GIVE AWAY: Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh.

🙋

📅 Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2025 (11.59 malam)

📅 Tarikh pemenang : 05 November 2025 (08.00 pagi)

Blogspot.Com Setanding Dengan MEDSOS Baru.Blogspot Ada Jati Diri Sendiri.

Blog Walking Malam 13.10.2025, seperti biasa akan ke blog lainnya yang seolah jiran pada blog Pesona Etuza. Membaca catatan teman-teman blogger di Malaysia dan dari Indonesia, terasa banyak beza catatan menarik dan membuat kita merasa bermotivasi meneruskan blogspot.com, meskipun ramai yang mengatakan blog ini sudah lama dan tidak berapa lagi di minati ramai. 

Pada Etuza blog masih releven masa kini sebagai bahan bacaan dan paling hebat bila kita mencatat sepuas hati apa sahaja pengalaman , pengetahun baru dan perkongsian pelancongan atau acara makan kita di mana juga. Blog bukan lah seperti Tik Tok, Face Book dan lain-lain MEDSOS. Blog ini tersendiri dengan JATI DIRI dan miliki rekriasi tepi kiri dan kanan ada link bloglist dan kemudahan lain yang percepatkan perjalanan kita ke laman lain yng kita hendak.

Blogspot berdiri sendiri sebagai salah satu flatform tersendiri yang mendahului medan MEDSOS terkini. Begitulah rantai MEDSOS ada yang lama dan ada yang baru. Blogger yang dahulu ada blogspot usahlah lupa pada MEDSOS blogsopt yang pernah bertapak cemerlang dahulu  dan hingga kini masih bertapak seiring dengan MEDSOS lain. Selesai bicara Etuza tentang blogfspot.com, jemput baca dan klik entry menarik dari blogger Yuslina Ghazali.

Klik Blog  Mummy Ayu, Jumpa Give Away Dari Yuslina Ghazali.

Terzahirlah entry baru dan segar di laman Pesona Etuza dengan entry Give Away: Misteri menanti di blog mek yuhh. Pada mulanya sekitar jam 11.30 terbangun dari lena, klik blog tetapi dalam keadaan ilham yang kosong, akhirnya mendaat ilham ikut serta GA ini. Kenapa ikut serta Give Away ini:-

🙋 Sebagai sokongan sesama blogger di arena blogspot.com.
🙋 Ikut memeriahkan Give Away dari Blog Yuslina Ghazali.
🙋 Ikut serta agar ada tambahan follower blog Etuza ini, kerana hasrat nak lihat mencapai angka ribu followers ( Jika dapat)
🙋 Ikut serta bukan harapkan hadiah misteri, kerana rezeki itu atas izinNya. Tetapi atas dasar suka ikut dan ikhlas di hati. Bak kata Blogger Pokcikblogger, menulis dari hati. 

📌 Cara penyertaan:

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Catat Ulasan

0 Ulasan