulasan
Org sabah terlalu menyangjungi adat budaya masing2.harapan sy agar belia hari ni dpt mengekalkan budaya itu.
BalasPadamHarus dikekalkan tradisi begini untuk tatapan generasi akan datang....
BalasPadamTeruskan usaha memartabatkan seni budaya bangsa dan agama...
BalasPadamTradisi masyarakat seperti ini sememangnya harus dijaga agar generasi akan datang tetap tahu menghargai warisan budaya dan bangsa. Acara yg menarik dan menyeronokkan disamping menrapatkan lagi ukhwah bersama :)
BalasPadamAsalamualaikum semua blogger yng datang komen..terima kasih. Hanya budaya tradisi ketuk gong itu sekadar gimik. Tiada unsur keyakinan pada gong ya. Sekadar bunyi yang memberi isyarat bermula sesuatu majlis. Kuasa yang hebat adalah dari Allah yang satu..
BalasPadamOoo begitu tradisinya
BalasPadamSeronoknya dengan pelbagai kebudayaan. .
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.