Resipi Ayam Kerutuk Kelantan ( Belajar Masak Resipi Baru )
Lain tempat lain masakan dan lain bahasa yang kita dengar.. Terus terang pertama kali membeli serbuk kari kerutuk khas masak ayam kerutuk Kelantan. |
Inilah hasil masakan Ayam Kerutuk Kelantan di masak oleh Blogger Keningau...hentam ja lah... |
Puas cari rempah atau serbuk kerutuk serbuk khas untuk memasak ayam kerutuk Kelantan. Bahan lain semua ada di Keningau. Hanya serbuk ini sahaja yang payahnya hendak cari. Inilah gayanya orang baru hendak belajar. Tidak dinamakan ayam kerutuk jika tidak guna serbuk kerutuk ini.Alhamdulillah hasrat hendak belajar masakan orang Kelantan akhirnya menjadi juga hari ini. Dan inilah hasilnya. Mungkin lain rupa kelihatannya..kerana ini masakan percubaan dan pertama kali di masak oleh Etuza.
Resipi ayam kerutuk Kelantan ini, ramai yang akan makan petang ni lepas asar. Inilah juadah yang Etuza bawa ke rumah mak ada kenduri petang ini.Selain itu mama masak batang keladi muda. Katanya nak masak lemak batang keladi udang kering. Baru siap. Lepas ni nak ambil gambar pula masakan mama itu. Anak-anak sedang bersiap ke rumah mak hari ini. Adik-adik Etuza juga ada dan anak-anak buah yang lain. Hajat kenduri hari ini atas kehendak mak Etuza. Bawa mana yang ada niat untuk sedekah kepada keluarga dan jiran tetangga mak. InshaAllah lepas asar bertolak ke rumah mak. Selamat tanun baru 2016. Maaf BW kurang lancar, apapun akan terjah juga blog anda semua.
Lepas balik dari kampung sebelah ( rumah mak ) akan ada entri khas untuk Blogger Muda Mizz Aiza. Harap Mizz Aiza akan dapat memberikan kerjasama yang segera lepas baca entri menyusul nanti. Klik RESIPI AYAM KERUTUK KELANTAN ini.
15 Blogger Malaysia Terkenal - Viral mesti lihat, jalinkan ukuhuwa maya secara sihat. Ikuti mereka di laman jmbelog.
15 Blogger Malaysia Terkenal - Viral mesti lihat, jalinkan ukuhuwa maya secara sihat. Ikuti mereka di laman jmbelog.
13 Ulasan
Mesti sedap ni kalau cikgu etuza yang masak kan..:)
BalasPadamayam kerutuk kelantan memang sedap SP ..tapi yang Etuza buat ni..ala kadar ja ramuan mungkin terkurang atau tersilap resipi hehee
Padamkerutuk kelantan dia gelap skit..may b cikgu etuza tak tambah kerisik.nampak mcm kari..tp rasanya confirm, sedap..:)
BalasPadamya tulah,nampak dalam resipi pun agak gelap..tu, ada letak kerisik juga ni ya Normi..kalau begitu boleh tak bagi resipi ..atau pun nanti saya google kan lah ya
PadamMasa tumis rempah ratus, kena betul2 masak aka 'naik minyak' kata org klate..
BalasPadamTahniah Cikgu sbb mencuba resepi baru..
Rempah kerutuk jenama adabipun ada.. kalu tak jumpa, saya boleh kirimkan dari sini, nnt Cikgu bgtau kalu x jumpa kt sana
Memang ada ramuan yang kurang tu umi, kerisik kelapa x berapa cukup,
Padamtapi yang dalam gambar tu dari adabi kan..tak tahu sukatan kalau seekor ayam..kena blander juga bawang besar kan.. atau ada rempah lain selain rempah kerutuik adabi tu..nak belajar lagi..masak ni anak2 suka..kawan jiran pun suka..
2-3 hari lepas, saya gabungkan rempah kerutuk & kari daging/ayam untuk memasak menu ayam.
PadamCaranya seperti memasak kari ayam/daging tapi tambah cili kering giling & serai semasa menumis rempah.
Cubalah, pasti tidak mengecewakan.
Umi dalam gambar tu lah kan rempah kerutuk adabi..bukan tu kah?
BalasPadamHa'aa betul dah tu Cikgu..
BalasPadamBila lg Cikgu tampal gambar tu, awat saya baru nampak?
pagi-pagi buka blog tengok resepi ayam kerutuk terus lapar..sedap
BalasPadamsalam cikgu kira hebat la cikgu boleh masak masakan semenanjung!
BalasPadamratah gitu pun sedap cikgu
BalasPadamcikgu cuba masak ungkep ayam pula..makanan negeri johor..jawa.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.