Ikan Tilapia Kolam Di Laman Etuza.Tangkapan Ikan Air Tawar Di Kolam Mini.

Tangkapan Ikan Air Tawar Di Kolam Mini Etuza petang 19.05.2026.


Tangkapan Ikan Air Tawar ( Tilapia ).

Tertunai niat hendak menangkap ikan air tawar di kolam mini di laman Etuza. Melihat anak-anak ikan air tawar kian membesar dan sangat banyak, maka Etuza nekad menangkap beberapa ikan air tawar dalam kolam mini depan rumah Etuza.

Pernah dahulu tahun 2025, pada awal tahun, ikan air tawar yang besar sebesar tapak tangan orang dewasa, satu-satu terapung atas air. Esok pagi lagi,  terdapat empat atau tiga ekor terapung, sementara ikan KOI yang ada beberapa ekor tidak pula mati. Etuza meramalkan ( agak ) air kolam ada sesuatu yang mencemarkan air, menyebabkan ikan air tawar banyak yang mati. Etuza perhatikan fizikal ikan air tawar bahagian insang ada kesan merah dan lebam. 

Sah lah bahawa ada ikan betina yang mengganas menyerang banyak ikan hingga setiap hari mati percuma. Sebab itu kali ini Etuza nekad tangkap beberapa ikan air tawar agar TIDAK BERLAKU PERSAINGAN DAN MENGAWAL RUANG dalam kolam mini yang memang tidak dapat menampung ikan yang padat dan semakin membesar.

Kejadian ikan air tawar setelah di masak oleh suri hati. Masak cara biasa sahaja..

Kongsikan, gaya bunga kertas  baru nak keluar..bunga kertas ID Dua Sejoli di laman.

Catat Ulasan

0 Ulasan