Asalamualaikum semua. Ha petang ini nak kongsi cabaran untuk Nur Aliya puteri Etuza yang ketiga, berumur 9 tahun. Bulan  Kokurikulum memang saat ditunggu oleh ramai murid, kerana program Bulan Kokurikulum menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk mereka sertai. Termasuklah Nur Aliya menyertai pertandingan bercerita kategori Bahasa Melayu. 

Ha tengok lah aksi Nur Aliya naik pentas bertudung pink sebagai wakil kelab PPIM. Cerita bertajuk "Rapunzel". Seronok melihat Nur Aliya menyampaikan cerita di atas pentas. Lebih kurang 200 lebih murid sekolah melihat dan mendengar cerita Nur Aliya.

Tapi sayang umur 9 tahun tak dapat mencabar peserta tahun 6 yang lebih lancar, lebih banyak melakukan gaya dan bahasa badan ketika menyampaikan cerita. Nampaknya Nur Aliya tidak dapat meneruskan cabaran ke peringkat akhir kerana peserta pencabar dari tahun 6 lebih layak pilihan yang tempat di kedudukan juara bercerita tahun 2014. 

Apapun tahnia dan syabas untuk Nur Aliya, puteri Etuza kerana pengalaman ini akan menjadi titik tolak untuk Aliya lebih berani dan memperbaiki kelemahan diri apabila mengambil bahagian bercerita pada masa akan datang. Teruskan usaha wahai anakku Nur Aliya, dengan harapan dan doa semoga kejayaan akan mengiringimu kelak. Amin.

Nur Aliya ( 9 tahun ) menunggu 
giliran naik pentas..
Nur Aliya bersama Nur Arfah berbaju PBSM
Good Luck ..
Hakcipta@Etuza