Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bersua kembali, memaparkan kata bicara, catatan yang ikhlas dari hati seorang blogger sampingan menggunakan platform blogspot,com.
Komen dalam blog petanda blogger mesra
Komunilatif Dalam Blog.
Komunikasi dalam blog dianggap penting dalam membina sebuah blog yang banyak dikunjungi. Kepada siapa? Sudah pasti kepada pengunjung serta sesama blogger.
Menurut dalam buku panduan pemula blog, ada menyatakan bahawa apabila blog anda banyak komen dan ulasan bermakna blog anda mendapat perhatian sesama blogger atau pengunjung yang kita tidak ketahui.
Blogger harus berusaha untuk memberikan reaksi seperti membalas komen pengunjung, apatah lagi komen sesama blogger. Elakkan ada perasaan terbeban untuk membalas komentar mereka. Rupanya begini nasihat Blogspot.com.
Berbanggalah bila banyak komen dalam blog anda, kerana inilah bukti blog anda hidup dan diterima oleh pengunjung. Bukan seperti sesetengah blog blog lain yang sepi dari pengunjung, padahal mereka mengharap sebenarnya komen pengunjung.
Selain menjawab komen, tidak menjadi kesalahan JIKA ADA KESEMPATAN untuk berkunjung ke blog sesama blogger. Ringkasnya membalas kunjungan dan membagi komen pula di blog teman kita. Nah! betapa berhemahnya blogspot.com memberikan pendapat tentang kepentingan KOMUNIKATIF DALAM BLOG.
Satu lagi kata penulis dalam Panduan Pemula Blog yang ditulis oleh Muhd Danial. Katanya komen blogger kepada catatan kita adalah petanda blogger itu blogger berhema dan mesra maya.
Tetapi harus juga hati-hati dalam meletakkan komen, komen lah berdasarkan catatan, komen kriikan yang membina dan sekadar komen tanpa meminta dibalas komen tanpa mendesak. Jadikan ayat komen bukan SPAM katanya. Kepada blogger baru atau blogger lama, kebiasannya apabila kita meletakkan komen dan membalas komen dari blog ke blog itulah namanya BLOG WALKING.
Semoga bermanfaat Blogger Etuza#
Komenlah dari hati ikhlas#
12 Ulasan
Terim kasih ilmunya cikgu..
BalasPadamsama-sama..biasa saja..ilmu blog
PadamSyu suka orang komen blog Syu. Bila ada orang tinggalkan komen, rasa blog Syu diterima pembaca & dihargai.
BalasPadamkomen tu , bermakna kepada blogger yang ikhlas ya
PadamBetul tu... terima kasih kerana mengingatkan. :))
BalasPadamsemoga ada manfaat ya puan
Padamtahniah cikgu yang rajin bw
BalasPadamsetakat ni..minat BW..suka baca blog ke blog..
Padamsaling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim
BalasPadamBetul..sapa dan komen membina ..inshAllah
Padamgood sharing. saya dpt ramai kawan dr berblog ni, merata 1 malaysia...ada yg pernah jumpa & ada yg x pernah jumpa but still keep in touch, walaupun just di alam maya
BalasPadamYa..tak mustahil..secara tak sengaja kan...
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.