Lakukan pengurusan blog dengan ada mengamalkan BLOGWALKING, perbuatan ini ialah berjalan ke blog dan blog lain dengan niat yang baik seperti mengeratkan hubungan sesama bloggers, menjalin persahabatan dan menjatuhkan komen setelah selesai pembacaan anda di blog kesukaan anda. Selain itu pasti ada ilmu baru dan kita merasa ada aura dan inspirasi untuk terus berblog andai anda seorang pengurus blogspot.com.
Istilah ini berasal daripada "blog" (singkatan daripada "weblog") dan "walking" (berjalan)
blogwalking. Istilah ini merujuk kepada aktiviti melawat blog lain untuk membaca kandungan, meninggalkan komen, dan berinteraksi dengan blogger lain.Tujaun
Tujuan Blogwalking adalah pelbagai termasuk mencari idea,bersilaturahim, meningkatkan klik pembaca blog atau meningkatkan trafik serta paling hebat ialah membina hubungan baik dan persahabatan sesama bloggers.
- A Apakah Aktiviti Bila Blogwalking.
- Melibatkan melawat blog yang berbeza dan biasanya meninggalkan komen yang bermakna untuk "meninggalkan jejak". Membuat pembacaan dan mungkin anda seorang yang perihatin akan membuat teguran seperti kesilapan ejaan dalam sesuatu perkataan dalam blog, atau juga tersilap strstrukturayat hingga menjadi pengertian yang lain.Melihat lihat gambar infor blog kegemaran. Dan akhirnya menjatuhkan komentar membina di ruangan komen yang disediakan. Inilah ertinya Blogwalking.
Blogger Kehilangan Arah, Betul atau Hanya Tafsiran.
Sebagai seorang pengurus blog, anda tidak lari dari berbagai cabaran dan kekangan mengurusi hanya sesebuah blog. Blogger yang terbaik perlahan akan kehilangan arah berblog jika langsung tidak melakukan Blogwalking. Kehilangan arah seperti blogger akan merasa :-
* Kesunyian
* Keseorangan
* Merasa blognya kosong
* Merasa tiada yang perduli
* Bosan di laman online
* Kehilangan idea updated blog
* Menjadi keliru
* Hilang keyakinan
* Kehilangan arah berblog
* Blog bersawang
* Akhirnya berhenti berblog.
Lakukanlah Blogwalking walau tidak selincah yang kita harapkan. Kita ikut line wifi, jika lancar wifi anda maka lancarlah kita membuat blogwalking pada masa yang kita tetapkan.Elakkan diri dari membisu seribu bahasa kerana membuat anda menjadi blogger yang semakin sepi dan akan kehilangan arah tujuan berblog. Namun tidak disangkal,tetap ada blogger yang selesa dengan dirinya tanpa membuat blogwalking asalkan ada blogger yang membaca dan drop komen pada blog peribadinya.
Pesanan Dan Ingatan Mesra.
Mohon maaf jika belum sampai ke blog anda, pasti akan ada acara blogwalking di laman anda, hanya masa dan bila akan ditentukan. Mohon maaf juga sekiranya ada blog baru yang tampil membaca blog Etuza tetapi berlaku lupa ziarah semula ke blog anda. Kebelakangan ini Etuza memerhati semakin banyak blog yang dulu sepi kini menghidupkan kembali blog mereka dengan nafas baru, walaupun ledakan mesdos lain semakin menapak dunia internet. Selamat blogwalking dan teruskan usaha blogwalking amalan yang sihat dalam dunia maya.Salam ikhlas Etuza.
Klik blog Etuza awal pagi terlihat iklan Google seperti dalam gambar.Anda boleh klik melihat iklan, tempat terbaik Hotel penginapan, yang antaranya Palace Hotel di Sabah.
Cek out di The Palace Hotel, Kota Kinbalu, awal pagi 21/10/2025.
Blogwalking akan menjana banyak idea inspirasi meneruskan blog anda.
Gambar kenangan di Daining Room The Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Mana satu pilihan Etuza, Kopi Hasbbatus Soda, Elcaffe Kopi Elken dan Super White Coffee
Pilihan Etuza hari ini Kopi Hasbbatus Soda
Sudah minum Kopi Hasbbatus Soda dan kuih
Hasil kutipan Cili Bara di laman Etuza hari ini.
Pokok Betik tepi pagar, mendongak ke atas, nampak sebiji buah betik masak kekuningan.
Alhamdulillah, rezeki awal pagi hari ini.
11 Ulasan
Assalamualaikum cikgu.. moga ceria2 selalu sebagaimana cerianya blog ini. blogwaking di pagi hari.. terima kasih atas tips dan motivasi.. semoga hubungan erat antara bloggers sentiasa terjalin hingga ke syurga ..amiin
BalasPadamAda masa, memang kita suka blogwalking.. sedap nampak betik tu, masak elok..
BalasPadamSudah dijangka Cg akan pilihan kopi habbatussauda'. Penuh khasiat 👍🏻
BalasPadamAlhamdulillah seronok tengok hasil tuaian dari lama.
Good sharing =)
BalasPadammcm2 kebaikan berbloging ni kan?
BalasPadamAda masa semangat berjalan ke blog orang ada masa rehat.
BalasPadamSayapun ada kopi habatussauda tapi jenama lain, dapat percuma.
BW memang akan bg byk ideas dan dpt mcm2 info jugak!
BalasPadamSelalu juga blogwalking bila ada masa yang sesuai.. Seronok sangat:)
BalasPadamSalah satu saya aktif berblogging semula ialah untuk berkenalan dengan kawan2 blogger yang lain. Bila blogwalking kita boleh mengeratkan lagi hubungan dengan kawan2 blogger.Bukan setakat berkongsi cerita malah pernah berjumpa secara bersemuka jugak dengan kawan2 blogger macam MZ, Fanny, Ezna Khalili, Kak Retna dan ramai lagi 😄
BalasPadaminsyallah akan usahakan utk rajin blogwalking ketika masa lapang
BalasPadamalhamdulillah rezeki bertani tiasa ada
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.