Ya Allah, Atas TakdirMu, Mereka Dipersatukan. Kami Merestui Pasangan Bahagia Ini.

Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Detik anak kami menyarungkan cincin ke jari manis 
seusai lafaz nikah dan taklik.

Bertemu lagi di udara maya, syukur alhamdulillah ada kesempatan yang terluang diketika kita umat Islam berpuasa dibulan Ramadan yang mulia. Allah hamparkan laluan ke Syurga yang pintunya terbuka luas kepada sesiapa. Ya Allah syukur dapat melaksanakan ibadah puasa ini dan melakukan sebanyaknya amal ibadah lain seperti solat berterawih di masjid atau surau.

Paparan kali ini, sebenarnya Etuza hendak kongsikan kepada pembaca dan para blogger yang suka ke blog ini. Iaitu kesyukuran kami kepada Allah, apabila anak lelaki Etuza telah selamat disatukan dengan lafaz ijab kabul sekali nafas pada 08.03.2024 bersamaan hari Jumaat di rumah kediaman pengantin perempuan dengan sekali lafaz. 

Ya Allah inilah takdirMU inilah juga restuMu kepada anak kami dan pasangannya . Jodoh yang telah diatur dan pasangan yang menjadi suami isteri yang sah. Bermakna bertambah keluarga kami dengan kehadiran insan yang kami sayangi ini. Gadis pilihan dan kini menjadi suri hati anak kami berasal dari Kota Belud, Sabah. Subahanallah.

Anak lelaki kelima Etuza kini bergelar suami, jadilah suami yang bertanggungjawab. Ibu ayah mendoakan agar kalian berdua bahagia hingga ke anak cucu. Dalam melayari bahtera rumah tangga, haruslah sentiasa bertolak ansur, bertimbangrasa dan saling memahami dan menerima seadanya diri masing-masing. Apapun keadaan, pastikan SOLAT lima waktu, berdoa setiap masa agar Allah sentiasa memberikan perlindungan, Allah limpahkan rezeki dan kebahagiaan. Semoga kalian menjadi keluarga sakinah dan melahirkan juriat dari kalangan lelaki dan perempuan yang solleh dan solleha. Mohon agar tidak lupa pesan ayah ini. 

Dua sejoli..indahnya di atas persandingan.

Daripada kami ibubapa, kami ucapkan tahniah dan ' SELAMAT PENGANTIN BARU " Ucapan terindah buat kalian berdua. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Lalui juga alam rumah tangga dengan penuh hikmah, fahami bahawa dalam melayari rumah tangga akan ada cabaran tetapi semuanya tidak menjadi halangan apabila anda saling memahami, jujur dan setia tanpa berselindung suatu perkara antara satu sama lain. Anakku Afif..alhamdulillah SYUKURI nikmat yang Allah berikan. Akhir kata, selamat berpuasa kepada pembaca maya yang Etuza sayangi. Bertemu lagi dalam paparan yang akan datang. Mohon maaf kerana terlalu lama baharu ada paparan di blog ini.



SELAMAT PENGANTIN BARU WAHAI ANAK TERSAYANG.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Allhamdulillah... Tahniah Etuza n fmly dpt menantu baru

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah tuan sekeluarga! Selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai.

    BalasPadam
  3. tahniah cikgu n fmili selamat pengantin baru pasangan mempelai moga bhgia bersama hingga ke syurga

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu sekeluarga di atas kehadiran ahli baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah takdir dariNya..kita terima apa yang baik..Allah memberi restu kepada mereka

      Padam
  5. Tahniah cikgu dapat menantu
    Tahniah juga buat mempelai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sahabat ku Wak..terima kasih

      Padam
  6. Selamat pengantin baru diucapkan dan tahniah bro.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.