Pluster Syiling Cornice

 Pluster Syiling Cornice

Salam blogger Malaysia, Salam semua pembaca maya yang amat dihargai. Pagi Jumaat yang sejuk, hari yang indah dan merupakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Hari ini, atau detik ini, hendak papar apa di Blog?. Rasa terpanggil hendak membuat satu Entri di Wall blog tentang satu benda yang Etuza kira menarik untuk dikongsi kepada ramai pembaca. Apakah infor tersebut?. Jom tengok dulu gambar - gambar yang sempat Etuza ambil baru-baru ini, apabila Etuza menjadi antara Pengurus pembinaan RUMAH BARU MAK AYAH di desa.

Cornice Bulat Bunga untuk letak kipas syiling rumah

Ha kepada pembaca maya inilah benda Etuza hendak kongsikan.  Dapat ilham hendak kongsikan pengalaman bermakna buat Etuza apabila menjadi antara pengurus pembinaan tapak rumah baru mak ayah di desa. Perancangan kami adik beradik membina rumah baru untuk mak bapa hanya sekadar buat rumah ala kadar yang mampu buat, kerana memikirkan kos bahan binaan masa sekarang sangat tinggi melambung. Terutama bahan seperti besi dan zink spandik.

Demi mak bapa, demi nak mereka bahagia tinggal dan duduk di rumah baru, kami adik beradik sepakat BERSATU mengumpul dana untuk membina rumah baru mak ayah yang amat kami sayangi. Ya, tanpa mak ayah Etuza tak jumpa anda di laman maya, tak ada BLOGGER ETUZA yang anda kenal dia siapa kini. Mak ayah..terima kasih lahirkan Etuza dan adik kakak yang lain.

Memilih jenis Cornice sebagai bahan syiling rumah. kenapa?. Mulanya Etuza buat perbincangan dengan adik-adik terutama adik beradik KETIGA dan KELAPAN. Mereka nak syiling CORNICE. Maka Etuza putuskan bersetuju dan buat perbincangan dengan ketua pembinaan ALKHAMAR namanya. 

Nampaknya ALKHAMAR minta agar pilih syiling CORNICE kerana agak murah berbanding bahan kayu dan plywood. Mudah pemasangan cepat dan lebih kukuh berbanding kayu serta tahan selain tidak berkarat. Maka bermula lah kerja-kerja antara kami dan Etuza sebagai ketua pengurusan sibuk mengangkat memunggah cornice termasuk zink bar dan sebagainya.

Harga Cornice Bulat Berbunga RM 60 satu set

Cornice Corner RM 45.00 satu dan harga ikut saiz
Ketika ini pemasangan CORNICE syiling sedang dilakukan dan dan jika cukup bahan dan alat semua Cornice Syiling dalam masa tiga hari siap. Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pekerja binaan team ALKHAMAR menunggu pemasangan wayering elektrik.

Etuza tengok, betullah pemasangan Cornice Syiling lebih mudah, cepat dan agak murah. Sebab ada juga pegalaman Etuza apabila membina empat buah bilik menggunakan bahan kayu dan plywood untuk syiling. Memang mahal kayu jenis pain di hardwere peralatan binaan .  Kepada yang hendak berhasrat hendak bina rumah baru sama ada dalam keadaan rumah biasa, rumah moden atau sebagainya Etuza promot pilihlah Cornice sebagai bahan syiling rumah baru anda nanti. Jom lagi tengok harga Cornice terbaru Etuza beli.

Kemas smart zink bar dipasang gantung 
untuk pemasangan CORNICE SYILING RUMAH MAK AYAH.


Alkhamar baju batik kotak..tekun dan seorang yang sabar
dan teliti

Sebahangian Cornice hiasan Syiling yang telah dipasang
belum ditampal pluster simin putih ..kemas kan

Dimas  angkat ZINK BAR dari kereta 4x4 Etuza.

Paparan harga peralatan cornice hiasan syiling rumah mak ayah.
Harga itu tak mampu membalas jasa budi mak ayah
melahirkan dan membesarkan Etuza hingga hari ini.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan....πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  2. Kami panggil siling plaster rupanya namanya cornice... nnt nk tgk hasilnya pulak bila dh siap k

    BalasPadam
  3. Harga brg pembinaan betul2 melambung sekarang ni. Bru ni ada beli besi square tube 1"x1".. hrga dlu rm18 sebatang, sekarang rm40 lebih..πŸ˜…

    BalasPadam
  4. sekarang harga pasaran agar mahal selepas pkp ini hehe

    BalasPadam
  5. mmg cantik bila buat plaster ceiling cornice..janji ceiling tu tinggi sbb kalau rendah tk sesuai

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..pasti emak ayah sangat teruja utk mendiami kediaman baru..

    BalasPadam
  7. nanti snap gambar cornice yg dah siap ye? yes....apa salahnya buatkan sebuah rumah utk ibu ayah yg melahirkan n membesarkan kita adik-beradik. Tahniah ye etuza...

    BalasPadam
  8. kalau dah siap nanti tentu cantik hasilnya

    BalasPadam
  9. betul..pengorbanan mereka tak mampu dibalas dengan wang ringgit.
    semoga rumah selamat dibina..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.