Majlis Penyampaian Hadiah

 Majlis Penyampaian Hadiah 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Salam blogger Malaysia, salam semua pembaca maya. kehadiran anda begitu berharga bagi Etuza.

Hari ini 29/9/2021 bersamaan hari Rabu, adalah hari anugerah atau Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang yang mengikuti pertandingan aktiviti sempena Bulan Kebangsaan bermula 01 Ogos sehingga 16.09.2021 peringkat SK. Penagatan, Keningau, Sabah.

Syukur kerana kini telah selesai acara yang dirancang dan kehadiran murid yang menang sangat tepat sekali. Acara penyampaian hadiah hanya secara PANDU LALU sahaja dengan membataskan masa berkumpul, utamakan penjarakan dan patuhi SOP yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Rabiatul Adawiah ( Juara ) Vedio kreatif dan inovatif
lagu patriotik tahap 2. 

Jadual penyampaian bermula 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Majlis ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Penyempurnaan penyampaian hadiah hamper, tropi, sijil dan nasi linopot telah di lakukan oleh Penolong Kanan Hem iaitu Cikgu Handry Yamurong dan PK 1 Cikgu Zahari Baharom.

Program ini adalah anjuran Panitia Sejarah bersempena Program Malaysia ketika setiap Ogos dan September akan di adakan Bulan Kebangsaan atau Hari Malaysia. Maka pengisian berbagai aktiviti secara maya dilancarkan menerusi aplikasi WhatsApp, Teleggram. Bertujuan mencungkil bakat dan menggalakkan murid mencintai Negara malaysia khasnya. Bangga lahir di Malaysia, sesuai dengan tema kemerdekaan MALAYSIA PRIHATIN.



Cikgu Zahir Baharum ( PK 1) menyempurnakan 
penyampian hadiah kepada pemenang.


Fariez Lukman Ketiga
Vedio Kreatif & Inovatif Lagu Patriotik secara maya 
Tahap 2


Cikgu Hendry Yamurong ( PK HEM)
Menyempurnakan penyampian hadiah 


Alisha Hana Fadzil , tempat ke 2
Vedio kratif dan inovatif Lagu Patriotik tahap 2.
Turut mendapat hadiah Akiff Shouki  Naib Johan
tahap 1 mewarna poster.


Alisha Hana Naib Johan 
Mendapat hamper, sijil dan tropi serta Nasi Linopot.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Tahniah pada anak-anak yang menang. Penyampaian hadiah pandu lalu tapi tetap semangat dress up pakaian kebangsaan. Thumbs up!

    BalasPadam
  2. Tahniah utk adik2 yg comel...tahniah jgk pd pihak yg menjayakan majlis ni walaupun dlm keadaan SOP yg ketat

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada pelajar2 yang berjaya.
    Tahniah kepada tenaga pendidik yang menjayakan program

    BalasPadam
  4. tahniah kpd adik2 yang berjaya!

    done polo #580

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.