Ocean Steamboat & BBQ Fresh Seafood Restaurant, Keningau.

💁
Restaurant di pakir khas Bas Express Bandar Keningau.

Singgah Ke Tandas Awam Di Stesen Bas Express. 
Berminat Klik SINI. Komen Anda Telah Dibaca.

Ahad, 12/10/2025  awal pagi ke Bandar, Keningau. Menghantar suri hati ke kelas mengajinya bersama dengan kawan-kawannya ke Masjid Taqwa Bandar Keningau.

Singgah ke tandas awam di stesen Bas Express, kerana berhajat membuang air kecil. Singah sini kerana jika lalaun dari Round About dari Pasar Umum Bandar Keningau, menuju ke rumah Etuza akan melalui Stesen ini. Andainya melalui jalan lurus melimpasi SM SFX Keningau, tidak akan melimpasi Stesen Bas Express ini.

Dan tempat ini dahulu sangat kerap Etuza ke sini untuk urusan anak-anak belajar naik Bas Express ke Kota Kinabalu untuk study di Universiti Malaysia Sabah. Selain urusan Etuza dan suri hati ke Kota Kinabalu, Sabah.

Makcik Menjaga Depan Tandas Berani Menegur Dengan Ikhlas. 

Melihat suasana tempat makan , memang jauh beza dari dulu. Seperti diperbesarkan ke hadapan dan tempat makan agak lapang dan selesa. Oh ya, hampir lupa satu situasi dekat tandas awam. Apabila Etuza keluar, kelihatan Makcik yang menjaga ruang depan tandas awam di Stesen Bas Express menegur dua orang lelaki kerana merokok di hadapan tandas dan dekat dengan makcik tersebut. Katanya:-
" Kawasan ini adalah larangan merokok ya, kamu jangan terang terangan di sini merokok, kerana kawasan ini tempat larangan merokok, jika kamu kedapatan pihak berkuasa kamu akan di denda ribuan ringgit" 
Dua lelaki tersebut depan Etuza memandang Etuza tanpa bersuara dan ligat menghisap rokok. Asap berkepul kepul ke udara. Etuza berlalu pergi dan sempat tersenyum hormat dengan Makcik yang berani menegur dua orang lelaki muda tadi yang sedang merokok di hadapan wanita tersebut. Seingat Etuza larangan merokok secara terbuka di Bandar Keningau telah dikuat kuasakan. Di mana Etuza ada terserempak dan berbual dengan Pegawai Polis Bertugas di Padang Bandar Keningau, mereka meround tetapi berpakaian biasa. Mereka kata, mereka meround untuk memastikan Evant di Padang Bandaran ini segar udara dari asap rokok. Oooo ini, hebat bagi Etuza.

Ke Ruang Medan Makan Restaurant Ocean Steamboat, Keningau.

Tanpa disangka Etuza jumpa Ustaz Hairon dengan geng dua orang di meja makan posisi tengah. Datang bagi salam dan sempat Etuza duduk sembang dengan mereka. Mereka minum dan makan kuih ke tempat ini sementara anak murid mereka sedang mendengar ceramah agama di SM Agama Keningau. Adalah beberapa cerita kami yang hanya berkisar tentang kehidupan ini. Selesai bercerita Etuza pergi dengan izin dan singah membeli kuih pinjaram dan kuih pais pisang. Dihujung sebelah kiri ada wanita bertudung dan agak berusia, duduk menunggu tetamu membeli kuih muih jualannya di dalam kaca. Etuza hampiri dan membeli dalam harga RM8.00.Alhamdulillah dapat beli kuih untuk family Etuza di rumah.

Terimbau Kenagna 15 Tahun Lalu Di Stesen Bax Express, Keningau.

Sebelum naik kereta, sempat ambil gambar Restaurant ini kerana,( gambar diabadikan dalam blog ini)  banyak moment dahulu, lebih kurang 15 tahun lalu Etuza sering ke tempat ini bersama suri hati. Di mana kadang kala kami menggunakan perkhidmatan Bas Express ke Kota Kinabalu, Sabah. Seingat Etuza masa itu baru RM 15.00 seorang kos bayar tiket ke Kota Kinabalu, Sabah. Tidak pasti lah sekarang kerana kami ke Kota Kinabalu kini menggunakan kereta sendiri. Anak-anak Etuza 6 orang sudah ada lesen memandu, maka jarang lah naik Bas Express. 

Pagi Ahad hujung minggu, inilah catatan Etuza. Salam hujung minggu.Salam blogger Malaysia. Salam Malaysia Madani.
Catatan ini, tiada kaitan dengan individu lain, melainkan catatan bacaan umum yang biasa sahaja sekadar perkongsian pengalaman dan ilmu jika ada. Etuza.
💁 Pengumuman Awal

Sebelum off laptop ini, Etuza hendak umumkan bahawa pada bulan Oktober 2025 pada tarikh yang masih dirahsiakan  akan di angkat Darjat Seorang Blogger Malaysia untuk di anugerahkan hadiah dari Etuza atas keikhlasan , kegigihan dan kerajinannya dalam meletak kan KOMENTAR dalam paparan Komentar Widget dalam blog Pesona Etuza ini. Dengan itu pakat-pakat semua untuk lebih gigih dan ingat untuk drop komen, komen yang membina dan mesra di baca di blog ini. Jangan lupa, mungkin rezeki anda pula. Salam kasih sayang semua.

Boleh makan soto makasar di Restaurant ini, jika anda hendak guna Bas Express ke Kota Kinabalu.

Bentuk segitiga sebagai gerbang masuk ke tempat ini. Gambar menghala ke luar Restaurant.

Depan Restaurant agak lapang dan luas, ini dari pintu gerbang segitiga.

Pandangan dari arah simpang kanan masuk ke stesen Bas Express dan Restaurant ini.

Kuih Pinjaram yang Etuza beli di satu warung muslim dalam Restaurant terbuka ini.

Kuih pais pisang, kegemaran Etuza. Beli 4 RM2.00

Inilah rupa pais pisang, makan masa cicipan ( makan masa petang )

Catat Ulasan

0 Ulasan