RH Hotel Di Sibu Sarawak. Gambar Menjadi Kenangan Indah.
7.48 minit malam 14/10/2025 bersamaan hari Selasa, kemas kinikan blog lagi. Paparan kali ini hanya berkisar gambar kenangan indah kami semasa pergi ke Sibu,Sarawak dan menginap di RH Hotel, Sibu. RH Hotel , Sibu Sarawak bertaraf 4 bintang dan menawarkan harga penginapan yang masih mampu dibayar oleh pelanggan. Lupa berapa permalam di hotel RH, Sibu. Maaf kenangan ini berlaku dalam tahun 2023, tetapi bagaikan baru berlaku, kerana tiba-tiba mengisi laman Blog Pesona Etuza malam ini.Inilah keadaan berlaku apabila mood begitu jauh terdampar pada tahun 2023 dan 2024 serta awal tahun 2025.
RH Hotel adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang dibina di Jalan Kampung Nyabor, Bandar Sibu, 96008 Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Hotel ini terletak 25 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Sibu. Terdapat sejumlah 226 bilik bervariasi yang terdiri daripada Deluxe, Deluxe Executive dan Junior Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik.
Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati. Beralih ke perihal makanan pula, RH Hotel menawarkan tiga ruang makan utama untuk memenuhi selera anda, iaitu Executive Lounge, Hijau Lounge dan Oriental Bistro Restaurant untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan
Tidak menyangka akan memijak Sibu, Sarawak dan UITM Mukah Sarawak. Tidak pernah berangan-angan ke Mukah Sarawak, kerana menjangkakan anak bongsu akan diserap masuk ke IPTA di Sabah iaitu di Universiti Malaysia Sabah. Rupanya anak menerima tawaran di UITM Mukah, Sarawak pada tahun 2023.Nampaknya kena akur dengan tawaran belajar anak ke UITM Mukah, Sarawak. Walaupun jauh kena juga hantar demi masa depannya. Banyak pengalaman kami semasa ke UITM Mukah dan ke Sibu Sarawak. Menginap dalam dua hari menjadikan banayk penagalaman yang menggembirakan kami.
Orang Sarawak Ramah Tamah.
Bila kita melancong solo atau bersama isteri dan anak, maka pasti berlaku keadaan bertanya kepada orang disekeliling kita dengan bertanya hormat kepada mereka penduduk jati di Sibu dan di Mukah, Sarawak. Inilah masa mengenali cara orang Sarawak melayan pelancong dari Sabah, dan pelancong dari tempat lain. Alhamdulillah masyarakat Sarawak rupanya ramah tamah dan mudah memberi panduan pada pertanyaan kita. Sebab itu acara atau aktiviti kami di Sibu dan di Mukah Sarawak lancar sekali.
Berselisih Dengan Sultan Menginap Di RH Hotel Sibu, Sarawak Masa itu Menerusi Program Sultan Kembara Kenali Borneo yang dilakukan oleh Sultan bersama Permainsuri dan rombongannya megelilingi Sabah dan Sarawak.
Ke Mukah, Kawasan Sibu Sarawak.
Depan kaunter, RH Hotel Sibu, Sarawak nampak keunikan dan keindahan terserlah.
Pasangan suami iseri orang Sibu yang ramah tamah hingga
ambil gambar bersama mereka.
Sibu Sarawak tahun 2023.
Di ruangan tempat makan, sarapan pagi RH Hotel, Sibu.
Menunggu Lif untuk ke Bilik Hotel Penginapan di RH Hotel, Sibu.
Ruangan meja dan TV di Hotel RH, Sibu Sarawak
Sultan dan Permainsuri singgah menginap di RH Sibu, Sarawak dalam program Kembara
Kenali Borneo
UITM Mukah, Sarawak.

20 Ulasan
Hotelnya tinggi dan terlihat nyaman... pasti betah ya menginap di situ.
BalasPadamAlhamdulillah..aman2 ja ya
PadamTahniah buat si bongsu
BalasPadamTerima kasih wak..
PadamAssalamualaikum cikgu.. saya pun ada sahabat orang Sibu, sangat baik orangnya..
BalasPadamWaalaikumsalam..alhmdulillah..orang Islam ni bersaudara semua..cuma kadang ada orang tu kita rapat dan mesra..itulah sahabat yang baik..
PadamSultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang pun pernah menetap di situ.
BalasPadamYa ada, masa tu baru juga mereka cek out dari RH Hotel Sibu ni..
PadamRisau juga kalau2 nanti anak dpt tawaran jauh merentas Laut Cina Selatan. Tentu besar belanjanya
BalasPadamTak mustahil tu ya, anak saya ada U di Terengganu, dan di Unimas Sarawak..jauh kena flight lagi..
PadamPernah ada kawan anak dapat UITM ni tapi tak jadi pergi sebab dari Semenanjung.
BalasPadamJika tak pergi kena tunggu panggilan UPU lagi akan datang kan..tak apa buka rezeki..
PadamWonderful post, lovely photos. Thank you so much for sharing. Warm greetings from Montreal, Canada.
BalasPadamThank you support my blog. I'm happy read you comment.
Padamokay lagi tu dapat belajar di sarawak berbanding kat negeri2 semenanjung, hehe. cantik betul suraunya tu
BalasPadamSama juga naik flight dari Sabah, ada misi dan visi KPM..melakukan Integrasi sebenarnya..
Padamnampak menarik hotel ni! so far saya baru 2x jer jejak kaki ke bumi sarawak,,,tu pun many2 years ago..one for holiday, another one for work (jd trainer)
BalasPadamAda pengalaman dah ke Sarawak ni MZ..Sarawak Negeri indah..terasa nak lagi ke Sarawak masa akan datang..
Padamkalau ada rezeki sy ke sibu bolehlah sy menginap kat sini nanti
BalasPadamWelcome, boleh2 boleh google awal2, memang hotel ni terkemuka,..king pun pernah stay sini
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.