Kejutan Istemewa Pada Hari Ke 10 Travel Ketika Menikmati Sajian Lazat.

Kejutan Hari Lahir Mohd Fardhillah

Hari ke 10 kembara di Eropah meliputi Marocco, Spain dan Portugal 

Bermula dari 17.10.2026 hingga ke 27.10.2026 mengikuti Agen Travel Andalusia. Dan tour leader kami ialah Ustaz Khairudin yang berasal dari Negeri Pahang. Etuza dan isteri adalah dari Sabah, tiga orang dari Berunai yang antaranya ialah Mohd Fardhillah.

Dentinasi yang sangat Etuza hendak lihat ialah di Kota Toledo, sebagaimana yang terdapat di laman sosial kota ini mempamerkan keunikan yang luarbiasa. Dalam paparan gambar di laman sosial jika datang melihat sendiri keadaan dan keindahan Kota Toledo pastilah tidak sama. Sungguh hebat keadaan di Kota Toledo yang Allah hamparkan, di mana tempat ini berada di satu gunung dan lembah yang mempunyai aliran sungai di lembah Toledo.InshaAllah akan Etuza kongsikan lagi infor menarik kembara kami di Eropah ini. Kerana kali ini fokus untuk catatan kejutan kepada kami semua pada hari ke 10 semasa berada di Santiago Bernabeu Stadium, Spanyol.

Dua kejutan, Senyuman Gembira Oleh Setiap Peserta Malam Makan Akhir di Eropah

Kali ini, menjadikan kami semua bertepuk tangan dan menyambut kejutan dengan senyuman gembira. Kejutan pertama ialah kami di bawa masuk Restoran Indonesia dengan sajian yang banyak dan lazat sekali. Atau bahasa senang difahami ialah makanan yang SECUKUP RASA yang Etuza maksudkan hidangan lazat, masuk tekak dan pasti habis apa yang ada di atas pinggan. Bayangkan kami sering makan roti dan salad, kadang juga makan kebab.Tapi kali ini kami disajikan dengan makanan istemewa ada satey ayam, sotong goreng, sup daging dan koropok. Dihidangkan ikan goreng juga dan telur dadar. Subahanallah hirup sup yang dihidangkan amatlah lazat pada Etuza. Lantas dalam hati bersyukur atas nikmat sebegini rezeki tidak terduga. Atau ada sesuatu , rupanya betul tekaan Etuza selain makan malam ini adalah hari terakhir, maka tour leader kami Ustaz Khairuddin buat rencana dengan menu makanan yang lazat ini. Terima kasih kami ucapkan pada tour leader kami yang amat sabar dan bertanggungjawab.

Teman pembaca, kami dikejutkan lagi dengan tiba-tiba ada pengumuman sambutan Hari Lahir ( Birthday ) seseorang. Siapkah itu?. 

Rupanya Hari Lahir saudara Mohd Fardhillah yang dirancang bersama Anita ibu Fardhillah dan Ustaz Khairudin. Sementara kru meyediakan kek , makanan yang lazat ialah pemilik Restoran Indonesia yang sangat sporting. Api lilin ditiup setelah doa dibaca dan lagu dari kami semua " Happy Birthday" Selamat Panjang Umur Murah Rezeki" khas kepada Mohd Fardhillah. Alhamdulillah, selesai semua potong kek, makan kek dan kami kembali ke Bas menuju ke hotel penginapan di  B&B Hotels Santiago Bernabeu Spanyol.

Pasti lena tidur malam ini setelah kenyang makan yang lazat sekali. Jumpa lagi di catatan akan datang. Mohon maaf jika ada bahasa yang tidak di fahami mahupun ejaan yang salah.

Jadual kembara hari ini hingga ke Stadium Madrid, Spain.

Kejutan Hari Lahir Mohd Fardillah yang dirancano oleh Tour Leader dan ibunya bernama Anita

Klik Vedio Birtday Fardilllah
Seronok makan ramai-ramai, travel Malaysia dan Berunai ( Kami pula di Negeri Sabah)
duduk semeja tanpa beda usia dan suku bangsa.

Senyuman gembira makan sajian istemewa di Restoran Milik orang Indonesia di Santiago Bernabeu.

Kejutan Birtday ketika makan malam hari ke 10 .

Semua berselera makan, sajian makanan yang lazat secukup rasa









Catat Ulasan

0 Ulasan