Menjadi Tua Itu Pasti

Menjadi Tua Itu Pasti

Salam kepada blogger Malaysia, salam kepada semua rakyat Malaysia semoga teruk kekal dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

"Menjadi tua itu pasti. Tetapi menjalani hidup yang sihat itu satu pilihan". Dipetik dari sumber tulisan Br  Adi Hashman bukunya bertajuk " Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit".

Menjadi tua itu adalah perkara yang tidak dapayt dielakkan., tetapi kualiti fizikal hidup kita apabila usia senja adalah hasil yangkita semai di sepanjang perjalanan hidup kita. 

Dalam tulisan Dr Adi Hashman, mengajak kita semua termasuk dirinya iaitu, bercita-cita menyongsong hari tua kita dengan kesihatan, keadaan fizikal serta mental seoptimum yang mungkin. Semuanya adalah hasil pelaburan yang kita tanam selagi kita masih muda. Dan katanya INGAT SELALU PESANAN RASULULLAH .

" Sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling banyak bermanfaat kepada orang lain"
Menjadi tua itu pasti, dengan izin Allah. Teringat Etuza pada seorang teman berbual ketika Etuza ziarah teman ini di rumahnya. Katanya serius.

"Apabila, rambut mulai beruban putih, gigi ada yang sakit dan dicabut, misai menjadi putih satu persatu, rasa lemah badan dan mulai kabur penglihatan dan sebagainya yang dialami, itu TANDANYA kita sudah beransur tua dan berusia, tiada orang yang semakin tua semakin kuat" Kata-katanya ini masih dalam ingatan Etuza hingga kini. Kerana apa yang teman Etuza katakan itu, sedang Etuza alami sendiri. Subanahanllah.

Hadapi hidup ini dengan sentiasa BERSYUKUR dengan apa 
sahaja nikmat yang Allah kurniakan. Etuza.

Usah rasa kesal pada apa yang kurang kita terima, tetapi bermuhasabah diri, dan bersangka baik. InshaAllah. Hari tua itu pasti, tetapi hadapi dengan tenang dan tabah. Penuhi dada dengan ilmu akhirat dengan sujud, zikir dan mengingati Allah. Kekal kan emosi yang tidak tertekan dan hindari dari berbuat dosa dari segi perkataan lisan dan perbuatan. 

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. sihat dlm usia tua Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Syukur alhamdulillah..Kesuhatan itu Allah yang berikan..kita jaga diri dan melakukan aktiviti sihat ya

      Padam
  3. semakin tua semakin bijak, insyaallah :)

    BalasPadam
  4. Umur panjang dan dengan umur itu bawa kita ke syurgaNYA. Aamiin.

    BalasPadam
  5. Semakin berusia semakin berisi. Semoga kita semua dirahmati, dunia & akhirat

    BalasPadam
  6. Tidak nampak tuapun Cikgu, awet muda gitu

    BalasPadam
  7. Ttp encem ba....😂👍👍👍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.