Sedekah Jariah Hari Jumaat Cara Dan Perlaksanaan.


Selamat malam kepada semua teman Bloggers yang senang dan ikhlas klik blog Pesona Etuza.Rasanya agak ketinggalan dalam publishkan entri yang sebenarnya banyak untuk dikongsikan, baik yang baik atau sebaliknya.Tetapi penulis memilih hanya kongsi yang baik-baik sahaja demi menjaga keharmonian dalam kehidupan ini.

Sedekah Jariah Hari Jumaat.

Entri ini sebenarnya tertangguh dan baru malam ini ke udara maya. Gambar-gambar berkisar makanan dan tersaji di meja hidangan, hanya menunggu untuk dijamah dimakan bersama yang kebetulan hari yang indah, penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat. Teman-teman sekerja yang datang mengambil makanan kelihatan riang gembira dan tersenyum serta mengucapkan syukur dan mendoakan kepada yang menyediakan juadah mahupun yang berniat bersedekah pagi Jumaat ini. Alhamdulillah puji dan syukur kepada Ilahi atas kesempatan makan bersama hidangan untuk sarapan pagi Jumaat. 

Sedekah Hari Jumaat Cara Dan Perlaksanaan.

Ada banyak cara untuk memberi sedekah Hari Jumaat. Antaranya hantar makanan ke Masjid dan seusai solat Jumaat agihkan sendiri kepada sesiapa sahaja jemaah yang berlalu balik ke rumah.Hantar ke rumah anak yatim, agihkan kepada fakir miskin dan yang lalu di tepi jalan pastinya yang datang adalah mereka yang benar-benar mahukan makanan untuk alas perutnya.Selain itu berikan makanan sedekah di tempat kerja, berikan kepada rakan sekerja pada hari Jumaat. Cara lain ialah salurkan imfak ke saluran yang benar dan akan diurus oleh organisasi yang bertauliah atau yang berpengalaman dalam pengurusan imfak pisabilillah, seperti yang selalu dilaksanakan di sekitar masjidil haram dan di Madinah.

Kelebihan Sedekah Hari Jumaat.

1. Pahala dilipat gandakan dari biasa.
2. Hari Jumaat penuh dengan keberkatan.
3. Amalan sedekah Jumaat pembersihan dosa lalu.
4. Keberkatan rezeki, diluaskan rezeki.
5. Mendatangkan ketenangan jiwa.
6. Di doakan oleh Malaikat bagi mereka yang menderma pada awal pagi hari Jumaat.
7. Mengeratkan silaturahim dan  rasa kasih sayang serta terjalin perpaduan sesama ahli jemaah di Masjid atau di tempat lain.







Antara rakan sekerja menjamu selera pada awal pagi hari Jumaat di tempat kerja.



Sarapan pagi yang istemewa awal pagi Jumaat.



Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Terliur tengok makanan yang sedap-sedap. Alhamdulillah atas rezeki yang diterima.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah gandakan pahala bersedekah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...Seronok tgk menu2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki yang hebat Allah limpahkan kepada kita hambaNya

      Padam
  4. alhamdulillah sedap nampak juadah makanan yang dikongsikan

    p/s:saya tukar link blog ye cikgu

    BalasPadam
  5. alhamdulillah berkongsi rezeki dgn bersedekah tiasa

    BalasPadam
  6. MasyaAllah, perkongsian yang sangat bermanfaat! Amalan sedekah jariah hari Jumaat memang pembuka pintu rezeki & bawa ketenangan.

    Mulakan sarapan pagi dengan berkongsi rezeki sesama rakan sekerja memang bawa keberkatan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama di pagi Jumaat yang mulia.

    BalasPadam
  8. Sedekah jariah hari Jumaat..penghulu segala hari..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Meriah menunya..
    Terima kasih berkongsi tentang sedekah Jumaat..

    BalasPadam
  10. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah sedap2 belaka semoga pahala si pemberi dilipatgandakan oleh Allah SWT

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.