Meriah Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan, SK.Penagatan, Keningau.

Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Sudut Pameran Bertema Kelas 
Tahap 1 dan Tahap 2

Kepada Cikgu Tahir Dulamit.

Tahun 2026, banyak kenangan, sejarah atau memori yang dialami. Tahun 2026 melakar kenangan yang sangat indah dalam kamus kehidupan ku. Walau dilanda kesibukkan tetap di lalui rutin hidup yang seharusnya dilalui dengan rasa reda, ikhlas menerima apa juga kerana itulah semua asam garam kehidupan. Syukur kepadaNya kerana memberikan kesempatan menugurus kehidupan dalam keadaan selamat dan dimudahkan. Alhamdulillah.

Terbaru minggu ini bersamaan 10.09.2026 Etuza menjadi jemputan khas dalam Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Penagatan , Keningau. Terima kasih KEPADA pentadbiran dan guru-guru sekolah ini, kerana masih memberi kepercayaan dan menghargai Etuza, yang merupakan salah seorang guru dari tahun 1995 hingga ke Sept 2026.

Majlis rasmi ini sangat meriah dengan keadaan semua warga sekolah memakai pakaian bertema warna jalur gemilang iaitu warna putih, kuning, biru dan merah. Acara peragaan pakaian bertema merdeka adalah acara sangat meriah kerana adanya persembahan di pentas di mana semua peserta memperagakan pakaian merdeka mereka yang sangat menarik, kreatif dan inovasi. 

Syabas kepada AJK penganjuran yang tulang belakang utama  Cikgu Piah dan guru lainnya. Syabas dan tahniah kepada semua ibubapa yang melibatkan diri dan juga syabas dan tahniah kepada murid yang menyertai tiap pertandingan dan tahniah kepada yang menjuarai acara-acara yang dipertandingkan. Teruskan usaha dan diucapkan kepada semua rakyat Malaysia Salam Kemerdekaan kali ke 69 dengan tema indah " MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

Cikgu Ammar ( Guru Pelatih)

Johan Pameran Bertema Tahap 2

Johan Pameran Bertema Tahap 1

Johan pakaian merdeka 2026

Johan Bersajak Merdeka tahap 1


Johan Sajak Merdeka tahap 2

Menerima cendera kenangan selaku Penyelaras Bulan Kebangsaan 2026

Salah seorang jemputan khas sempena majlis rasmi penutupan Bulan 
Kebangsaan SK.Penagatan 2026



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Salam sejahtera semua, mohon maaf kerana agak lewat updated blog..teruskan berkarya yang berkelapangan masa dalam arena blog.

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur, guru-guru, ibu bapa, serta murid-murid SK Penagatan, Keningau atas semangat patriotisme yang padu. Penghargaan khas buat Cikgu Etuza yang tetap dihargai dan disanjung tinggi oleh warga sekolah. Tahniah juga buat semua pemenang pertandingan!

    BalasPadam
  3. Wah meriah ya. Suka tenguk acara dia yang warna warni. Cikgu dah naik pangkat tukar sekolah ke

    BalasPadam
  4. Alalala... comelnya pakaian Merdeka tu!
    p/s: Lama betul cikgu cuti membelog...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..nampak meriah sangat serta indahnya pakaian mengikut tema.

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu Etuza dan seluruh warga SK Penagatan! Meriah sungguh sambutan dan penutupan Bulan Kebangsaan. Cantik-cantik dan kreatif sungguh busana merdeka serta hasil kerja murid-murid. Syabas juga buat semua pemenang

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semoga tuan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari Malaysia...

    BalasPadam
  8. Comey comey anak anak yang menyertai pertandingan.. meriah suasana di sekolah..

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia Cg!
    Baru nampak Cg update blog, mungkin kekangan tugas agaknya.
    Cantik betul pakaian anak murid yg menang baju merdeka tu. Selayaknya!

    BalasPadam
  10. MZ singgah sini baca entry..tahniah kerana jadi penyampai hadiah2 tu...meriah betul costume pemenang!

    BalasPadam
  11. alhamdulillah meriah majli penutup hari kebangsaan

    BalasPadam
  12. masih dijemput utk program sekolah biar pun sudah pencen. Memang perlu bagi mengekalkan silaturrahim. Tahniah!

    BalasPadam
  13. Seronok tengok semangat patriotik diraikan bersama-sama, mesti suasana majlis terasa hidup dan penuh warna!

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah sibukpun Cikgu dapat kemaskini blog.

    BalasPadam
  15. wahhh cantik la baju-baju yang menang tu.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum. Semoga cikgu akan kembali berblog seperti biasa.

    BalasPadam
  17. Tahniah cikgu. Sambutan yang meriah, suka tengok baju dengan warna tema bendera Malaysia, ada juga yang menggabungkannya dengan pakaian tradisi.

    BalasPadam
  18. Segak cikgu berbaju merah di dalam majlis ini. Alhamdulillah rezeki dapat bersama guru-guru, pentadbir dan anak murid dalam majlis meriah ini

    BalasPadam
  19. suka tengok pemenang baju Merdeka tu. sebab nya cantikkkkk.. saya nak melaram, memang tak rajin. hehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.