Jumaat. Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan UBF Perdana 2025.

Penuh perhatian ketika pembukaan rasmi Program Perkemahan UBF Perdana 
2025 SK. Penagatan, Keningau, Sabah.

Jumaat 07.11.2025, hari penutupan Program Perkhemahan UBF Perdana peringkat SK.Penagatan, Keningau Sabah.Majlis penutupan dilakukan oleh Penolong Kanan 1 En. Zahir Bin Baharom.

Ucapan Perasmian Penutupan Program Perkhemahan UBF Perdana.

Dalam ucapannya, beliau amat berterima kasih kepada semua AJK guru yang terlibat menjayakan Perkhemahan UBF Perdana ini dengan cemerlkang sekali katanya. Objektif perkhemahan adalah untuk menjalinkan kerjasama, semangat tolong menolong, mencungkil keyakinan diri, berani hadapai apa juga cabaran dan halangan dengan  tidak gentar pada persaingan serta tidak  berputus asa di kalangan seramai  10 kumpulan peserta ( 100 ) yang telah menyertainya. Harapan beliau ialah semoga semua peserta telah mendapat kesan yang baik untuk di bawa pulang dan buka kembali kepada ibubapa dengan membawa hati yang kosong dengan ilmu berguna sepanjang berkhemah.

Kali ini, perjalanan program di bawah Ko-Kurikulum amat hebat dengan suasana yang cukup teratur tenang dan peserta lebih bersemangat teruja untuk mengikuti perkhemahan hingga akhir. Sebagai  fasilitator kumpulan 2, jelas dan nampak kesungguhan semua ahli, walaupun ada cabaran yang mereka kurang berfikir untuk menyelesaikan masalah, seperti cabaran semasa aktiviti Kembara yang melibatkan 5  séksyen. Kesemua 10 kumpulan akhirnya berjaya menyelesaikan tugasan sebelum jam 5 petang pada 6.11.2025. Tahniah kepada semua peserta diucapkan teruskan usaha dan berusaha memajukan diri hingga berjaya suatu masa kelak.

Sajian Laksa Sarawak Semasa Penutupan Rasmi Khem UBF Perdana.

Jamuan akhir semasa penutapan rasmi Program Perkhemahan UBF Perdana ialah Sajian Laksa Sarawak. Ini mungkin tercetus kerana ketua bahagian makanan AJK Pelaksana adalah guru dari Sarawak yang berkhidmat di SK.Penagatan, Keningau.Lalu pada jam 11.00 pagi semua guru dan AJk lain dari unit Pembersihan sekolah dan Unit Sekuriti menikmati Laksa Sarawak yang sangat memberikan rasa gemira kepada kami semua. 

Teringat suatu masa lalu Etuza pernah beberapa kali makan juadah Laksa Sarawak ini. Dan kali ini merasa nikmat Laksa Sarawak yang telah dibuat oleh pasukan masakan yang diketua oleh Puan Piah. Alhamdulillah. Semoga panjang umur bertemu semula Perkhemahan tahun 2026.

Peserta Terbaik Perkhemahan UBF Perdana Tahun 2025.

💁 Marrymaxsirio ( Lelaki)
💁 Daniel Farish 

💁 Awa Aqillah ( Perempuan )
💁 Nur Miazara Alesha
                                                                                                                                     
Sebagai fasilitator kumpulan 2 Semasa perkhemahan UBF Perdana 2025

Gambar ramai-ramai sebanyak 10 kumpulan , AJK Guru dan Guru Pelatih

Sajian Laksa Sarawak, Rezeki hari Jumaat sempena penutupan rasmi 
Perkhemahan UBF Perdana peringkat sekolah, 2025.


Kuah Laksa Sarawak.

Laksa Sarawak yang sudah diletakkan kuah laksa Sarawak.Sedap sekali..

puding segar kan mulut, puding durian jagung manis

Makan semeja , Laksa Sarawak menggamit memori Etuza pernah makan di Negeri Sarawak

Alhamdulillah Perkhemahan UBF Perdana peringkat sekolah tamat pada jam 11.00 pagi
Jumaat bersamaan 07.11.2025

Catat Ulasan

0 Ulasan