Bahagianya Terasa Melihat Anak Tersenyum Gembira Di Hari Pernikahannya.

Bahagianya Terasa Melihat Anak Tersenyum Gembira Di Hari Pernikahannya.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Lama sekali Etuza menyepi diri, salam kemaafan yang tidak terhingga seandainya ada yang terasa ternanti-nanti artikal Etuza dalam ruangan pena blog ini. Jika tidak ada yang ternanti-nanti, Etuza rasa syukur kerana tidak memberikan beban kepada sesiapa sahaja.

Baiklah kali ini, infor kali ini ialah kesinambungan acara anak sulung lelaki Etuza bernikah masa awal Jun 2020. Alhamdulillah sudah terlaksana dan selesai semua urusan baik di pihak keluarga perempuan atau di pihak keluarga Etuza sendiri. Nampaknya bernikah masa PKP ini banyak hikmah tersembunyi, walau rasa terkilan kerana terhalang memanggil teman dan kenalan serta semua keluarga baik yang dekat dan yang jauh, tidak dapat menjemput semua atas kekangan dan halangan musim PKP, justru harus kita akur patuhi perintah ini.

Banner yang dapat Etuza sediakan untuk memberi rasa
bahagia dan gembira kepada anak dan menantu.Simple saja..

Sebenarnya meskipun  keadaan majlis nikah anak Etuza dan wanita pilihannya, dalam keadaan sangat simple, tetapi rasa bahagia itu amat terasa di hati kami ibubapa. Kami rasa kebahagiaan dan kegembiraan yang sangat luar biasa, kerana dengan izin Allah sesungguhnya anak lelaki Etuza selamat diijab kabulkan pada 2/6/2020 ketika Dunia dan terkesan Negara Malaysia menghadapi wabak yang sangat mengerikan ini. " Syukur ya Allah atas izinMu anak kami selamat bernikah dengan keadaan aman dan damai". Alhamdulillah. Apatah lagi kami menerima keluarga baru iaitu menantu kami. Alhamdulillah.

Sebab itu perasaan gembira, bahagia tetap terasa di hati ini. Etuza berdoa semoga anak Etuza dan isterinya bahagia dan gembira hingga ke anak cucu. Dengan cara ini atau ketika wabak melanda Dunia, mereka tetap Allah satukan Allah beri restu kerana perkahwinan ini adalah Sunnah Nabi Muhammad Selepas seminggu mereka di nikahkan anak Etuza dan isterinya terus ke Kuantan Pahanag, kerana bertugas di negeri Pahang. InshaAllah ada masa Etuza dan isteri akan melawat mereka di Kuantan Pahang. Salam kasih sayang, salam hormat dan ayuh kita bantu negara kita menghalang penularan Covid-19. semoga masyarakat di Malaysia selamat terhindar dari covid-19.



Gambar ini kami usahakan untuk menyambut menantu..
Sempat juga menyiapkan banner seringkas-ringkasnya.

Dua pasangan berbaju biru menawan duduk di singgah sana.
Mereka berdua dan kedua ibubapa turut menyaksikan persembahan 
Silat Sambut Tamu ..


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Tahniah. Selamat pengantin baru.

    BalasPadam
  2. Tahniah buat kedua mempelai. Tahniah juga buat keluarga kedua-dua belah pihak pengantin. Alhamdulillah. Urusan telah dilaksanakan dengan lancar. Selamat menerima menantu dan selamat menjadi mentua.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu, dapat menantu cantik

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cikgu,
    Tahniah di atas perkahwinan anak sulung dan beroleh menantu, Moga cikgu sekeluarga sentiasa diberkati usia..

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada pengantin baru

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. tahniah buat cikgu Etuza sekeluarga. Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai. Semoga berbahagia dan diberkati sehingga ke syurga.. aamiin :)

    BalasPadam
  7. Tahniah Etuza dapat menantu... selamat pengantin baru buat anak Etuza, manis dua sejoli tu

    BalasPadam
  8. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com

    BalasPadam
  9. Tahun ini terima menantu,tahun depan menimang cucu pulak

    BalasPadam
  10. Puan Kamsiah, inshaAllah moga Allah kabulkan doa

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Selamat menerima menantu yer

    BalasPadam
  12. Tahniah dan semuga bahagia. Saya juga lama tak singgah ke laman Etuza...

    BalasPadam
  13. ALHAMDULILLAH TAHNIAH SELAMAT PENGATIN BARU KPD MEMPELAI

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah syukur pada Allah. Mgoa bahagia hingga ke jannah buat Ikmal dan pasangan. Tahniah juga buat cikgu dapat menantu di musim PKP. Alhamdulillah syukur

    BalasPadam
  15. Tahniah Cikgu dapat menantu. Selamat pengantin baru buat anak Cikgu

    BalasPadam
  16. nampak sungguh kegembiraan pada muka pasangan pengantin ..

    alhamdulillah

    BalasPadam
  17. alhamdulillah tahniah , simple je but nais

    BalasPadam
  18. Tahniah.
    Semoga Bahagia hingga ke jannah.
    Semoga dapat menimang cahaya mata tahun hadapan.
    Adik saya pun InsyaAllah bulan depan akan bernikah juga.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah Cikgu dapat menantu pertama.Syukur.

    BalasPadam
  20. Asalamualaikum & salam sejahtera semua rakan blogger. Alhamdulillah terima kasih ucapan tahniah ya...semoga di limpahkan rezeki ..aamiin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.