| Berkunjung ke Mall baru 168 di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur 18.07.2026 |
Masuk Mall Baru 168 Di Selayang Bandar Baru, Kuala Lumpur.
Salam sejahtera semua, salam warga jati dan sesiapa saja di Kuala Lumpur. Rasanya mimpi sampai lagi di Kuala Lumpur dan bersiaran antara Kuala Lumpur dan Selangor dalam tiga hari. Dan hari ini hari kedua di Kuala Lumpur yang hebat dengan kemodenan yang jelas dan nyata. Kl Metropolitan yang hingga malam ke pagi tidak tidur dan lena.
Kali ini anak bawa kami ke Mall 168 di Bandar Baru Selayang. Tidak pasti kenapa ya Mall 168. Tertanya juga tetapi inshaAllah akan Google nantinya maksud Mall 168. Berada di sini, agak santai apabila kurang orang lalu lalang, tetapi ada ruang santai untuk tetamu sesiapa sahaja yang datang dalam Mall 168.Rasanya hendak lihat apakah di Mall ini?. Segera Etuza simpan pertanyaan kerana Mall 168 ada daya tarikan tersendiri.Kerana masih baru maka agak sepi tetapi ramai yang datang dan pergi di Mall ini.
Cari Makan Di Nasi Kukus Rimba.
Pilihan kami ialah di Restoran Nasi Ayam Berempah dan nasi sotong berempah. Wow! hidangan sangat lazat dan secukup rasa. Kami minum dengan meminta air mineral dalam botol. Mungkin kerana anak-anak berfikir mak dan ayah mereka sering minum kopi atau tea, maka mereka memberikan kami minuman air biasa. Pelayan dalam restoran melayan kami dengan bagus sekali. Rupanya orang Melayu ramah mesra semua. Alhamdulillah kami dimudahkan makan malam di restoran ini. Kepada sesiapa sekitar Selayang Kuala Lumpur datangilah Mall 168 di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur.
| Selfi makan di Restoran Nasi Kukus Rimba Mall 168. |

12 Ulasan
Lol saya pun x pernah jejak lagi kat situ walau rumah berdktan je hehee... maybe lps ni bole juga cuba usha² mall tu
BalasPadamAlhamdulillah..tak jauh dah dari hospital Selayang tu...tempat saya bekerja
BalasPadamSayapun baru tahu ada Mall 168. Memang baru lagi nampaknya. Ilustrasi Nasi kukus Rimba nampak sedap.
BalasPadamSelamat datang ke Selayang Cg. Sy pun tak tahu kewujudan Mall 168 ni wpun Selayang tak jauh dari tempat tinggal kami. Nanti bolehlah kami pula ke sana
BalasPadamwahh cikgu etuza jalan2 KL ye. sedap nasi kukus tu!
BalasPadamsuka jugak minum jus buah boost
Nasi kukus Rimba, sudah terbayang pasti lezat,,,
BalasPadamTak pernah dengar mall 168 ni. Bolehla nanti jalan2 situ pulak.
BalasPadamSelamat datang ke KL
BalasPadamSelamat jalan2 ke semenanjung, Cikgu. Murah2 harga menu tu.
BalasPadamSelamat berlibur di KL ye Cikgu. Luangkan masa dgn anak2 melawat tempat2 menarik di ibu kota. Boleh la pergi menunaikan solat di Masjid Jamek sebab sebelah LRT Masjid Jamek je.
BalasPadamWaaah nampak sedaaaap bang 😍😍😍. Ok, masukkan dulu dalam list kuliner saya. Teringin nak coba. Mall ini pun saya belum pernah datangi.
BalasPadamDah beberapa kali dengar ttg nasi kukus. Blm pernah rasa. Dalam pikiran saya, apa mirip dengan nasi lemak
Bagus jugak dapat tahu pasal Mall 168 ni melalui entri Cikgu. Boleh jadi port baru nak santai-santai kalau lalu area Selayang. Kalau Cikgu dah jumpa jawapan kenapa nama dia Mall 168 nanti jangan lupa kongsikan kat blog ya! Hehe
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.