Ikan Tilapia Kolam Di Laman Etuza.Tangkapan Ikan Air Tawar Di Kolam Mini.

Tangkapan Ikan Air Tawar Di Kolam Mini Etuza petang 19.05.2026.


Tangkapan Ikan Air Tawar ( Tilapia ).

Tertunai niat hendak menangkap ikan air tawar di kolam mini di laman Etuza. Melihat anak-anak ikan air tawar kian membesar dan sangat banyak, maka Etuza nekad menangkap beberapa ikan air tawar dalam kolam mini depan rumah Etuza.

Pernah dahulu tahun 2025, pada awal tahun, ikan air tawar yang besar sebesar tapak tangan orang dewasa, satu-satu terapung atas air. Esok pagi lagi,  terdapat empat atau tiga ekor terapung, sementara ikan KOI yang ada beberapa ekor tidak pula mati. Etuza meramalkan ( agak ) air kolam ada sesuatu yang mencemarkan air, menyebabkan ikan air tawar banyak yang mati. Etuza perhatikan fizikal ikan air tawar bahagian insang ada kesan merah dan lebam. 

Sah lah bahawa ada ikan betina yang mengganas menyerang banyak ikan hingga setiap hari mati percuma. Sebab itu kali ini Etuza nekad tangkap beberapa ikan air tawar agar TIDAK BERLAKU PERSAINGAN DAN MENGAWAL RUANG dalam kolam mini yang memang tidak dapat menampung ikan yang padat dan semakin membesar.

Kejadian ikan air tawar setelah di masak oleh suri hati. Masak cara biasa sahaja..

Kongsikan, gaya bunga kertas  baru nak keluar..bunga kertas ID Dua Sejoli di laman.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah wak..sedap dan terasa manis..

      Padam
    2. Uncle...abah SA kan rajin memancing..ikan talapia ni mmg manis..sebab tu SA suka!!

      Padam
  2. Sedappp tu.... Goreng garing... Gaul dgn sambal.. perghh sedappp... Ikan bela sendiri lagi sedap... 🫰🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Digoreng ja ustaz..ada bawang besar tumis lalu letak ..memang berbaloi..nak tangkap lagi..hehehe

      Padam
  3. Mantap 👍🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  4. Sukaaaa sangat ikan tilapia ini 😍😍😍. Digoreng kering makan dengan sambal kecap kalau saya 🤭

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, rezeki!! saya suka ikan talapia kalau buat ikan bakar

    BalasPadam
  6. Menu macam tu makan dengan nasi panas memang molek sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tu menambah-nambah nasi kan kak..nak plak makan nasi panas

      Padam
  7. seronoknya dapat tuai hasil kolam sendiri! Ikan tilapia kalau digoreng garing-garing masa tengah segar macam ni, memang manis betul isinya. Makan pulak dengan nasi panas dan bawang tumis, gerenti bertambah nasi..gandingkan pulak sambal belacan..ya allah..lapar perut SA tatkala komen kat sini

    BalasPadam
  8. Perghh nampak mantap betul lauk ni 🤤 Serius nampak sedap sangat sampai terasa lapar hahaha

    BalasPadam
  9. wahhh best nyaaaa
    dpt makan tilapia freshhh gituuu

    BalasPadam
  10. Kalau di Indonesia, kami menyebutnya ikan mujaer, uncle :D

    BalasPadam
  11. Oooo Tilapia retina boleh mengganas juga ye. Saya suka ikan tilapia goreng balado. Sedapnya!

    BalasPadam
  12. Bestlah dapat makan ikan segara yang tak perlu di beli.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.