| KLIK SINI banner blog cikcappuccinolatte |
Telah Tiba Mengumumkan Komentar Teratas.
Awal pagi hari ini, telah menjelang 27.04.2026 bersamaan hari Isnin minggu ini. Esok pula hari Selasa 28.04.2026. Dan esok ( selasa ) adalah hari sebenarnya membuat sport cek siapakah pengkomen teratas di blog Pesona Etuza Warna- Warna Kehidupan ini. Tetapi Etuza nekad membuat pengumuman hari ini sesuai dengan kesempatan masa yang ada sambil menunggu tiba waktu solat SUBUH maka Etuza buat pengumuman siapakah komentar teratas dalam blog kesayangan ini.
Ya, jika bukan masa ini, awal pagi ini, pasti akan menjadi lanjut pengumuman dan mungkin juga terlupa. Sebab manusia ini seperti Etuza manusia tidak sempurna, akan ada ketidak sempurnaan dalam diri.
TAHNIAH!
Blogger cikcappuccinolatte dengan ini dianugerahkan sebagai PENGKOMEN teratas pada ruangan komentar bulanan di blog Pesona Etuza. Syabas dan tahniah kepada blogger ini kerana berjaya mengatasi komen yang lain.
Komen dalam blog itu pada Etuza adalah warna mencorak kan blog, menjadi pemangkin semangat kepada setiap bloggers di Malaysia untuk meneruskan blog di alam maya. Kadang kala dalam komen ada lontaran kata DOA, Penggalak Semangat, Mengukir Senyum, Memberi Rasa Gembira dan Sebagai Ukuhuwa Silaturrahim sesama Bloggers. Blog yang sering ada komen adalah blog yang hidup dan berdiri dalam kualiti dan jati diri blog tersebut.
Blog tanpa komen, masih berdiri teguh di alam maya, di baca senyap oleh pembaca senyap. Tapi alangkah rasa bahagia apabila idea yang kita lontarkan mendapat sokongan dan tambahan rasa yakin bahawa persembahan catatan kita di alam maya disambut oleh pembaca, disokong dengan adanya komen membina. Teguran dalam komen berbaur nasihat dan ada manfaat tersirat juga tidak menjadi kesalahan, tegur menegur ke arah kebaikan itu adalah amalan yang terbaik sesama bloggers yang aktif berkarya. Selamat berkarya kepada semua TEMAN AKRAB blog di mana juga.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.