Anak Lelaki Blogger Etuza Dalam Gambar
Sering kita membaca paparan blog mengenai hal anak - anak blogger. Malah paling menarik apabila blogger itu menceritakan atau mengkongsikan kepada kita detik indah perkahwinan mereka, meletakkan gambar persandingan mereka itu, dan kini menceritakan detik - detik indah dalam hidupnya apabila memiliki harta tidak ternilai harganya iaitu Allah kurniakan dengan kehadiran cahaya mata yang bagaikan permata hati mencetus aneka rasa bahagia di dalam jiwa kedua pasangan suami isteri.
Kalau Etuza kelahiran zaman anda yang beru berkahwin kemudian dianugerahkan anak permata hati pastinya dalam blog ini akan Etuza warnai dengan perkongsian detik indah menyambut bayi yang suci tanpa secalit noda di hatinya. Tetapi zaman Etuza terlebih awal kerana itu lah suratan takdir hidup Etuza. Kini hanya melihat bagaimana di depan mata Etuza dan isteri anak -anak membesar begitu pantas dan bagaikan mimpi rasanya semuanya sudah menuju ke alam remaja, kemudian ke arah dewasa dan menyusul seperti kita seperti Etuza.

KepadaMu Allah apa lagi hendak dinyatakan selain bersyukur denganMu atas kurniaanMu ini. Kini Ibnu Mustaqim semakin membesar, cepat sangat dia membesar. Dahulu dialah yang manja dan selalu bersama Etuza. Buktinya tengok gambar Etuza dalam header Blog Pesona Etuza, Etuza sedang memeluk Ibnu Mustaqim yang sangat riang dan gembira bersama Etuza dan seisi keluarga.
Bila berpisah seketika dengannya ada perasaan merindu yang amat ketara. Sebab itu setiap minggu Etuza akan melawat dan membawa buah tangan kepada Ibnu Mustaqim dan abangnya Ismat Afif di asrama. Etuza memang niat agar semua anak-anak kelahiran Etuza akan Etuza hantar bersekolah di Sekolah Aliran Agama di Sekolah Menengah. Dan apabila keputusan kurang menyebelahi mereka di peringkat PMR Etuza akur kena lah sambung persekolahan di sekolah menengah aliran biasa.
Ini antara gambar kenangan Ibnu Mustaqim yang Etuza abadikan dalam blog peribadi milik Etuza ini.
Semoga anak Etuza ini membesar dengan keimanan bertaqwa kepada Allah searah dengan namanya Mustaqim ( jalan yang lurus ). Semoga apa yang dia mahu akan tertunai di mana keinginannya menjadi seorang yang bijak dan pandai dalam semua pelajaran yang ada. Etuza kalau bersama Ibnu Mustaqim pasti akan berbual hal pelajarannya di kelas, pencapaiannya setakat ini dalam tiap ujian. Dan memang cabaran sangat sengit apabila Ibnu Mustaqim bersaing dengan pelajar tingkatan 1 di kelas yang semuanya pandai dan bijak berdasarkan keputusan UPSR mereka pada 2014. Pencapaiannya 3A 2B menempatkan Ibnu Mustaqim dalam kelas Al Faruq kelas pertama tingkatan satu 2015 di SMK Agama Keningau ( Sekolah kawalan KPM - SPI ). Semoga usaha gigih akan dilakukan oleh Ibnu Mustaqim dalam semester 2 2015 dan mendapat kedudukan yang terbaik nanti dalam kelasnya. Amin.
![]() |
Gambar Ibnu Mustaqim ketika di KFC cawangan baru di Keningau. |
Anak - anak adalah harta amat besar nilainya dari Allah. Allah amanahkan kepada kita untuk menjaganya dan membawa nya ke jalan yang lurus. Ibubapa harus sedar juga bahawa usah terlalu lena bahawa hal menjaga anak dari kecil adalah sangat berbeza menjaga anak - anak yang semakin remaja. Ibubapa harus persiapkan diri dengan membaca serta menimba ilmu keibubapaan mengenai cara berhikmah menjaga anak -anak yang semakin membesar. InshaAllah anda akan menemui jawapan bahawa ada keperitan tetapi akan ada kemanisan dan kebahagiaan kepada anak -anak di masa hadapan nanti. Anak aset kita harta kita dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar. Semoga kita mampu menjadi ibubapa yang terbaik untuk mereka.
20 Ulasan
Alhamdulillah..doa ibu bapa..senjata dan payung anak anak..moga anak anak etuza sentiasa dipermudahkan setiap urusan mereka.amin.
BalasPadamAmin terima kasih ya Doa dari Perdhu Cinta, semoga jg perdhu Cinta sentiasa sihat ya
PadamWahh, hensem muka tu macam ayah dia juga ye. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
Padam>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
Semoga menjadi anak solleh dan pemimpin yg unggul sejajar nama pilihan yg diberi..
BalasPadamSemoga doa2 etuza untuk anak2 termakbul hendaknya,
BalasPadamMoga mustakim menjadi anak yang soleh.
semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia mahuupun akhirat.. :D
BalasPadamibnu mustaqim kelak pasti menjadi anak soleh kebanggaan ibubapanya insya Allah..
BalasPadamSemoga anakanda Etuza menjadi anak yang soleh dan kebanggaan ibu bapa..
BalasPadamalhamdulillah semoga anakanda membesar sbg anak soleh
BalasPadamsemoga anak2 tuan sentiasa sihat dan berjaya serta menjadi anak yang soleh..
BalasPadamBila anak-anak semakin membesar, terasa akan keseronokan semasa kecilnya yang sudah tidak dapat dikecapi lagi. Semoga IM membesar dan menjadi insan berjaya dan anak yg soleh.
BalasPadamp/s: soalan Etuza pasal anak, saya sebenarnya masih belum dikurniakan anak lagi walaupun dah 10 tahun bernikah.
Terima kasih ya BM..mohon maaf bertanya. InshaAllaha akan ada rezeki ya..Etuza doakan nanti..apapun memohon lah padaNya tanpa henti.
PadamMoga anak-anak Cikgu Etuza menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa...
BalasPadamDoa ibubapa adalah mustajab, moga membesar sebagai anak yang soleh, aamiin...
BalasPadamYa InshaAllah Umi Alya marilah mendoakan yang terbaik untuk anak2 kita semua
Padamsemoga mereka menjadi anak yg soleh aminnn
BalasPadamAnak adalah permata terindah..moga mereka membesar dengan iman didada..amin
BalasPadamIbnu Mustakim - pemimpin atau bapa di jalan lurus..Semoga membesar sihat sempurna jadi anak soleh yang ingat jasa dan pengorbanan ibubapa ya Mustakim..Semoga menjadi insan yang disayangi Allah
BalasPadamSemoga menjadi anak yg soleh buat anak cikgu
BalasPadamIEEE Final Year projects Project Centers in India are consistently sought after. Final Year Students Projects take a shot at them to improve their aptitudes, while specialists like the enjoyment in interfering with innovation. For experts, it's an alternate ball game through and through. Smaller than expected IEEE Final Year project centers ground for all fragments of CSE & IT engineers hoping to assemble. Final Year Projects for CSE It gives you tips and rules that is progressively critical to consider while choosing any final year project point.
BalasPadamJavaScript Online Training in India
JavaScript Training in India
The Angular Training covers a wide range of topics including Components, Angular Directives, Angular Services, Pipes, security fundamentals, Routing, and Angular programmability. The new Angular TRaining will lay the foundation you need to specialise in Single Page Application developer. Angular Training
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.