| Nama Restoran Ajak Shiro, Pelawak Terkenal Negara Malaysia. Restoran Bumbu Babah. |
Rupanya Restoran Bumbu Babah Milik Pelawak Ajak Shiro.
Menaiki Kapal Terbang Air Asia 5111 pada jam 7.00 pagi dari Kota Kinabalu Lapangan Antarabangsa menuju ke KLIA satu dan sampai pada tepat 9.40 pagi tepat mendarat dengan selamat di KLIA. Etuza bersyukur kepadaNya kerana dimudahkan urusan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Menaiki kereta perkhidmatan Grab menuju ke Homestay di KiPark Selayang, Kuala Lumpur kerana anak menunggu di Homestay ini. Alhamdulillah kami selamat sampai tetapi sebelum ke Homestay Selayang kami singgah mencari tempat makan tengahari. Etuza ikut jejak anak untuk mencari tempat makan di Selayang. Nampak nama Restoran Bumbu Babah lalu kami menuju ke sini, dan rasanya amat tepat kami nanti santai makan di sini kerana banyak meja masih kosong. oleh lah tumpangkan bagasi kecil sementalahan menjamu selera.
Berbaris Hendak Oder Makanan.
Tiba-tiba anak memberitahu ini Restoran pelawak terkenal Ajak Shiro, ada gambar pelawak itu dan juga ada gambar vedio Ajak promotkan Nasi Padang, sajian menu trade mark dari Ajak Shiro. Rupanya benar anak cakap, subahanallah. Rasanya hendak bergambar dengan pelawak atau pelakon ini jika ada dalam Restorannya. Sayang tidak ada lah Ajak di sini hari ini. Hendak oder makanan kena tulis dulu dan pilih menu yang ada dalam masakan di Restoran Babah ini. Oleh kerana pelayan nampak kami orang jauh maka kami di berikan kelebihan masuk dan letak bagasi dulu tepi meja. Alhamdulillah.
Menu Nasi Padang Jadi Pilihan.
Kami sepakat memilih menu Nasi Padang sajian jelmaan Restoran Bumbu Babah milik Ajak Shiro. Ada ulam pucuk ubi dilengkapi dengan telur rebus dan perasa lain yang memang teruja menjamah makanan ini dengan sentuhan tangan lima jari. Subahanallah hingga menjilat jari. Sebaik disajikan makanan berdatangan pelanggan memenuhi ruang meja makan. Etuza rasa sangat ramai gemar ke Restoran Bumbu Babah ini.
Tahniah kepada Ajak Shiro atas peluang membina kerjaya bisnes kulinari makanan yang membanggakan ramai orang. Semoga sentiasa lancar rezeki dan mengalir bagaikan air zam-zam buat pelawak negara Ajak Shiro.
Dalam hati kali ini, berjayakah menemui sesiapa blogger terkenal di Kuala Lumpur. Jika tidak ada, Etuza rasa gembira kerana telah sampai di Restoran Bumbu Babah milik Ajak Shiro. Gambar kami di Restoran Bumbu Babah.
| Sedang memilih menu makan tenghari di Restoran Bumbu Babah. |
| Ini dia hidangan yang kami pesan, dah sampai dengan segera.Nasi Padang yang amat LAZAT. |
| Jelmaan Nasi Padang dari Bumbu Babah kiriman Ajak Shiro. Satu persatu gambar Etuza persembahkan..Hummm lada pedas menyengat. |
| Inilah Ajak Shiro, Pelawak..gambar dalam vedionya. |
| Saja nak ambil gambar makan guna tangan, ada ulam pucuk ubi yang lembut dan secukup rasa. |
| Sebelum berlalu, joom..oyes bestnya makan di sini.Kenyang.. |

15 Ulasan
Cikgu Etuza sudah cuba saya belum lagi.
BalasPadamOrang sini kenalah cuba makanan nasi padang Ajak
PadamNampak sedap lauk pauk yg Etuza pilih tu, sayang sekali tak dapat bergambar dengan Ajak Shiro
BalasPadamNampak Ajak saya tak malu nak bergambar..kan peluang, sayang tak adalah dia ..hehehe
Padamalhamdulillah, nmpk sedap2 belaka tu pilihan makanannya. moga berjalan lancar segala urusan cg kat KL/selangor ni
BalasPadamTerima kasih ya MZ
Padamammi belum berkesempatan nak makan di restoran bumbu babah ni walaupun banyak juga cawangannya di Semenanjung
BalasPadamAda beberapa cawangan, dengar2 lagi Ajak nak cari lagi francais ke negeri lain..
PadamTak pernah try lagi makan kat kedai ajak ni.
BalasPadamDatang lah kat Selayang Banfdar Baru..memang berbaloi layanan baik tu Cie
Padamviral kan restoran ni. saya pulak dah lama tak makan nasi padang :D
BalasPadamAdik Faa makan dekat area cawangan Batu Caves. Memang sedap lauk pauk dia. Taak rugi pegi kata adik.
BalasPadamSaya pikir kuliner peranakan babah nyonya. Ternyata menu Padang 😅. Tiap ke Malaysia, jujurnya saya tak pernah makan kuliner yg dari Indonesia. Sebab justru ingin mencoba kuliner khas Malaysia 😄. Jadi kecil kemungkinan saya akan mencoba resto ini jika ke KL jika menunya dari Indonesia .
BalasPadamTapi happy lah, kalau nasi Padang semakin banyak di sana 😄. Nanti Abang bisa DTG ke Padang langsung utk coba makan di kota asalnya 😁
Alhamdulillah, selamat sampai ke KL Cikgu Etuza! Nampak menyelera sungguh hidangan Nasi Padang kat Bumbu Babah ni, tambah pulak ada ulam pucuk ubi tu... memang membuka selera! Walaupun tak dapat jumpa Ajak Shiro kali ni, tapi dapat nikmati makanan yang sedap pun dah kira berbaloi sangat. Moga urusan Cikgu sepanjang di KL/Selangor sentiasa dipermudahkan..maaf x dapat menyantuini Cikgu Etuza sekeluarga kelmarin...SA jauh di Seremban..
BalasPadamMenu Nasi Padang dekat restoran Bumbu Babah ini memang nampak sangat menggiurkan, lada pedas menyengat digandingkan pucuk ubi rebus pasti padu.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.