Komunikatif Dalam Blog

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersua kembali, memaparkan kata bicara, catatan yang ikhlas dari hati seorang blogger sampingan menggunakan platform blogspot,com.

Komen dalam blog petanda blogger mesra

Komunilatif Dalam Blog.

Komunikasi dalam blog dianggap penting dalam membina sebuah blog yang banyak dikunjungi. Kepada siapa? Sudah pasti kepada pengunjung serta sesama blogger. 

Menurut dalam buku panduan pemula blog, ada menyatakan bahawa apabila blog anda banyak komen dan ulasan bermakna blog anda mendapat perhatian sesama blogger atau pengunjung yang kita tidak ketahui. 

Blogger harus berusaha untuk memberikan reaksi seperti membalas komen pengunjung, apatah lagi komen sesama blogger.  Elakkan ada perasaan terbeban untuk membalas komentar mereka. Rupanya begini nasihat Blogspot.com. 

Berbanggalah bila banyak komen dalam blog anda, kerana inilah bukti blog anda hidup dan diterima oleh pengunjung. Bukan seperti sesetengah blog blog lain yang sepi dari pengunjung, padahal mereka mengharap sebenarnya komen pengunjung.

Selain menjawab komen, tidak menjadi kesalahan JIKA ADA KESEMPATAN untuk berkunjung ke blog sesama blogger. Ringkasnya membalas kunjungan dan membagi komen pula di blog teman kita. Nah! betapa berhemahnya blogspot.com memberikan pendapat tentang kepentingan KOMUNIKATIF DALAM BLOG. 

Satu lagi kata penulis dalam Panduan Pemula Blog yang ditulis oleh Muhd Danial. Katanya komen blogger kepada catatan kita adalah petanda blogger itu blogger berhema dan mesra maya. 

Tetapi harus juga hati-hati dalam meletakkan komen, komen lah berdasarkan catatan, komen kriikan yang membina dan sekadar komen tanpa meminta dibalas komen tanpa mendesak. Jadikan ayat komen bukan SPAM katanya. Kepada blogger baru atau blogger lama, kebiasannya apabila kita meletakkan komen dan membalas komen dari blog ke blog itulah namanya BLOG WALKING.

Semoga bermanfaat Blogger Etuza#
Komenlah dari hati ikhlas#


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Syu suka orang komen blog Syu. Bila ada orang tinggalkan komen, rasa blog Syu diterima pembaca & dihargai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen tu , bermakna kepada blogger yang ikhlas ya

      Padam
  2. Betul tu... terima kasih kerana mengingatkan. :))

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. setakat ni..minat BW..suka baca blog ke blog..

      Padam
  4. saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..sapa dan komen membina ..inshAllah

      Padam
  5. good sharing. saya dpt ramai kawan dr berblog ni, merata 1 malaysia...ada yg pernah jumpa & ada yg x pernah jumpa but still keep in touch, walaupun just di alam maya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..tak mustahil..secara tak sengaja kan...

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.