Trending Di Blog Etuza & Benar-Benar membahagiakan Kami Di Blog.

Trending Di Blog Etuza & Benar-Benar membahagiakan Kami Di Blog.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Keluar lagi 1 entri hari ini.
Paparan entri   DI SINI ( Bolot Hadiah ) begitu trending di laman blog Etuza. Sudah empat hari berada di carta satistik blog Etuza dengan ratusan jumlah klik ( hahaha ratusan ) tak lama lagi klik ribu entri tersebut. Iya lah kita bahagia ada blogger bakal mendapat hadiah dari Etuza. Kepada yang berkenaan nanti baca Email Etuza nanti.

Buktikan jika menjadi peminat sesebuah blog kesukaan anda. Bukan ada tujuan lain, tetapi Etuza hendak hidupkan perbuatan memberi dengan ikhlas, kebetulan ada bahan ada benda hendak diberi. tambahan pula di penghujung tahun 2017. Pastinya ada masa-masa tertentu kita menceriakan hari-hari kita dengan memberi sesuatu dengan ikhlas kepada kawan-kawan, saudara dan apatah lagi kepada keluarga generasi sendiri.


Dua blogger yang Etuza mark hendak beri hadiah 
yang antaranya dari Mesir. nampaknya hanya 1 blog yang benar-benar
berjaya menyahut cabaran ala-ala GA Etuza tempoh hari.

Kemuncak atau ketetapan kini sudah sampai. Semua hadiah milik blogger wanita ini. Seorang blogger wanita yang tabah dan amat berdisiplin dalam melontarkan kata-kata dalam blog  mahupun di ruangan komentar. Blogger wanita ini sangat berhati - hati, insan yang memiliki keluarga bahagia. Baiklah kita ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA BLOGGER UMI PEMILIK BLOG DAIRI HIDUPKAU. Kerana semua hadiah dari Blog Etuza kini disahkan dan di halalkan untuk Keluarga Umi. Terimalah hadiah ini. Jadikan satu motivasi dan pencetus idea agar selalu updated blog dengan paparan yang segar. 

Blogger UMI laksanakan satu persatu syarat yang Etuza beri, dan sekarang ini Blogger Umi sedang melaksanakan ( bukan arahan ) bukan apa-apa tetapi sekadar membawa Blogger UMI bina catatan yang segar di laman Dairi Hidupku dalam projek 1 hari 1 entri kemasukan. Terima kasih Blogger Umi dan Tahniah. Sudah tertulis rezeki ini untuk Blogger Umi, begitulah ketentuan ilahi. Alhamdulillah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki saya k? 😄😄 terima kasih banyak2, moga Allah murahkan rezeki Cikgu Etuza, Mama dan anak2, aamiin..

    Sebenarnya, saya tidak mengharapkan sebarang imbuhan sebagai seorang blogger, saya cuma menyahut cabaran yang diberikan selama seminggu ini, Alhamdulillah berjaya lepasinya..

    Insya Allah semua laman yang ada di dalam bloglist saya pasti akan diterjah jika mereka ada entri baru..

    Kesemua mereka adalah rakan2 blogger yang peramah, tidak jemu singgah dilaman saya yang semakin hari semakin malap dan amat saya hargai. .

    Bukan senang nak berada di dalam bloglist, hanya insan terpilih shj.. .. 😀

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada UMI... Saya terlepas pandang lah bang... hihi

    BalasPadam
  3. Tahniah. Maaf tidak sempat nak join sebab kesibukan

    BalasPadam
  4. Tahniah kak Umi Alya atas kemenangan ini. Terbaik semua :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.