Perlukah Komentar Dalam Blog Anda!.


 Banner blog cikcappuccinolatte

Telah Tiba Mengumumkan Komentar Teratas.

Awal pagi hari ini, telah menjelang 27.04.2026 bersamaan hari Isnin minggu ini. Esok pula hari Selasa 28.04.2026. Dan esok ( selasa ) adalah hari sebenarnya membuat sport cek siapakah pengkomen teratas di blog Pesona Etuza Warna- Warna Kehidupan ini. Tetapi Etuza nekad membuat pengumuman hari ini sesuai dengan kesempatan masa yang ada sambil menunggu tiba waktu solat SUBUH maka Etuza buat pengumuman siapakah komentar teratas dalam blog kesayangan ini. 

Ya, jika bukan masa ini, awal pagi ini, pasti akan menjadi lanjut pengumuman dan mungkin juga terlupa. Sebab manusia ini seperti Etuza manusia tidak sempurna, akan ada ketidak sempurnaan dalam diri.

Anugerah Milik Blogger cikcappuccinolatte.

TAHNIAH!

Blogger cikcappuccinolatte dengan ini dianugerahkan sebagai PENGKOMEN teratas pada ruangan komentar bulanan di blog Pesona Etuza. Syabas dan tahniah kepada blogger ini kerana berjaya mengatasi komen yang lain. 

Komen dalam blog itu pada Etuza adalah warna mencorak kan blog, menjadi pemangkin semangat kepada setiap bloggers di Malaysia untuk meneruskan blog di alam maya. Kadang kala dalam komen ada lontaran kata DOA, Penggalak Semangat, Mengukir Senyum, Memberi Rasa Gembira dan Sebagai Ukuhuwa Silaturrahim sesama Bloggers. Blog yang sering ada komen adalah blog yang hidup dan berdiri dalam kualiti dan jati diri blog tersebut.

Blog tanpa komen, masih berdiri teguh di alam maya, di baca senyap oleh pembaca senyap. Tapi alangkah rasa bahagia apabila idea yang kita lontarkan mendapat sokongan dan tambahan rasa yakin bahawa persembahan catatan kita di alam maya disambut oleh pembaca, disokong dengan adanya komen membina. Teguran dalam komen berbaur nasihat dan ada manfaat tersirat juga tidak menjadi kesalahan, tegur menegur ke arah kebaikan itu adalah amalan yang terbaik sesama bloggers yang aktif berkarya. Selamat berkarya kepada semua TEMAN AKRAB blog di mana juga.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Tahniah buat blogger cikcappuvinolatte... Bila dpt vomment di blog terasa bahagia.. ☺️

    BalasPadam
  2. wah tahniah CCL. Pada saya komen yang hadir sebagai semangat untuk menulis.

    BalasPadam
  3. Wah Tahniaaaah.
    Saya pun kalau lagi sempat, selalu berupaya tuk mampir ni uncle.
    Hanya saja akhir2 ini memang sibuk betul -_-

    BalasPadam
  4. assalamualaikum cikgu.. moga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga.. Alhadulillah, masih berkesempatan berkunjung ke blog yang aktif ini. kebelakangan ini agak kesibukan dengan pelbagai urusan keduniaan yang tidak pernah habis haha.. insyaAllah akan cuba selalu berkunjung ke sini..

    BalasPadam
  5. Wah! Tahniah! (uncle paling corot)

    BalasPadam
  6. Tahniah CCL.
    Ya komen penyeri tulisan dan ada kata nasihat serta doa.

    BalasPadam
  7. Tahniah Cik Cappucinolatte.. saya pon bersependapat dengan tuan, komen itu pemangkin semangat untuk terus berblog

    BalasPadam
  8. Tahniah kepada pengomen terbanyak.. betul cikgu, bila ada pengunjung komen rasa lebih bersemangat untuk berblog

    BalasPadam
  9. Tahniah Cik CL.. Rajin singgah dan tinggalkan komen tanda support each other selain menghidupkan lagi komuniti bloggers. Terbaiklah!

    BalasPadam
  10. Congrats kak CCL 🎉🎉🎉🎉

    Betuuuul Abang. Komen dalam blog, bagi saya seperti sedang bercakap dengan teman di dunia Maya.

    BalasPadam
  11. https://belogsjm.blogspot.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan-jmbelog.html?m=1

    BalasPadam
  12. Perlu komentar di blog..kadang ada info yg kita perlu share..dari situ kita tahu penerimaan seseorang atas topic yg kita share...tahniah CCL..rajin dia bom komen rakan blogger

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih, alamat dah catat ya..mudah urusan dah..

      Padam
  14. bagi CCL komen srtiap entri tu memang berharga sangat ..walaupun sepotong ayat .. barulah semangat dan nak teruskan lagi ke entri yg akan datang ..

    BalasPadam
  15. Tahniah CCL!
    Cuya pon mahu kerap komen jugak dekat semua blog tanda aktif dan support yang jitu buat para blogger

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.