Kuasa Teknologi Melancarkan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Di UNIMAS

Kuasa Teknologi Melancarkan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Di UNIMAS 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bertemu di arena blog, apa khabar semua. Rindu hendak mencatat kenangan hidup, pengalaman, pelancongan kami di Bumi Kenyalang Bumi Sarawak yang terbesar di Malaysia ini. Pada hari khamis hingga sabtu berada di Sarawak khasnya di Kuching ibukota Sarawak. 

 Ketika berada di Kolej Cempaka hendak daftar asrama anak..

Sebaik mendaftar tempat tinggal, kunci bilik telah dapat semua serta hantar semua beg pakaian ke bilik kami bergegas ke Pejabat Pendaftaran Akademik di Fakulti Ekonomi & Perniagaan. Memandangkan hariu Jumaat makan kami ke rushing kena cepat agar sempat menunaikan ibadah Jumaat. 

Subahanallah, tidak salah jika Etuza katakan semua insan hambaNya yang Etuza dan anak jumpa di UNIMAS semuanya orang yang baik-baik belaka, kerana mereka tidak lokek membantu, malah ada insan berstatus Pensyarah sanggup jalan bersama naik tangga dan naik lift semata-mata membantu keperluan kami. Ya Allah syukur padaMu. Sebaik sampai di tempat pendaftaran mulailah proses pendaftaran yang melibatkan kemahiran ICT teknologi komputer. Universiti terkenal UNIMAS semestinya telah mengangkat kuasa Teknologi mampu menaikkan kepantasan komunikasi agar proses dalam apa juga pengurusan cekap pantas dan cepat. 

 Menuju ke Pejabat Pendaftaran..berbelok-belok..banyak laluan
jika tidak bertanya alamalah lambat daftar..kena buka mulut bertanya ..mohon 
jangan malu jangan ego untuk bertanya..

Surat tawaran dan semua dokumen kena lengkap, siap disahkan, jika tidak ada masalah pendaftaran, di mana rekod anda tidak lengkap dalam masa pendaftaran. Hati-hati dalam persediaan pendaftaran ke mana-mana universiti anda.

Mulai lah log internet, log masuk laman UNIMAS di protal khas eDaftar UNIMAS sesi SISWI SISWA 2018/2019. Nick Irfan dengan berani dan yakin guna VIVO phone anaoroid. Etuza   tenang sahaja melihat apa dia buat mengikut arahan puan yang melayan Nick Irfan. Wah cepat line masuk...lancar hingga puan pendaftaran ( nama tak ingat ) bagi signal tangan GOOD SUCCESS. Tetapi katanya you kena ke Fakulti Bahasa & Komunikasi, agak jauh juga tu. You kena pantas ya, sebab kemungkinan anda akan ada kuliah petang ini pada jam 4.petang. 

Tengok ramaikan INTAKE ke 2 kemasukan UNIMAS 2018/2019

 Selesai saja daftar di Akademik, kami bergerak ke fakulti Bahasa & Komunikasi untuk daftar nama ke fakulti Bahasa. Ramai ibubapa hantar anak seperti Etuza di UNIMAS pada 21 Sept 2018 bersamaan hari Jumaat. Alhamdulillah masa ini juga kami di bantu oleh pelajar perempuan dari KL menuju ke Fakulti Bahasa. Selesai sahaja kami bergegas mencari lokasi mama menunggu kami. Maknanya kami ke bergerak ke pusat bandaraya Kuching Sarawak hendak beli alat-alat serta buku tulis anak. Perlu semua di beli.

Selesai mendaftar dan membuat perbincangan dengan pegawai semua
bertindak apa yang sepatut di buat ikut arahan..tak boleh lambat..

 Mama setia menunggu kami..tak larat berjalan katanya..

Hadiah pendaftaran beg UNIMAS dan ada alat-alat tulis dalam beg..cantik 
beg UNIMAS..lagi biru anak suka..

Nampak dari jauh Fakulti Bahasa & Komunikasi..tinggi tu nak panjat
kena naik lift..

 Panorama sekitar UNIMAS depan ada tasik dan jambatan bulatan 
unik nya kelihatan..luas lagi luas saujana mata memandang bertuahnya jadi pelajar UNIMAS ni.

Alhamdulillah selesai lah pendaftaran Nick Irfan di UNIMAS, dan sahlah dia pelajar UNIMAS bermula 21 Sept 2018. Itulah Etuza katakan dengan kuasa teknologi ICT dapat melancarkan proses pendaftaran, berbanding dahulu kena satu persatu bergerak untuk mendaftar apabila masuk Universiti. Tetapi kini dengan adanya protal dalam internet maka segalanya lancar asalkan ada line dan kredit anda dengan menggunakan mobail phone sahaja. Baiklah selesai cerita Etuza di UNIMAS Sarawak. Terima kasih kerana membacanya.


Nampak tasik kan..dan bangunan nun di sana tu milik UNIMAS dalam lingkungan 
geran UNIMAS Sarawak..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah...moga semua dipermudahkan hingga tamat pengajian ya....aamin.

    BalasPadam
  2. Comelnya kampus Unimas. Teringat kenangan masa belajar di UM awal 90an dulu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah seronoknya. Kampus pun nampak bersih dan damai, in shaa Allah, pasti memberi inspirasi utk fokus menuntut ilmu. Sbg rakan maya, saya pun turut gembira dan mendoakan yg terbaik, berjaya dan cemerlang semuanya.. aamiin ya Rabb :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah zaman sekarang semua nya dah cepat dengan ada nya teknologi. kalau zaman dulu, semua nya kertas ja :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.