Kuliah Maghrib Program Maulidurrasul

 Kuliah Maghrib Program Maulidurrasul 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Banner program Maulidurrasul di Masjid Mahabbah 
pada 19/10/2021

Salam blogger Malaysia, salam keluarga Malaysia. Bertemu lagi dalam paparan maya Blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Agak lambat membuat catatan hari ini. rasanya ada juga pembaca maya menunggu -nunggu entri apa di laman ini. 

Di Masjid Al Mahabbah, Kampung Penagatan Laut, diadakan program khas sempena Maulidurrasul sempena memuliakan hari kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW. Jemputan kepada seluruh warga muslim muslimin muslimat telah awal dihantar ke group whatsApp. Jemputan menyampaikan kuliah maghrib kali ini ialah Ustaz Ardzy Bin Salimin, yang juga merupakan Imam muda yang sangat berkepimpinan sebagai ketua jemaah di Kampung Penagatan laut.

Inilah dia Ustaz Ardzy Bin Salimin.
Orang mudah belia yang sentiasa dihadapan memimpin
Solat berjemaah dan sering menjadi Khatib Jumaat.

Turut hadir, bersama ialah Pengerusi Masjid En. Sapin @ Rahman Bin Karim dan Pengerusi JKKK Kampung Penagatan laut En. Masimin Bin Muslin, serta ramai lagi yang hadir mendengar tazkirah menerusi Kuliah Maghrib kali ini.

Ustaz Ardzy menyampaikan tazkirah berkisar fadilat atau kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Katanya Nabi Muhammad SAW adalah Nabi teristimewa yang mampu memberikan syafaat kepada umatnya di akhirat. Justru berselawat ke atas nabi dalam bilangan sekali, Allah akan lipat gandakan pahala berselawat sebanyak 10 kali.

Ustaz Ardzy juga menjelaskan agar lakukan perbuatan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap masa selepas solat atau di mana-mana tanpa mengira tempat. Kerana sesiapa yang berselawat ke atas nabi secara istiqomah pasti Allah melimpahkan pintu rahmat dan keampunan kepada hamba Allah itu.

lakukan lah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, biar sedikit tetapi berterusan dan istiqomah.  Berselawat sedikit tetapi isiqomah, adalah lebih baik berbanding berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam bilangan beribu tetapi tidak berterusan dan akhirnya terhenti adalah perkara yang kurang baik, tetapi berselawat sedikit dan istiqomah perbuatan ini adalah lebih baik, apatah lagi dilakukan hinggalah saat akhir nafas masih terus berselawat ke atas nabl Muhammad SAW.

Antara Jemaah yang hadir majlis ilmu ini.

Ustaz ini juga menyebut satu perkara yang amat penting iaitu katanya sebagai orang Islam, seandainya ada umat Islam yang tidak hadir dalam majlis ilmu selama 40 kali, maka akan berlaku  dua perkara kepada insan tersebut, iaitu pertamanya HATI ORANG ITU AKAN MENJADI KERAS. KEDUA ORANG ITU AKAN MUDAH MELAKUKAN KEJAHATAN. 

Justeru katanya, apabila ada majlis ilmu seperti kali ini, datanglah dengan ikhlas, semoga nantinya Allah limpahkan rahmat dan pahala buat bekal ke akhirat. Semoga Etuza dan jemaah lain lebih istiqomah selepas ini dalam menghadirkan diri majlis ilmu yang amat bermanfaat, sebagai tempat mendapatkan ilmu tazkirah santapan rohani.

Terima kasih kepada Ustaz Ardzy S, atas tazkirah yang disampaian. Semoga dimasa akan datang akan ada pengisian kuliah maghrib seumpama ini, dengan menjemput penceramah lain pula. InshaAllah.




Jemaah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 
sebaik selesai menunaikan Solat Jemaah Isyak...

Pengerusi Masjid Mahabbah menyampaikan
 cenderahati kepada  Ustaz Ardzy S, sebagai
penghargaan dari jemaah yang hadir.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.