Kreatif Aplikasi Gubahan Bunga Hidup

Kreatif Aplikasi Gubahan Bunga Hidup 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum semua teman maya jauh dan dekat. Semoga hari ini ceria dan sihat hendaknya. Sebelum meneruskan catatan di wall blog Etuza ini, Etuza hendak memohon maaf atas banyak kesilapan ejaan dalam entri terbaru Etuza. Ada juga usaha semak membaca setelah siap mencatat kata-kata, tetapi nampaknya Etuza akur kekurangan diri. Maafkan saya.

Gubahan Bunga Hidup yang Unik..

Cuba perhatikan gubahan bunga hidup ini. pada Etuza yang memang sukakan keindahan alam semulajadi, gubahan sebegini Etuza anggap hasil tangan yang amat kreatif. Insan yang ada idea sebegini adalah orang yang jiwa dia hidup dengan menyukai khazana alam semulajadi, apatah lagi bunga-bungaan yang segar di awal pagi di persekitaran amat menarik pandangan dan menyegarkan persekitaran kita. Selain jimat dengan kos yang murah simple tetapi sungguh memberikan kesan suka dan gembira kala melihat gubahan bunga tersebut di tiap meja.


 Gubahan Bunga Hidu Yang ke 2 juga menarik perhatian 

Kepada penggemar bunga di sana, inilah dia salah satu aplikasi atau manfaatkan bunga yang hidup dalam majlis. Jika hendak menjimatkan wang bolehlah aplikasikan cara ini. Kita di tuntut untuk tidak membazir. Bagaimana pun aplikasi menggubah bunga dari bunga hidup kemungkinan boleh di applikasi di kampung sahaja kerana di kampung banyak pokok-pokok bunga di persekitaran. Sementara bunga yang ada di bandar atau kota merupakan bunga di jaga oleh  Majlis Daerah masing-masing. Bermakna bukan sesuka hati untuk memetik melainkan dengan izin dahulu.

 Meja kami..Etuza Cg. Ariffin dan Cg. Rosdi

Warga guru wanita di SK. Magatang  di Majlis Hari Guru Zon Pegalan baru-baru ini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.