Ahad Misi Selamatkan Ubi Keladi

 Ahad Misi Selamatkan Ubi Keladi

Ahad yang indah. Salam bloggers Malaysia, salam semuanya, salam hormat kepada pembaca maya yang amat dihargai kehadiran. 

Ahad hari yang membahagiakan dapat bersama keluarga tersayang. Berehat atau membuat apa sahaja di halaman rumah di laman kita masing-masing.  Semalam menonton chanel UTUBE Senyum Ustaz paparan Datuk Ustaz kazim Iliyas. Katanya seusai SOLAT DUHA, keluar lah di rumah dapatkan cahaya matahari untuk kesihatan katanya. Tambahnya lagi, tak perlu pun pakai selipar alas kaki, pijak terus tanah, sesungguhnya amalan itu pada datuk nenek moyang kita dahulu merupakan perbuatan mereka, dan di dapati tubuh badan mereka sihat dan badan kuat. Subahanallah. Berfikir sejenak macam seronok ja berkaki ayam pusing keliling rumah. Best rasanya.


Ahad, girang rasa hati hendak membelai bunga dan herba di laman. Pastilah bunga keladi yang beraneka warna di laman teratak Etuza. Rasa terhibur rasa kagumnya pada Allah yang ciptakan keindahan keladian di laman ini. Ya Allah hebatnya kuasaMu. 

Justru hendak selamatkan ubi keladi, kena lah korek pasu, tumpahkan tanah semuanya dari pasu, lihat ubi keladi bersihkan dan potong lah seperti dadu, tujuannya membaik banyakkan keladi. Pasti meriah bila sudah keluarkan pucuk baru. Menambah lagi rasa kagum pada yang esa, Dia yakni Allah yang menghidupkan dan menyuburkan. 

Jika anda nak tahu ada pelbagai corak dan keunikan dedaunnan keladi. Dalam gambar ini baru sedikit ya, tetapi di laman orang lagi banyak dan menggoda untuk memilikinya. Pada Etuza mana yang ada di laman dipelihara dan pulihara dulu. Kembang biak kan dahulu. InshaAllah baru nak beli koleksi keladi yang baru dan rere. Jemput saksikan keladi di laman Etuza. Salam sayang pada anda semua. Nak komen tu sila saja....cuma Etuza mohon maaf ya, ruang komentar Etuza ni tak dapat klik untuk refly komentar anda. Rasa rindu pada nabi Muhammad SAW..kita berselawat inshaAllah terubat kerinduan itu. Cubalah amalkan yang baik secara bersama dan rutinkan.










Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Wah! Banyak juga koleksi bunga keladi.
    Cantik-cantik pula tu, banyak warna.

    BalasPadam
  2. Meriah koleksi cikgu. Seronok cuci mata melihat tanaman

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.