 |
Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Sudut Pameran Bertema Kelas Tahap 1 dan Tahap 2
|
 |
| Kepada Cikgu Tahir Dulamit. |
Tahun 2026, banyak kenangan, sejarah atau memori yang dialami. Tahun 2026 melakar kenangan yang sangat indah dalam kamus kehidupan ku. Walau dilanda kesibukkan tetap di lalui rutin hidup yang seharusnya dilalui dengan rasa reda, ikhlas menerima apa juga kerana itulah semua asam garam kehidupan. Syukur kepadaNya kerana memberikan kesempatan menugurus kehidupan dalam keadaan selamat dan dimudahkan. Alhamdulillah.
Terbaru minggu ini bersamaan 10.09.2026 Etuza menjadi jemputan khas dalam Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Penagatan , Keningau. Terima kasih KEPADA pentadbiran dan guru-guru sekolah ini, kerana masih memberi kepercayaan dan menghargai Etuza, yang merupakan salah seorang guru dari tahun 1995 hingga ke Sept 2026.
Majlis rasmi ini sangat meriah dengan keadaan semua warga sekolah memakai pakaian bertema warna jalur gemilang iaitu warna putih, kuning, biru dan merah. Acara peragaan pakaian bertema merdeka adalah acara sangat meriah kerana adanya persembahan di pentas di mana semua peserta memperagakan pakaian merdeka mereka yang sangat menarik, kreatif dan inovasi.
Syabas kepada AJK penganjuran yang tulang belakang utama Cikgu Piah dan guru lainnya. Syabas dan tahniah kepada semua ibubapa yang melibatkan diri dan juga syabas dan tahniah kepada murid yang menyertai tiap pertandingan dan tahniah kepada yang menjuarai acara-acara yang dipertandingkan. Teruskan usaha dan diucapkan kepada semua rakyat Malaysia Salam Kemerdekaan kali ke 69 dengan tema indah " MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI"
 |
| Cikgu Ammar ( Guru Pelatih) |
 |
| Johan Pameran Bertema Tahap 2 |
 |
| Johan Pameran Bertema Tahap 1 |
 |
| Johan pakaian merdeka 2026 |
 |
| Johan Bersajak Merdeka tahap 1 |
 |
| Johan Sajak Merdeka tahap 2 |
 |
| Menerima cendera kenangan selaku Penyelaras Bulan Kebangsaan 2026 |
 |
Salah seorang jemputan khas sempena majlis rasmi penutupan Bulan Kebangsaan SK.Penagatan 2026 |
21 Ulasan
Salam sejahtera semua, mohon maaf kerana agak lewat updated blog..teruskan berkarya yang berkelapangan masa dalam arena blog.
BalasPadamAlhamdulillah meriah sambutannya.
BalasPadamSyabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur, guru-guru, ibu bapa, serta murid-murid SK Penagatan, Keningau atas semangat patriotisme yang padu. Penghargaan khas buat Cikgu Etuza yang tetap dihargai dan disanjung tinggi oleh warga sekolah. Tahniah juga buat semua pemenang pertandingan!
BalasPadamWah meriah ya. Suka tenguk acara dia yang warna warni. Cikgu dah naik pangkat tukar sekolah ke
BalasPadamAlalala... comelnya pakaian Merdeka tu!
BalasPadamp/s: Lama betul cikgu cuti membelog...
Alhamdulillah..nampak meriah sangat serta indahnya pakaian mengikut tema.
BalasPadamTahniah Cikgu Etuza dan seluruh warga SK Penagatan! Meriah sungguh sambutan dan penutupan Bulan Kebangsaan. Cantik-cantik dan kreatif sungguh busana merdeka serta hasil kerja murid-murid. Syabas juga buat semua pemenang
BalasPadamAlhamdulillah...semoga tuan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari Malaysia...
BalasPadamComey comey anak anak yang menyertai pertandingan.. meriah suasana di sekolah..
BalasPadamSelamat Hari Merdeka & Hari Malaysia Cg!
BalasPadamBaru nampak Cg update blog, mungkin kekangan tugas agaknya.
Cantik betul pakaian anak murid yg menang baju merdeka tu. Selayaknya!
MZ singgah sini baca entry..tahniah kerana jadi penyampai hadiah2 tu...meriah betul costume pemenang!
BalasPadamalhamdulillah meriah majli penutup hari kebangsaan
BalasPadammasih dijemput utk program sekolah biar pun sudah pencen. Memang perlu bagi mengekalkan silaturrahim. Tahniah!
BalasPadammeriah majlis penutupnya
BalasPadamSeronok tengok semangat patriotik diraikan bersama-sama, mesti suasana majlis terasa hidup dan penuh warna!
BalasPadamAlhamdulillah sibukpun Cikgu dapat kemaskini blog.
BalasPadamwahhh cantik la baju-baju yang menang tu.
BalasPadamAssalamualaikum. Semoga cikgu akan kembali berblog seperti biasa.
BalasPadamTahniah cikgu. Sambutan yang meriah, suka tengok baju dengan warna tema bendera Malaysia, ada juga yang menggabungkannya dengan pakaian tradisi.
BalasPadamSegak cikgu berbaju merah di dalam majlis ini. Alhamdulillah rezeki dapat bersama guru-guru, pentadbir dan anak murid dalam majlis meriah ini
BalasPadamsuka tengok pemenang baju Merdeka tu. sebab nya cantikkkkk.. saya nak melaram, memang tak rajin. hehe
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.