Beberapa keping gambar terbaru Etuza. Tiap hari bertambah usia kita. 
Hargailah kehidupan selagi ada kesempatan...hidup ini indah, 
dan kehidupan ini kurnia Allah.

       Sebagai blogger yang tidak sepertinya ini, Etuza pada hari ini terfikir hendak updatedkan lagi blog Etuza dengan pengisian ini. Iaitu Blogger Belajar Dari Kesilapan diri sendiri. Kita ini sebenarnya tidak lari dari kesilapan sendiri dalam blog atau dalam kehidupan sebenar kita.

Pada diri Etuza kesilapan yang paling berulang dalam blog Etuza ialah dari segi EJAAN pada perkataan yang seringkali tersalah eja. Tersilap tekan huruf sekali maka salah ejaan lah yang akan terbit dalam catatan blog kita sendiri. Dan kita sebagai admin blog kita juga yang akan merasa tidak sedap hati atas kesilapan sendiri. Di sini Etuza memohon MAAF atas kesilapan yang Etuza tidak sengajakan sebenarnya. Maaf lagi sekali.

Etuza hendak kongsikan sedikit kenapa silap ejaan yang sering berlaku dalam paparan catatan di blog Etuza.

1. Ada masa Etuza buat tergesa gesa, mengejar masa hendak updated blog. Dalam masa yang sama line internet slow dan ada kerisauan Etuza jika sudah duduk lama depan komputer perah otak cari idea untuk cerita di blog maka tiada maknanya jika tiada entry yang tercetus. Lalu dalam mengejar masa Etuza terus sahaja terbitkan catatan kemudian baru cari kesilapan Ejaan. Banyak juga Ejaan kena betulkan. Etuza ambil jalan untuk betulkan tetapi masih ada dua tiga perkataan yang masih salah ejaan akibat Etuza tidak nampak.

2. Etuza terlalu cepat menaip sedangkan punat atau huruf yang Etuza tekan itu tersasar dari huruf sebenarnya.

3. Mouse lari setting. Kadang kala Etuza menaip, bila tengok ayat yang Etuza buat bukan ayat sebenar tetapi mouse tu berada di tengah catatan ( lari ke perenggan atas ) Hal ini meninggalkan kesan ejaan salah jika tidak diperhalusi lagi. Rasanya ramai yang telah mengalami keadaan ini.

4. Etuza menaip sebenarnya tidak merujuk kamus Bahasa Melayu. Walhal kamus Bahasa Melayu itu sangat penting agar cara ejaan kita akan meningkat. Etuza akui masih ada perkataan yang belum Etuza ketahui terutama perkataan baru istilah baru. Etuza hentam saja mengeja akhirnya ada teman blogger yang menegur dan baru Etuza sedar ejaan banyak salah.

Rasanya itulah 4 faktor utama kenapa Etuza banyak melakukan kesilapan atau kesalahan ejaan. Mohon maaf lah kepada pembaca maya dan teman blogger kerana kesilapan ejaan di blog Etuza. Etuza tidak dapat janjikan akan tidak salah ejaan lagi tetapi akan selalu belajar dari kesilapan. Sebaiknya amalan sentiasa belajar itu perlu kepada seorang blogger. Baru sentiasa ada penambahbaikan dan ilmu pun bertambah berkat.

Klik SINI dan SINI untuk tips blogger seterusnya. Selamat membaca.