Kisah Kehidupan Beberapa Orang Yang Waraq Bersiri 

Kisah 1 .

Syeikh Abdul Wahid (rahmatullah 'alaih) berkata bahwa pada suatu hari beliau diselubungi hingga beliau tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu. Dalam mimpi beliau melihat seorang wanita yang amat cantik berpakaian sutra hijau. Keseluruhan badan-nya dan kasutnya pun dalam keadaan berzikir. 

Wanita tersebut bertanya kepada beliau adakah cita-cita beliau untuk memilikinya; dia mencintai beliau. Kemudian dibacanya beberapa rangkap pantun yang menceritakan kepinginan seorang kekasih. Apabila beliau terjaga dari mimpinya itu beliau ber'azam tidak mahu tidur lagi pada waktu malam. Adalah diberitakan bahwa selama empat puluh tahun genap beliau tidak pernah tidur malam dan beliau mengerjakan solat Isya dan subuh dengan wudhu' yang sama.

Kekesalan dan rasa kehambaan sebegini adalah sangat hebat dan luar biasa. Bayangkan bagaimana hamba Allah ini begitu khyusuk dan mampu bertahan hingga 40 malam tidak tidur demi satu kesalahan iaitu " tertidur sebelum habis zikir" . Mampu kah kita lakukan, sedangkan kita acap kali melakukan kesilapan dalam solat dan dalam tutur kata sehari-hari dalam kehidupan. Mari kita fikir=fikirkan.

Klik Info SINI  SINI bacaan tambahan untuk anda.