| Kejutan hadiah hari guru 10.06.2026 dari murid tahu 5. |
Kejutan Hadiah Hari Guru.
Bukan riak buka bangga dan bukan apa-apa , melainkan rasa sangat bersyukur apabila ada murid tahun 5 datang memberikan hadiah khas sempena hari guru 2026. Bulan Mei sudah berlalu, di mana tarikh sambutan Hari Guru ialah 16 Mei 2026.
Tiba-tiba semasa buka pitu Pusat Sumber ada suara memberikan salam. Etuza datang melihat, ada sosok tubuh murid perempuan memegang bakul hadiah. " Maaf cikgu saya baru nak bagi hadiah Sempena Hari Guru, tempoh hari Majlis Hari Guru tidak sempat memberi hadiah kepada Cikgu" Ya Allah bagusnya murid ini, dia rasa sangat bahagia bila dapat memberikan hadiah kepada saya.Murid ini saya ajar kelas mereka pelajaran Sains dan Sejarah.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Ikhlas Memberi Hadiah Hari Guru.
Seingat saya inilah murid sekolah rendah yang memberikan Etuza hadiah sempena Hari Guru. Mereka ini mengenang jasa dan amat menghargai guru guru mereka.Antaranya ialah:-
1. Aivvan
2. Izzu Hayyan
3. Feirra
4. Khaiyasah
5. Umar
6. Balqish
7. Ilman
Walaupun sedikit murid memberi hadiah, Etuza sangat terharu dalam usia begini, masih ada murid memberikan hadiah dengan ikhlas. Hadiah yang paling saya suka dan teruja ialah hadiah Sarung Tangan berwarna putih dan oren. Saya biasa pakai sarung tangan yang buasa sahaja selalu. Sarung ini agak mahal saya kira. Alhamdulillah ada murid menghargai jasa bakti ini.
| Rasa gembira mendapat hadiah botol air ini..Terim Kasih.. |
| Ini sarung tangan hadiah sempena hari guru 2026 juga. |
| Pertama kali memakai sarung tangan buat kerja di Garden Etuza. Rasa bergaya pula.. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.