| Kejutan hadiah hari guru 10.06.2026 dari murid tahun 6. |
Kejutan Hadiah Hari Guru.
Bukan riak buka bangga dan bukan apa-apa , melainkan rasa sangat bersyukur apabila ada murid tahun 5 datang memberikan hadiah khas sempena hari guru 2026. Bulan Mei sudah berlalu, di mana tarikh sambutan Hari Guru ialah 16 Mei 2026.
Tiba-tiba semasa buka pitu Pusat Sumber ada suara memberikan salam. Etuza datang melihat, ada sosok tubuh murid perempuan memegang bakul hadiah. " Maaf cikgu saya baru nak bagi hadiah Sempena Hari Guru, tempoh hari Majlis Hari Guru tidak sempat memberi hadiah kepada Cikgu" Ya Allah bagusnya murid ini, dia rasa sangat bahagia bila dapat memberikan hadiah kepada saya.Murid ini saya ajar kelas mereka pelajaran Sains dan Sejarah.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Ikhlas Memberi Hadiah Hari Guru.
Seingat saya inilah murid sekolah rendah yang memberikan Etuza hadiah sempena Hari Guru. Mereka ini mengenang jasa dan amat menghargai guru guru mereka.Antaranya ialah:-
1. Aivvan
2. Izzu Hayyan
3. Feirra
4. Khaiysah
5. Umar
6. Balqish
7. Ilman
Walaupun sedikit murid memberi hadiah, Etuza sangat terharu dalam usia begini, masih ada murid memberikan hadiah dengan ikhlas. Hadiah yang paling saya suka dan teruja ialah hadiah Sarung Tangan berwarna putih dan oren. Saya biasa pakai sarung tangan yang buasa sahaja selalu. Sarung ini agak mahal saya kira. Alhamdulillah ada murid menghargai jasa bakti ini.
| Rasa gembira mendapat hadiah botol air ini..Terima Kasih.. |
| Ini sarung tangan hadiah sempena hari guru 2026 juga. |
| Pertama kali memakai sarung tangan buat kerja di Garden Etuza. Rasa bergaya pula.. |

16 Ulasan
Wahhh bestnya anak2 murid bagi hadiah.
BalasPadamBest tu dapat hadiah tiba2..dah berlalu dia datang bawa hadiah..
PadamSeronok baca perkongsian Cikgu Etuza. Comel betul anak-anak murid tahun 5 siap buat kejutan di Pusat Sumber. Hadiah sarung tangan tu memang sangat berguna dan praktikal, tambahan pula cikgu pun memang rajin berkebun di Garden Etuza. Memang segak dan bergaya cikgu pakai waktu buat kerja kebun nanti! Alhamdulillah...Selamat Hari Guru Cikgu...
BalasPadamTerima kasih drop komen ya..alhadulillah..
PadamAlhamdulillah.. masih ada anak-anak murid yang mengingati gurunya
BalasPadamMasih ada wak..tiap tahun ada hadiah, walaupun bukan banyak..syukur sekali..
PadamAlhamdulillah..Dua2 hadiah tu brguna tu...=D
BalasPadamDapat dimanfaatkan..mybe tak lah tahan tetapi adalah menggunakannya..
PadamBahagia cikgu bila anak murid ingat dah berikan hadiah
BalasPadamAlhamdulillah, inilah antara nikmat hidupkan..
Padamcomel2 belaka hadiahnya tu!! moga bertambah semangat cg etuza mendidik anak bangsa
BalasPadamSuka dapat hadiah..terasa mereka yang memberi menghargai ..
PadamSaya bacanya ikut bahagia ☺️☺️. Murid yg memberi gloves ini, pasti tahu sangat kalau gurunya memang menyukai gardening yaaa 😄👍👍
BalasPadamSepertinya begitu, tiba2 dapat hadiah sarung tangan gerdening..best.
PadamDatang di Pusat Sumber tu murid tahun 6 pula bukan murid tahun 5..maaf ya..
BalasPadamalhamdulillah...
BalasPadamorg memberi kita merasa...
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.