Desa Cattle Dairy Farm ialah sebuah ladang ternakan lembu tenusu seluas 199 hektar yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah. Ladang yang dimiliki oleh Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd ini merupakan pengeluar utama produk tenusu di Borneo dan sering digelar sebagai "New Zealand Malaysia" kerana pemandangannya yang hijau, berkabut, serta berlatarbelakangkan gunung yang indah.
| Susu Segar & Aiskrim: Anda boleh membeli dan menikmati produk tenusu segar terus dari ladang seperti susu kotak, puding, dan aiskrim gelato. |
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Ranau, Sabah.
sudah kali ke 3 Etuza dan family datang di sini dalam tahun yang berbeza. Terbaru 6.6.2026 sekali lagi menunaikan ajakan anak-anak hendak ke sini. Ternyata banyak perubahan yang berlaku dan suasana pelancogan dan pengurusan arahan dan makan dan minum pengurusan telah membuat perubahan yang jelas ketara memudahkjan semua pelancong Domestik mahupan pelancong dari negara lain.
Datang ke Dairy Faram akan di beri tiket masuk dahulu.Harus simpan elok tiket agar boleh REEDAM katanya iaitu tuntut SUSU KOTAK FRASH lembu tenusu setiap ahli yang memegang tiket. Susu lembu kotak percuma hanya diberikan mengikut jumlah tiket yang bernilai RM5.00 sahaja.
Sudah terasa aura dan keterujaan sebaik keluar dari kereta. Lembayng lembah payungan Gunung Kinabalu sudah terlihat sangat indah, sejuk dan tenang di awal pagi. Lembu begitu banyak sedang meragut rumput di tepi ruang berjalan menuju ke Pusat Pentadbiran atau Jabatan Pengurusan.
Pelancong akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu Etnik Kadazan Dusun, lagu Murut dan lagu Melayu. Pengacara akan memberitahu untuk pesanan TUNTUT susu percuma dan boleh membeli aiskrim yang lazat berasaskan susu lembu frash. Rugi jika tidak tuntut, lihat saja Etuza buat gambar post sedang minum untuk melayan kehendak suri hati. Layan saja dan alhamdulillah syukur dapat minum susu lembu frash di ladang Desa Cattle Dairy Farm. Infor lain yang perlu diketahui oleh pelancong ke Dairy Farm ialah:-
Tarikan Utama & Aktiviti
- Pemandangan ala New Zealand: Pengunjung dapat melihat lembu-lembu baka Friesian Holstein ragut rumput dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah. [1, 2, 3]
- Memberi Makan Anak Lembu & Kambing: Aktiviti rekreasi dan edukasi yang sangat popular untuk seisi keluarga. [1]
- Susu Segar & Aiskrim: Anda boleh membeli dan menikmati produk tenusu segar terus dari ladang seperti susu kotak, puding, dan aiskrim gelato. [1]
- Melihat Proses Pemerahan & Pembungkusan Susu: Pengunjung boleh melihat cara susu lembu diperah dan dibungkus secara komersial melalui panel cermin khas. [1]
Jadual Aktiviti Ladang
Waktu operasi am ladang bermula dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Berikut adalah jadual aktiviti harian yang boleh anda saksikan:
- Melawat Kandang Lembu: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
- Memberi Makan Anak Lembu: 8:30 pagi – 4:30 petang (Waktu rehat haiwan: 12:00 tengah hari – 1:30 tengah hari)
- Proses Pemerahan Susu Lembu: 2:00 petang – 4:00 petang
- Proses Pemprosesan & Pembungkusan Susu: Selepas pesanan selesai (boleh dilihat melalui panel cermin).
Maklumat Tempahan Tiket
Untuk mengelakkan kesesakan, pengurusan ladang mewajibkan pengunjung membuat pembelian tiket secara dalam talian terlebih dahulu sebelum datang.
- Tiket boleh ditempah terus melalui Sistem Tiket Dalam Talian Desa Dairy Farm.
- Anda perlu mendaftarkan e-mel yang sah untuk melengkapkan proses pembelian tiket. [1, 2]
Hubungan & Lokasi
- Alamat Lokasi: Desa Dairy Farm, Mesilau, Kundasang, Sabah.
- Nombor Telefon: +60 88-888 531
- E-mel Pertanyaan: enquiry@desaplus.com
- Maklumat dan pengumuman terkini juga boleh disemak melalui Facebook DESA Dairy Farm.
Desa Dairy Farm, Mesilau, Kundasang, Sabah, Malaysia.

8 Ulasan
Tak tahan bau lembu kat kandang dia. Suka bila tenguk ladang dia ala-ala kat new zealand gitu
BalasPadamMemang ada aruma tu,..dekat kandang lembu..
PadamMacam kat Serdang juga la ada ladang lembu, boleh beli aiskrim.
BalasPadamtak sah kalau datang sini tak makan aiskrim!
BalasPadamso far MZ dh 2x gi sini :) suka tmptnya sbb byk spot utk OOTD... thanks for sharing pics!
BalasPadamladang ternak lembu di tempat sejuk macam di NZ
BalasPadamWha sedap betul la ice cream susunya uncle.
BalasPadamPantas saja disebut new zealandnya malaysia
Rata2 kawasan yg berada di lokasi tinggi memang banyak dipakai utk peternakan sapi yaaa. Dairy farm.. macam di Lembang Bandung juga ada dairy farm.
BalasPadamDan saya suka tempat begini, apalagi jika susu sapi segar diolah juga menjadi gelato dan produk sampingan lainnya 👍👍👍
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.