Jalan-Jalan Di Kebun & Teruja, Merpati Mendekati Mematuk Jari Jemari.

Jalan-Jalan Dikebun Petang Hari Ini.

Petang hari ini, jalan-jalan di kebun pokok getah. Singah mengambil gambar bunga pokok kantan, buah nangka lebat dan gambar ayam jantan. Syukur alhamdulillah kerana nampaknya Allah kurniakan rezeki berbentuk makanan, seperti buah nangka dan binatang peliharaan. Dia lah yakni Allah yang memberikan semua apa yang kita ada.

Melihat sekawan burung merpati mendarat di tanah, berjalan-jalan mencari makanan, sesekali terlihat kalibat ayam betina dan anak -anak ayam datang mendekati kawanan burung merpati yang kian bertambah dan bertambah. Seronok melihat kawanan Burung Merpati seolah menghiburkan Etuza dengan gelagat  burung merpati di darat. Sesekali ayam jantan mengejar burung merpati, lalu kawanan burung merpati terbang tinggi menjahuhi. Kemudian mendarat kembali apabila ayam jantan masuk ke kebun mengikuti Etuza. 

Nampaknya pokok nangka berbuah lebat,harus usaha membungkus dengan plastik buahnangka ini. Setelah puas berjalan-jalan di kebun pokok getah Etuza ke reban burung merpati. Sebelum itu Etuza agak kecewa dan termenung seketika apabila seekor ayam jantan tidak dapat dikesan, Etuza menyimpulkan ayam jantan remaja itu telah dimakan anjing liar.

Jinak Merpati, Ingin Dipegang Mematuk Manja Jari Jemari.

Burung merpati di reban kini bertambah dan bertelur silih berganti.Merpati itu kini pandai dan memahami cara masuk dan keluar dari Reban Bunrung. Etuza melihat burung merpati seperti semakin jinak berbanding dahulu. Lalu di cuba menyentuh dan membelai burung merpati itu. Alhamdulillah Etuza berjaya menjinakkkan seekor burung merpati, tetapi masih menghempas memukul tangan Etuza degna sayapnya serta mematuk bertalu2 jari jemari Etuza, tetapi patukkan burung merpati itu seolah bermanja dengan Etuza. Boleh tengok situasi gambar di blog ini.

Seronok membelai burung merpati, bila dilepaskan tidak terbang seperti burung merpati lain. Syukur alhamdulillah bermula dari 4 ekor burung merpati di laman kini hampir 30 ekor, semakin banyak dan meriah terbang bertawaf di atas bumbung teratak Etuza. Etuza berdoa semoga burung merpati ini sihat bertambah banyak dan tidak diganggu oleh manusia yang lalu di rumah Etuza ketika mereka ke kebun getah.Entry kali ini berkaitan burung merpati, tetapi terselit gambar bersama cucunda . Etuza abadikan dalam blog ini. Terima kasih pembaca maya dan terima kasih blogger yang drop komentar di laman Etuza ini.

Bersama dengan cucu, gambar ketika kami di Resort Sabindo Keningau.

Sekawan burung merpati di laman Etuza. 

Burung merpati mencari makanan hingga hampir ke jalan raya menuju ke kebun getah.





Inilah burung merpati, satu-satunya burung yang jinak dan membiarkan tubuhnya di belai manja.




Anak burung merpati yang baru tumbuh buluhnya ..belum pandaui terbang.

Ada seekor burung sakit mata ..Etuza rawat menggunakan minyak gamat.





Anak burung merpati , baru menetas dan mulai keluar bulunya di badan.

Bunga kantan..


Pokok nangka, lebat buahnya kali ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan