Nikmat Bahagia Part 1

Nikmat Bahagia 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ibubapa mana yang tidak bahagia apabila anak kini berada di depan mata. Sentiasa bersama kini dan kembali dengan keadaan yang sihat ceria dalam menjalani kehidupan ini. Keluarga ini sederhana sahaja, pastinya sebagai hambaNya yang akur bahawa kehidupan ini bukan dijalani dengan cara tidak bertamadun, tetapi kehidupan harus dijalani dengan mengikut peraturan yang digariskan oleh Allah dan  hukuman akan  dijatuhkan jika terbuat sebesar-besar kesilapan. Semoga keluarga ini serta keluarga anda sentiasa nikmati bahagia.

6 tahun dirantau bersama kawan-kawan sependidikan 
kembli dengan bawa kejayaan yang didambakan. Begitu hebat 
nikmat bahagia yang Allah kurniakan ini. SYUKUR ALHAMDULILAH.

Begitu tabah anak ini, dalam usia dari 12 tahun telah memulai kehidupan berkelana, bukan dekat tetapi jauh apabila ditawarkan ke sekolah kawalan iaitu sekolah aliran agama di daerah Ranau. Dalam usia 11 tahun anak ini telah berjaya melalui persekolahan 6 tahun di sekolah rendah yang bermula 6 tahun di kelas tahun 1.

5 tahun berada di asrama di sekolah menengah. Allah kabulkan niat suci dalam hati ini, kerana kami bukan kelahiran asal dalam agama Islam. Tiada apa-apa yang hendak diberi selain memberi nasihat dan menggalakkan anak agar belajar bersungguh-sungguh perdalamkan ilmu Allah pelajari al quran dan jalani kehidupan sebenar sebagai muslimah.

Selesai 5 tahun di sekolah menengah, beralih suasana hidupnya dengan melangkah kali ini ke menara gading. Dan pilihannya di negara orang lain, memilih negara yang di sanalah lahirnya ramai para ambia. Subahanalllah Allah hu Akbar. Bergetar jiwa bingung seketika apabila surat tawaran dalam tangannya kini adalah dari Negara Mesir.

Bukan mudah melepaskan seorang anak gadis sebegitu jauh. Di matanya mengharap restu dan tuntas katanya tawaran dalam negara yang sepatutnya di UMT Universiti Malaysia Terangganu di tolak. Akhirnya niatnya Allah kabulkan apabila kami ibubapa merestuinya merelakan dia merantau dalam menuntut ilmu di Dunia dan di Akhirat. 6 tahun berada dikejauhan, kadang tidak lena memikirkannya, sihatkah bolehkah dia kuasai segala ilmu dalam  dua bahasa. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Ya Allah begitu tabah anak ini. Tahun pertamanya mencapai MUMTAZ sebaris dengan pelajar lain di Semaenajung Malaysia. Kini 6 tahun itu sudah selesai anak pulang dengan SENYUMAN girang membawa kejayaan yang didambakan. Kepada pihak JPA terima kasih beri biaya kos pengajian anak dan inilah dia antara NIKMAT BAHAGIA. Kau maha Agung ya Allah. Terima kasih ya Allah selamatkan anak ini.
Gambar kenangan keluarga Etuza
Anugerah terhebat pasangan suami isteri ialah dikurniakan cahaya mata.
Anak adalah pengikat kasih sayang itu..justru pertaruhkan segala jiwa raga
dalam menjayakan anak-anak kelahiran itu.

Berada dirantau orang yang jauh dan dekat amalkan setiap detik waktu..
doakan anak-anak titipkan doa itu pada yang kuasa, 
Dia mendengar segala ungkapan kita.
Hebatnya Dia..pujilah Dia. Kerana Dia kita selamat di mana-mana keberadaan.

Ketibaannya di nanti-nantikan. Alhamdulillah.Ibubapa mana tidak bahagia..

Ya Allah sebesar-besar nikmat bahagia itu selain bersama keluarga ini, 
kami diberi olehMu rahmat kesihatan dan rezeki datang menjadi tetamu .

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca maya.Etuza

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah..

    anak-anak tuan dan besar.

    anak baru nak meningkat remaja

    BalasPadam
  2. Ibu bapa yang mana yang tak risaukan anak...semua ibu bapa sayang kan anak anaknya..risau keselamatan mereka...inikan pula berjauhan.tapi demi pelajaran dan masa depan mereka....terpaksalah relakan..dan kini tak sabar menunggu kepulangan mereka....tahniah cikgu etuza...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..semoga anaknya terus berjaya dunia dan akhirat..semoga jadi anak yg solehah...tahniah kepada ibu dan ayah yg berjaya mendidik anak2 jadi insan yang berjaya dan berguna untuk agama dan bangsa..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah cikgu kerana dapat mendidik anak menjadi insan yang tabah .Tahniah kepada anak dan keluarga atas kejayaan .

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah cikgu. Anak2 saham akhirat kita InsyaaAllah. Tahniah berjaya didik anak2 sampai dewasa. Jadi ibu bapa ni tak mudah, tapi tak mustahil kan.

    BalasPadam
  6. selamat kembali dan semoga menjadi anak yg solehah dan soleh

    BalasPadam
  7. Beberapa tahun lagi dah boleh menimang cucu :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.