Umpama Bina Masjid Baru Untuk Ayah Mentua Etuza
Asalamualaikum Semua...Apa khabar?
Ini lah keadaan dapur baru ayah mentua Etuza selepas dirobohkan. Ini adalah kehendak Etuza dan isteri untuk memberikan ayah mentua sebuah dapur yang lebih selesa dari asal. Etuza beri 100 % keizinan kepada isteri untuk menyatakan niat ini kepada ayah mentua.
Hari ini hari sabtu Etuza dan isteri datang melawat dapur yang sedang di bina oleh 4 orang pekerja yang diupah untuk membina semula dapur yang telah dirobohkan. Mulanya Etuza tidak berkeyakinan untuk membantu isteri memandangkan ada ipar lelaki Etuza dan ramai adik beradik isteri Etuza, tetapi semuanya sudah berkahwin dan tinggal berjauhan dengan ayah mentua. Etuza fikir tidak apa lah jika semua adik beradik isteri Etuza tidak dapat dihubungi untuk membincangkan niat murni Etuza dan isteri. Alhamdulillah ada seorang ipar perempuan iaitu adik kepada isteri Etuza yang memberi respon baik dan hari ini ( 14hb Nov 2015 ) datang ke rumah ayah mentua untuk menyerahkan wang sebanyak RM3000 kepada ayah mentua. Alhamdulillah.
Pendek cerita inilah gambar situasi jalan menuju ke rumah ayah mentua. Sebenarnya rumah ayah mentua berada di satu bukit dan jauh dari perkampungan. Dari bukit tempat rumah ayah mentua nampak pemandangan desa kelahiran isteri Etuza. Cuba anda tengok suasana ke rumah atau ke lokasi rumah kediaman ayah mentua.Siapa yang tidak pernah mendaki anak bukit rasanya sakit kaki naik ke puncak ( hahaha bukanlah puncak sangat) rumah ayah mentua. Apabila berada di atas atau tempat rumah ayah mentua kita akan melihat pemandangan perkampungan yang indah.
Inilah dapur yang sedang di bina itu. Tapak asal
80% di bongkar ...
* Kelihatan salah seorang pekerja sedang
bertungkus lumus mengambil dan memunggah bata .
* Cuba tengok jari telunjuk itu. Ha itulah isteri Etuza
termengah-mengah naik bukit..menuju ke rumah
kediaman ayah mentua.
* Dekat rumah ayah mentua dapat lihat beberapa ayam..anak-anak ayam yang comel..
* Pokok nangka yang lebat berbuah...
* Tiga buah motor bersusun milik pekerja yang diupah oleh Etuza dan isteri Etuza.
* Batu-bata dan zink spandik masih belum dipasang semuanya.
* Rangka dapur yang kelihatan agak luas..
Etuza mengambil kesempatan untuk menegur pekerja dengan sopan agar minta pelan sebenar dapur agar dapat diikut. Sebaik zink spandek di pasang ( bumbung ) Etuza dan isteri akan datang lagi untuk menyerahkan diposit pertama ( Upah ) kepada mereka atas kerja-kerja membina semula dapur ayah mentua. Kini dalam perkiraan Etuza 60% disiapkan. Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga dimudahkan urusan.
Etuza andaikan kami sedang membina MASJID untuk ayah mentua. Seronok pula melihat dapur ayah mentua yang sedang dibina.
Nampak tak nangka tu...lebatnya berbuah...
43 Ulasan
waalaikumussalam. singgah petang
BalasPadamterima kasih kunungan sobat ya
Padamsubhanallah..moga kerja kerja pembinaan dipermudahkan Allah..
BalasPadamAlhamdulillah PC..semoga cepat siap..berkat doa semua..amin
PadamAssalamualaikum, salam kenal dari blogger indonesia. Nanti kalau sudah siap keluarga pasti seronok dengan dapur yang baru yah.
BalasPadamWalaikumsalam ..wah dari Indonesia, blogger hensem Isrofil Achmad..terima kasih bertemu di udara maya ya..ok inshaAllah kalau siap nanti memang happy lah ayah mentua kan...terima kasih
PadamDengan bumbung sekali kena tukar..
BalasPadamTak pe..yang penting ayah mertua cikgu selesa...
ya zink sekali kena tukar...terima kasih cik akak
PadamW.salam, alhamdulillah sihat..
BalasPadamalhamdulillah...semoga sihat sekeluarga ..amin
PadamKena mendaki ke jika nak ke rumah mertua?
BalasPadamTak bawa kereta ke? Kesian ' Mama' termengah2, kalau saya pasti beberapa kali berhenti rehat, maklumlah stamina x kuat.
Ayat saya di atas tergantung rupanya..
PadamTak boleh bawa keretakah hingga ke laman rumah bapa mertua tu?
Asalam Umi..oo boleh bawa kereta..cuma jalan tu rosak akibat hujan lebt dah berlubang..risau pula sangkut tayar kan..tak apa bukan jauh ...boleh lah test kaki boleh naik ke tak ...))
PadamKalau saya, mau semput kat tengah jalan tu..
Padam(Itulah akibatnya terlalu dimanjakan sgt, hu3)
Alhamdulillah moga dipermudahkanNya segala urusan, aamiin...
BalasPadamamin..terima kasih umi
PadamSedapnya nangka tu..
BalasPadamNangka biasa @ nangka madu? semasa kat kampung dulu, arwah ayah ada tanam nangka 'bubur', sedap tapi rasanya dah kena tebang..
yang pelik nangka ayah mentua tu sentiasa berbuah lebat...cantik2 lagi tu Umi..ada mama ambil sebiji bawa balik masak lemak ..huu! sedap..
PadamBuah nangka muda sedap dibuat kerabu.
PadamTiba2 teringinlah pula..
RM7k + RM3k, kiranya RM10,000 juga abis untuk kos2 pembinaan dapur baru, alahai nilai RM sekarang ni..
BalasPadambelum gaji tu UMI..upah lain...memnag mahal tahmahan pula GST kan kos penghantaran lagi, banyak lagi keperluan..semoga akan siap juga nanti dapur baru ayah mentua.Ada mahu dibeli ..Etuza juga yang diarahkan pergi membeli..tak apa ..semoga cepat siap.
PadamMaksud Cikgu, bahan2 itu kita beli sendiri, kemudian upah pekerja?
PadamAdoiiiiii lagi mahal, terfikir pula nasib anak2 cucu nanti.. ( rasa tua sgt daa diri ni, hu3)
moga dipermudahkan segala urusan pembinaannya
BalasPadamamin terima kasih ya TKK
PadamAamiin..
PadamBesar nampak nya dapur tu
BalasPadamBesar juga tu iryanty..inshaAllah jika dah siap boleh kongsi lagi dalam blog ..iryaty tunggu ya. InshaAllah moga dimudahkan olehNya
PadamMoga cepat siap ye ..amin
BalasPadamterima kasih iryaty..amin
Padamwaalaikumssalam...alhamdulillah JM sihat hikss
BalasPadamalhamdulillah ..jaga diri ya JM bawa teman jika berjalan jalan ke manapun..))
Padamrumah di atas bukit mmemang lah cantik dapat lihat view di bawah
BalasPadambetul ..ada uadara segar nampak kejauhan yang menyamankan minda..
Padamkenapa 'mama' berjalan kaki mendaki bukit tu? laluan sempit ke untuk bergerak dengan kereta sehingga sampai ke rumah...
BalasPadambole lalu tu JM..cuma dekat2 puncak ke rumah tu ada lubang dalam kesan hujan..takut lah gantung tayar, lagipun payah nak turun nak undur maju .pun huuu!! sempit..motorsikal ok..anytime boleh naik ..selesa lagi..
Padamboleh tu naik Jm cuma etuza takut tayar gantun ada lubang dalam pada jalan dekat2 puncak..risau juga payah nak undur maju kereta. Bukan jauh juga..motor boleh naik. Oo ya jalan rosak akibat hujan lebat dua hari lalu..jalan berlubang
PadamAyah mertua cikgu Etuza tinggal bersama siapa di rumah tu...byk betul soalan kan...
BalasPadamtinggal dengan adik ipar perempuan. Ada cucu2 dia. Seorang cucu sedang kursus Pegawai Kesihatan awam...tak apa ..jika kita niat Ikhlas akan jadi..sesiapa yang memberi inshaAllah ..
Padamjika kita menggembirakan hati ibu ayah dan ibu ayah mertua..in shaa Allah, Allah akan berikan balasan yg setimpal...x rugi berbudi kepada ayah dan ibu...bertambah rezeki nanti
BalasPadamInshaAllah Jm..sejuk hati membaca catatan JM...inshaAllah..tu lah Etuza kata ada keikhlasan apapun akan menjadi nyata dengan izin Allah. Mulanya tak berapa setuju..tetapi Etuza segera kembalikan apa juga reaeki kita dari Allah..kalau ada kenapa tak beri kepada yang memerlukan...alhamdulillah JM ..nampaknya ramai menyokong..Terima kasih
BalasPadamAlhamulillah.. semoga niat baik cikgu membantu membina semula dapur rumah dipermudahkan oleh Allah swt..
BalasPadamlebat betul buah nangka itu berbuah.. mesti sedap dan manis isinya..
BalasPadamAlhamdullilah semoga semuanya dipermudahkan..aamiinn
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.