Sampai Seru Dia Bernikah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.
Rindunya bersiaran di dalam blog kesayangan ini, baru petang ini ada masa senggang untuk melihat laman ini, serta memuatkan gambar kenangan indah dari keluarga Etuza. Hendak kongsikan kegembiraan kami sekeluarga, apabila dengan usaha gigih anak lelaki sulung, akhirnya dia dapat juga di nikahkan pada masa PKPB berlangsung. Balik rentas negeri dari Pahang ke Sabah dan dikuarantinkan, seperti itu juga tunangannya yang juga di tanah seberang iaitu di Negeri Perak. Gadis pilihannya dari Daerah Ranau Sabah. detik bersejarah anak sulung lelaki Etuza telah diijab kabulkan dengan sekali lafaz nikah pada 02/06/2020 bersamaan hari selasa minggu ini. Etuza dapat melihat anak Etuza sangat gembira kerana sesungguhnya impian baginya untuk mendirikan rumah tangga kini tercapai dengan izin dan rahmat Allah. Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah yang maha esa. SELAMAT PENGANTIN BARU buat anakanda dan isterinya. Bertambah ahli dalam keluarga Etuza dan terasa diri semakin berusia apabila kini Etuza di musim PKPB dianugarehkan oleh Allah menantu perempuan yang sangat menyayangi anak Etuza. Semoga bahagian till Jannah buat Ikmal dan Fizah, aamiin.
Gambar anak tersenyum manis sebelum ke Jabatan Agama JAHENS
di Daerah Ranau, Sabah
Bersama ibubapa mentua di pihak isteri.
Kepada anakanda tersayang, mohon hargai wanita peneman kala senang dan susah, bina kasih sayang yang abadi, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan memahami naluri seorang wanita. Bina keluarga bahagia dan harus di ingat bahawa menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan rumahtangga kita lebih dirahmati dan diberkati Allah. Jagalah hubungan baik dengan Allah, pasti kita akan saling menghargai pasangan hidup kita.
Gambar mengikut SOP PKPB hanya wali, pengantin perempuan
dan bakal suami yang dibenarkan masuk ke dalam Pejabat Agama.
Di studio sesi photografy
Pakai Mask...inilah dia norma kehidupan baru
kesan Wabak menular ..Semoga wabak berlalu dengan
kehendakNya. Aamiin.
30 Ulasan
Tahniah cikgu dapat sambut menantu.
BalasPadamLawo menantunya.
semoga kekal selamanya dan selamat pengantin baru untuk anak cikgu =)
BalasPadamSepupu kahwin 3 Jun. Sama gak. Hanya wali, saksi.
BalasPadamSaya anak kedua etuza,terima kasih yg mendoakan, amin ya rabbal alamin.. semoga semua ibadah kita dirahmati oleh allah s.w.t.. terima kasih banyak2x kpd semua family terutama bapa dan dan mama yg banyak membantu dan dan menyokong saya untuk meneruskan pernikahan dengan isteri tercinta🙂
BalasPadamAlhamdulillah..barakah lakuma..
BalasPadamTahniah kpd etuza krnan dpt menantu. In Shaa Allah raya thn dpn dpt cucu plak. Nanti lps PKPB boleh la buat kenduri.
BalasPadamTahniah cikgu etuza kerana dapat menantu. moga Allah memberkati kedua mempelai serta kedua belah keluarga.
BalasPadamalhamdulillah tahniah etuza dan selamat pengantin baharu buat anak dan pasangannya
BalasPadamTahniah, dapat menantu dan ahli keluarga baru... semoga kekal bahagia till jannah untuk pengantin baru.
BalasPadamTerima kasih, aamiin ya rabbal alamin
PadamAlhamdulillah...terima menantu ya cikgu..cantik manis sipengantin..moga kekal berbahagia hingga ke syurga
BalasPadamAlhamdulillah tahniah buat cikgu sekeluarga terutamanya buat anak lelaki cikgu.
BalasPadamTulus ucapan dan doa cikgu, sy aminkan semoga anak menantu cikgu bahagia hingga ke jannah aamiin.
tahniah dapat menantu..insyaAllah didoakan nnt dapat cucu pula.
BalasPadamTahniah dapat menantu, Cikgu Etuza. Selamat pengantin baru untuk anak cikgu.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah Cikgu Etuza, mama dan Ikmal..
BalasPadamDiam2 dah bermenantu..
Pengantin bak pinang di belah 2, kacak bergaya dan ayu.
Alhamdulillah ..seru anak dah sampai umi..
PadamTahniah..selamat pengantin baru buat anak Etuza...
BalasPadamTahniah Etuza, dpt menantu... moga kekal till jannah... aminnnn!
BalasPadamTahniah cikgu dapat menantu dan selamat pengantin baru buat anak cikgu :)
BalasPadammashaAllah senyuman pengantin baru.. tahniah dapat ahli keluarga baru~
BalasPadamWahhh tahniah dapat menantu, selamat pengantin baru kepada anak menantu dan semoga cepat dapat timang cucu!
BalasPadamAssalam, tahniah cikgu etuza beroleh menantu. Alhamdulillah, tumpang gembira. Berseri2 wajah anak lelaki etuza kan kegembiraan dpt mendirikan rumahtangga dgn insan tercinta
BalasPadamaSALAMUALAIKUM ,,TERIMA KASIH YA, ucapan tahniah yang ikhlas..terima kasih doa teman blogger
BalasPadamAlhamdulillah dan tahniah
BalasPadamSyukur alhamdulillah .. Tahniah tahniah tahniah Ikmal
BalasPadamtahniah tuan cikgu...
BalasPadamanak tuan hensem bapanya juga hehehehe..
semoga pasangan mempelai kekal hingga ke hujubg usia..
aamiin
Sahabatpoker
BalasPadamInformasi Kesehatan
Informasi dan berita game terupdate
Terima Kasih kongsi pengalaman proses pernikahan Pada fasa ini.
BalasPadamTahniah.
tahniah dpt menantu bah.. 😅
BalasPadamAlhamdulillah wak lat..terima kasih datang baca blog ini ya
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.