Si Hitam Dan Putih Dijaga Bagaikan Menatang Moinyak Yang Penuh
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kembali bersiaran di udara maya, apa khabar di hari Sabtu yang indah. Pesan pada diri ku dan diri anda, berhati-hatilah di atas jalan raya terutama ketika anda memandu. Mohon doa pada Allah agar sesiapa sahaja di jalan raya Allah selamatkan dan aman sentiasa.
" Pergi ke Kota Kinabalu, menaiki kereta
Kereta di pandu Pakcik Sharudi
Kucing belaan bernama Moiza
Cantik manja dan bijak sekali "
Inilah dia badan Moiza yang dulu masih kecil
orang lepaskan di depan rumah, mengiau dan minta diberi kasihan.
Entahlah siapa punya angkara.
" Diwaktu petang menyiram tanaman
Terdengar bunyi kucing di laman
Ternampak si kucing anak buangan
Meminta makan dan belas kasihan "
" Hari dan bulan berganti tahun
Kucing buangan semakin membesar
Comel dipandang bulu menawan
Tangkas memburu burung di luar"
" Moiza kini tidak kesunyian
Melahirkan anaknya hitam dan putih
Semua melihat merasa belas kasihan
Dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh "
Mulanya 4 ekor anak Moiza, 2 ekor mati, lalu tinggal lah
si hitam dan si putih adik beradik. Inilah
anak Moiza yang kami jaga bagaikan menatang minyak
penuh kerana comel bulu gebu dan tebal.
" Semakin lama semakin membesar
Hitam dan putih menjadi kesayangan
Anak-anak Moiza berkejar-kejar
Menjadi penghibur hati yang rawan"
Situasi si Hitam tidur depan Etuza, sampai ambil gambar dia tak sedar2.
Tengok bulu dia, kami semua rasa sayang pada si Hitam kerana
bulu dia panjang2, tebal dan gebu. Kucing lain tidak sepertinya.
Merasa juga kami memelihar kucing berbulu gebu macam bulu Garfield
7 Ulasan
kucing pun faham arahan tuannya kan cikgu..bila dipanggil ia datang mengesel2 badannya..
BalasPadamBetul tu puan kamsiah. Moiza ni pandai, di kuis2 pintu jika dia nak membuang, lepas tu dah selesai dia kuis2 pintu minta masuk..tak p[ernah dia lupa rutin dia p[agi petang dan malam macam tulah selalu. Jika kami lupa buka pintu dia duduk depan pintu hingga kami buka pintu.Bijak lah kucing gini kan..
BalasPadamYa Allah comelnyaaa! Bestnya kucing bulu gebuss. Moga bertambah rezeki pelihara haiwan kesayangan Rasulullah :)
BalasPadamComeinyaa
BalasPadamMmmm.....sapa tak sayang kucing oii... Hah blh tak cakap macam tu cikgu.Hahaha...hanya pecinta kucing yang ada rasa kasih mendalam dalam jiwa.
BalasPadamcomel yang putih tu gebuuuu
BalasPadamCikgu, minta seekor?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.