Lakukan pengurusan blog dengan ada mengamalkan BLOGWALKING, perbuatan ini ialah berjalan ke blog dan blog lain dengan niat yang baik seperti mengeratkan hubungan sesama bloggers, menjalin persahabatan dan menjatuhkan komen setelah selesai pembacaan anda di blog kesukaan anda. Selain itu pasti ada ilmu baru dan kita merasa ada aura dan inspirasi untuk terus berblog andai anda seorang pengurus blogspot.com.
Istilah ini berasal daripada "blog" (singkatan daripada "weblog") dan "walking" (berjalan)
blogwalking. Istilah ini merujuk kepada aktiviti melawat blog lain untuk membaca kandungan, meninggalkan komen, dan berinteraksi dengan blogger lain.Tujaun
Tujuan Blogwalking adalah pelbagai termasuk mencari idea,bersilaturahim, meningkatkan klik pembaca blog atau meningkatkan trafik serta paling hebat ialah membina hubungan baik dan persahabatan sesama bloggers.
- A Apakah Aktiviti Bila Blogwalking.
- Melibatkan melawat blog yang berbeza dan biasanya meninggalkan komen yang bermakna untuk "meninggalkan jejak". Membuat pembacaan dan mungkin anda seorang yang perihatin akan membuat teguran seperti kesilapan ejaan dalam sesuatu perkataan dalam blog, atau juga tersilap strstrukturayat hingga menjadi pengertian yang lain.Melihat lihat gambar infor blog kegemaran. Dan akhirnya menjatuhkan komentar membina di ruangan komen yang disediakan. Inilah ertinya Blogwalking.
Blogger Kehilangan Arah, Betul atau Hanya Tafsiran.
Sebagai seorang pengurus blog, anda tidak lari dari berbagai cabaran dan kekangan mengurusi hanya sesebuah blog. Blogger yang terbaik perlahan akan kehilangan arah berblog jika langsung tidak melakukan Blogwalking. Kehilangan arah seperti blogger akan merasa :-
* Kesunyian
* Keseorangan
* Merasa blognya kosong
* Merasa tiada yang perduli
* Bosan di laman online
* Kehilangan idea updated blog
* Menjadi keliru
* Hilang keyakinan
* Kehilangan arah berblog
* Blog bersawang
* Akhirnya berhenti berblog.
Lakukanlah Blogwalking walau tidak selincah yang kita harapkan. Kita ikut line wifi, jika lancar wifi anda maka lancarlah kita membuat blogwalking pada masa yang kita tetapkan.Elakkan diri dari membisu seribu bahasa kerana membuat anda menjadi blogger yang semakin sepi dan akan kehilangan arah tujuan berblog. Namun tidak disangkal,tetap ada blogger yang selesa dengan dirinya tanpa membuat blogwalking asalkan ada blogger yang membaca dan drop komen pada blog peribadinya.
Pesanan Dan Ingatan Mesra.
Mohon maaf jika belum sampai ke blog anda, pasti akan ada acara blogwalking di laman anda, hanya masa dan bila akan ditentukan. Mohon maaf juga sekiranya ada blog baru yang tampil membaca blog Etuza tetapi berlaku lupa ziarah semula ke blog anda. Kebelakangan ini Etuza memerhati semakin banyak blog yang dulu sepi kini menghidupkan kembali blog mereka dengan nafas baru, walaupun ledakan mesdos lain semakin menapak dunia internet. Selamat blogwalking dan teruskan usaha blogwalking amalan yang sihat dalam dunia maya.Salam ikhlas Etuza.
Klik blog Etuza awal pagi terlihat iklan Google seperti dalam gambar.Anda boleh klik melihat iklan, tempat terbaik Hotel penginapan, yang antaranya Palace Hotel di Sabah.
Cek out di The Palace Hotel, Kota Kinbalu, awal pagi 21/10/2025.
Blogwalking akan menjana banyak idea inspirasi meneruskan blog anda.
Gambar kenangan di Daining Room The Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Mana satu pilihan Etuza, Kopi Hasbbatus Sauda', Elcaffe Kopi Elken dan Super White Coffee
Pilihan Etuza hari ini Kopi Hasbbatus Sauda'
Sudah minum Kopi Hasbbatus Sauda' dan kuih
Hasil kutipan Cili Bara di laman Etuza hari ini.
Pokok Betik tepi pagar, mendongak ke atas, nampak sebiji buah betik masak kekuningan.
Alhamdulillah, rezeki awal pagi hari ini.

31 Ulasan
Assalamualaikum cikgu.. moga ceria2 selalu sebagaimana cerianya blog ini. blogwaking di pagi hari.. terima kasih atas tips dan motivasi.. semoga hubungan erat antara bloggers sentiasa terjalin hingga ke syurga ..amiin
BalasPadamWalaikumsalam ustaz.Terima kasih ya, masih setia membaca entry( entri) Etuza..saja untuk kenangan dan semoga ada juga ilmu disampaikan walau sepatah.Terjalin hubungan baik sesama blogger..
PadamAda masa, memang kita suka blogwalking.. sedap nampak betik tu, masak elok..
BalasPadamBetik dekat rumah, alhamdulillah, manis kerana masak bukan kena matahari terik..
PadamSudah dijangka Cg akan pilihan kopi habbatussauda'. Penuh khasiat 👍🏻
BalasPadamAlhamdulillah seronok tengok hasil tuaian dari lama.
Ketiga2 saya suka minum, tapi lebih kepada Habbatus sauda hari ini..
PadamGood sharing =)
BalasPadamTerima kasih ya..
Padammcm2 kebaikan berbloging ni kan?
BalasPadamBetul banyak manfaat, berbanding kita diam..saya rasa blogger diam takakan merasa puas hati blogginya ka MA
PadamAda masa semangat berjalan ke blog orang ada masa rehat.
BalasPadamSayapun ada kopi habatussauda tapi jenama lain, dapat percuma.
Ooo ada lain brand ya Habbatus Sauda. tu,, ya lah ada berbagai brand kan
PadamBW memang akan bg byk ideas dan dpt mcm2 info jugak!
BalasPadamBetul, seronok membaca kadang2..boleh bersihkan otak yang dah berkarat..
PadamSelalu juga blogwalking bila ada masa yang sesuai.. Seronok sangat:)
BalasPadamMemanga ada keseronokan tersendiri bila kita BW..terjalin ukuhuwa persahabatan pastinya
PadamSalah satu saya aktif berblogging semula ialah untuk berkenalan dengan kawan2 blogger yang lain. Bila blogwalking kita boleh mengeratkan lagi hubungan dengan kawan2 blogger.Bukan setakat berkongsi cerita malah pernah berjumpa secara bersemuka jugak dengan kawan2 blogger macam MZ, Fanny, Ezna Khalili, Kak Retna dan ramai lagi 😄
BalasPadambetul, Etuza ada pernah jumpa dua tiga orang blogger yang dahulu aktif, masih ada tetapi tak selalu updated blog dia..betul, setuju dengan Carneyz
Padaminsyallah akan usahakan utk rajin blogwalking ketika masa lapang
BalasPadamTeruskan usaha ya
Padamalhamdulillah rezeki bertani tiasa ada
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih ya..
PadamKeep berblog and blogwalking. Ini pun Salah satu terapi dalam kehidupan Nona. Tengok Dan baca Kisah pengalaman orang lain. Tersimpan tapi di blog.
BalasPadamPendapat hebat, terapi, rasanya betul kerana kita dapat ilmu baru dan membaharu cara pemikiran dan updated blog..
PadamKadang2 cuma sempat blogrunning aje
BalasPadamTak apa wak, teruskan cara wak blogging ya..kita hargai semua entry( entri) adalah hebat semua..
PadamIn sya Allah sedang diusahakan blogwalking tetapi kadang-kadang itu memang tidak sempat sebab macam-macam sebab terutamanya asyik suka tidur. Bulatnya betik tuh cikgu. Saya ingatkan mangga tadi
BalasPadamBila kita rajin bloh walking secara tak langsung blog kita pun akan hidup dengan ceria.. :D
BalasPadamCili cili tu freshnya....BW kat page Etuza.
BalasPadamTerimakasih tuan tanah Etuza selalu rajin BW blog wak yg itu.. aminn
BalasPadamOh, namanya cili bara!
BalasPadamSaya suka beli sebab warna menyerlah dan bentuknya cantik. Tidak terlalu pedas seperti cili padi kampung.
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.