| Tempat ini di Jabatan Kecemasan Hospital Keningau, Sabah.Bahagian ruangan pesakit ditahan dan direhatkan serta dirawat oleh para Doktor, MA dan Nurse yang bertugas. |
Setiap Manusia Pasti Diuji. Ujian Yang Berbagai Situasi.
Sejak berusia 50an, memang banyak ujian datang dirasai dialami dan dengan kudrat yang lemah dan kekuatan yang ada ini dihadapi semua ujian yang pahit, getir dan menyedihkan. Teringat khutbah Jumaat di Masjid Bandar Keningau hari ini, bertajuk " Dunia Medan Ujian: Antara Sabar Dan Syukur". Mendengar dengan khyusuk satu persatu perkataan dan ayat, memberikan rasa insaf, sedar dan amat memahami inti khubah berkaitan tajuk yang dihujahkan. Suara Khatib membentang isi khutbah Jumaat begitu jelas dalam suasana semua jemaah duduk bersila dan mendengar dengan tenang dan penuh perhatian.
4.8.2026 waktu pagi datang ke Jabatan Kecemasan di Hospital Keningau, mendaftar untuk minta rawatan pada luka di dahi.Niat utama meminta luka di dahi dicuci dan jika dapat mintalah dijahit, kerana kulit dahi Etuza koyak. Etuza dibawah ke ruangan dalam dan berehat menunggu rawatan seterusnya.Duduk di ruangan rehat, dapat Etuza lihat secara live KESIBUKAN setiap doktor dan kakitangan kesihatan lain menjalankan tugas merawat pesakit yang datang silih berganti.
| Kulit dahi koyak terkena bucu kayu. Ya Allah inilah ujian tanpa disangkakan. Etuza redha dan akan lehih berhati-hati. |
Berani Datang Ke Reban Jam 12.45 Minit Malam.
Sebaik menghala lampu handpone ke dalam reban, rupanya ada ULAR SAWA sebesar lengan berbadan panjang melingkar dalam reban dan betul di tengah lantai reban. Hampir terlompat melihat tersangat terkejut. Badan mulai bergegar dan rasa takut melihat ular memuncak. Etuza berlari membangunkan suri hati ( isteri) dan meminta parang. Rupanya suri hati hanya dapat memberikan parang yang pendek dan sukar untuk memukul badan ular sawa yang masih di dalam sangkar tidak bergoyang, kepala ular tidak kelihatan. Ular sawa telah membunuh dua ekor ayam penelur peliharaan di dalam reban.
Sekali lagi masuk rumah dan memanggil anak bujang bernama Irfan.Irfan bantu halakan cahaya handphone ke arah reban. Kelihatan ular sawa sudah keluar dari atas zink atap reban. Badan ular sawa sangat panjang dan corak agak coklat dan ada rona hitam cair dan putih. Seluruh tubuh ini bergegar dan terfikir mengambil kayu atau beruti saiz 2x2. Sempat Etuza pukul badan ular sawa, lalu Etuza tergelincir dan terhantuk kepala lalu dahi terhempap di bucu papan. Ya Allah, sakit nya dan saat itu, tidak apa lah pergilah Ular Sawa, pergilah ke tempat semak itu, Etuza Redha sambil memutuskan balik rumah dan mahu beradu.Hanya kesabaran dan sentiasa ingat Allah menjadikan hati dan jiwa Etuza tenang dan tidak terlalu berfikir apabila luka kulit dahi,ini ujian kecil yang Allah berikan agar di lain hari waspada jika ada kejadian yang mencurigakan.
Ya Allah apabila melihat dahi koyak, darah tidak keluar banyak kerana kulit kulit dahi bukan tebal, nipis melekat ke tempurung dahi kepala.Syukur kerana tidak banyak darah. Suri hati sapu ubat anti bakteria dan tampal agar tidak keluar darah lagi. .Esok ke Hospital dan ambil MC serta maklumkan kepada pihak sekolah.
Inilah Ujian dan antara maksud "Dunia Medan Ujian" Tanpa disangka dahi Etuza luka dan berfikir bagaimana menghadap kawan sekerja dan masyarakat dalam keadaan dahi luka. Malu tapi harus dihadapi. Rupanya saat Etuza memakai kopia hitam, baru teringat kopiah adalah penyelamat menutupi kecacatan pada dahi yang luka ini.
| Memakai kopiah selepas Umrah tahun 2026.Dunia ini medan Ujian. |
Ada Hikmah Memakai Kopiah atau Songkok.
Inilah terzahirnya hikmah dan manfaat memakai kopiah atau songkok selepas Umrah dahulu.Syukur ya Allah, Etuza gembira dan bersyukur sekali kerana semasa terhantuk bucu papan Etuza tidak mengalami pening kepala dan muntah kesan goyangan dalam kepala. Kepala Etuza di XRAY di cuci luka dan ditampal dengan plastik bergam untuk rapatkan kulit dahi. Tidak dijahit kerana kulit dahi sudah bengkak. Diberi ubat pencuci luka dan Doktor berpesan agar harus datang ke klinik terdekat untuk pemeriksaan tekanan darah selang dua hari.
Hari ini hari Jumaat telah masuk ketiga hari dahi luka dan semakin sembuh. Mungkin ada kesan parut apabila sembuh. Dengan gigihnya dan berazam Etuza tidak mengambil makanan berkicap, memakan buah buahan dan sayuran serta lauk yang tidak berkicap. Begitulah cerita kenapa luka dahi ini, tanpa terduga ujian ini datang tanpa kita tahu terlebih dahulu, inilah yang dikatakan bahawa malang tidak berbau.
Alhamdulillah kini, nampak kesan sembuhan, tidak kelihatan hitam tetapi seperti warna kulit yang normal.Semoga sembuh total dan kembali kulit biasa dan tidak ada kesan parut.Aamiin ya rabbal alamin.
20 Ulasan
Jaga diri tau cikgu. Semoga Luka tu semakin sembuh hendaknya. Aamiin...
BalasPadamAllahu Akbar!
BalasPadamTeringat masa kecil dulu kami bunuh ular sawa dengan kayu tapi tak mati. Arwah nenek pesan lain kali ambil bambu atau buluh untuk bunuh ular.
Syukurlah semuanya OK, dan selamat. Biarlah ayam tu ditelan ular, yang penting tuannya tidak ceders parah.
Alhamdulillah..tiada kesan yang serius..
BalasPadamDulu dekat kampung Linda pun, ada kejadian ular sawa .tapi, sekarang ni dah kurang, sebab dah tak bela ayam
Allahuakbar
BalasPadamterasa ngeri pula bila baca
syafakallah cikgu
semoga kembali sembuh seperti sedia kala
Semoga cepat sembuhnya.
BalasPadamJaga2 si batik tu akan datang lagi.
Nasib baik tiada kecederaan yang serius. Bahaya juga ada ular sawa ni memang habis la ternakan dimakan.
BalasPadamalhamdulillah moga selamat Allah pernudahkan semua urusan cikgu
BalasPadamAlhamdulillah.. moga segera sembuh dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.
BalasPadamSyafakallah Cikgu Etuza. Moga luka dahi cepat sembuh tanpa parut.
BalasPadamAllah cikgu... Semoga cepat sembuh. Yang penting patuh nasihat doktor.
BalasPadamAllahu... nasib baik tak kene mata, kalau tidak tentu lebih parah. Apa-apa pon semoga diberi kesembuhan segera. InsyaAllah
BalasPadamSemoga cepat sembuh Cikgu.
BalasPadamAllahuakbar, ngeri betul bila dengar pasal ular sawa tu Cikgu Etuza. Pengalaman yang betul-betul menduga kesabaran. Apapun, alhamdulillah tiada kecederaan yang lebih serius. Semoga luka dahi Cikgu cepat sembuh sepenuhnya dan tidak meninggalkan parut. Syafakallah
BalasPadamSemoga cikgu cepat sembuh dan Allah permudahkan semua urusan cikgu. Semoga ular sawa tidak kembali ke reban ayam cikgu.
BalasPadammoga tak berparut kesan luka tu cikgu. Mungkin boleh amal oren tiap hari atau buah tinggi vit c agar luka tak berparut.
BalasPadamSyukur tiada perkara lagi teruk berlaku.
BalasPadamLepas ini atap reban itu kena baiki/tutup supaya ular tidak dapat menyusup di situ.
Dah sembuh..
BalasPadamSemoga semuanya baik - baik sahaja.
BalasPadamNasib baik tiada yang buruk berlaku...syukur alhamdulillah dengan apa yang berlaku.. ada hikmahnya
BalasPadam
BalasPadamشركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.