Beberapa keping gambar terbaru Etuza. Tiap hari bertambah usia kita.
Hargailah kehidupan selagi ada kesempatan...hidup ini indah,
dan kehidupan ini kurnia Allah.
Sebagai blogger yang tidak sepertinya ini, Etuza pada hari ini terfikir hendak updatedkan lagi blog Etuza dengan pengisian ini. Iaitu Blogger Belajar Dari Kesilapan diri sendiri. Kita ini sebenarnya tidak lari dari kesilapan sendiri dalam blog atau dalam kehidupan sebenar kita.
Pada diri Etuza kesilapan yang paling berulang dalam blog Etuza ialah dari segi EJAAN pada perkataan yang seringkali tersalah eja. Tersilap tekan huruf sekali maka salah ejaan lah yang akan terbit dalam catatan blog kita sendiri. Dan kita sebagai admin blog kita juga yang akan merasa tidak sedap hati atas kesilapan sendiri. Di sini Etuza memohon MAAF atas kesilapan yang Etuza tidak sengajakan sebenarnya. Maaf lagi sekali.
Etuza hendak kongsikan sedikit kenapa silap ejaan yang sering berlaku dalam paparan catatan di blog Etuza.
1. Ada masa Etuza buat tergesa gesa, mengejar masa hendak updated blog. Dalam masa yang sama line internet slow dan ada kerisauan Etuza jika sudah duduk lama depan komputer perah otak cari idea untuk cerita di blog maka tiada maknanya jika tiada entry yang tercetus. Lalu dalam mengejar masa Etuza terus sahaja terbitkan catatan kemudian baru cari kesilapan Ejaan. Banyak juga Ejaan kena betulkan. Etuza ambil jalan untuk betulkan tetapi masih ada dua tiga perkataan yang masih salah ejaan akibat Etuza tidak nampak.
2. Etuza terlalu cepat menaip sedangkan punat atau huruf yang Etuza tekan itu tersasar dari huruf sebenarnya.
3. Mouse lari setting. Kadang kala Etuza menaip, bila tengok ayat yang Etuza buat bukan ayat sebenar tetapi mouse tu berada di tengah catatan ( lari ke perenggan atas ) Hal ini meninggalkan kesan ejaan salah jika tidak diperhalusi lagi. Rasanya ramai yang telah mengalami keadaan ini.
4. Etuza menaip sebenarnya tidak merujuk kamus Bahasa Melayu. Walhal kamus Bahasa Melayu itu sangat penting agar cara ejaan kita akan meningkat. Etuza akui masih ada perkataan yang belum Etuza ketahui terutama perkataan baru istilah baru. Etuza hentam saja mengeja akhirnya ada teman blogger yang menegur dan baru Etuza sedar ejaan banyak salah.
Rasanya itulah 4 faktor utama kenapa Etuza banyak melakukan kesilapan atau kesalahan ejaan. Mohon maaf lah kepada pembaca maya dan teman blogger kerana kesilapan ejaan di blog Etuza. Etuza tidak dapat janjikan akan tidak salah ejaan lagi tetapi akan selalu belajar dari kesilapan. Sebaiknya amalan sentiasa belajar itu perlu kepada seorang blogger. Baru sentiasa ada penambahbaikan dan ilmu pun bertambah berkat.
Klik SINI dan SINI untuk tips blogger seterusnya. Selamat membaca.
Klik SINI dan SINI untuk tips blogger seterusnya. Selamat membaca.
16 Ulasan
Betul la...PC pun selalu typo..salah ejaan..ermmm.kadang sebelum publish dah baca banyak kali juga...kena lebih teliti ni.
BalasPadamterima kasih ya Perdu Cinta kerana memahami ..semua ada typoo
PadamBetul tu. Sebagai guru bahasa, kita mesti memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa di dalam entri kita biarpun kita menulis secara santai. Thanks.
BalasPadamSetuju sgt cikgu Etuza... dgn menyedari kesilapan, kita sebenarnya belajar untuk memperbaiki kelemahan kita sendiri. T kasih atas perkongsian dan semoga cikgu terus sukses... aamiin.
BalasPadamYa mesti mau belajar dari kesilapan :).....
BalasPadamBlogger Sabah
betul tu cikgu.. kekedang saya pon typo mmg banyak sangat.... nak elakkan benda ni kena baca balik lepas taip.. :D
BalasPadamSaya pula siap perah otak, klik 'publish'. Pas tu baru view dan baca. Ada kesalahan ejaan baru terkial2 perbetulkan. Huhu
BalasPadamteguran pada kesilapan kita haruslah diterima dgn hati terbuka tanpa ada rasa prasangka yg tidak2...dan saling berkongsi ilmu blogging sesama kita...
BalasPadamJM pun kekadang ada jugak salah ejaan...dah semak sebelum publish still ada salah..so itu perkara biasa...cuma kita cuba perbaiki ye
BalasPadamTidak dinafikan, kesilapan ejaan adalah kesalahan yang sering berlaku. Namun iatu adalah perkara yang biasa tetapi jika dapat dikesan, segeralah diperbetulkan.
BalasPadamBelajar dari kesilapan itu bagus tapi tiada maknanya jika tidak dipraktikkan.
Betul. Banyak yang blogger still kena selalu belajar dari segi penulisan :) Hehe.
BalasPadamCP pun ada gak typo masa taip komen atau entri. Belajar dari kesilapan.
BalasPadamSayapun begitu juga, kdg2 ada kesilapan pada ejaan dan tatabahasa
BalasPadamSsesekali Lya pon tersalah ejaan juga Cikgu..Biasa lakita manusia tak lepas dari kesilapan ..Semoga dapat belajar dari kesilapan ..Teruskan berusaha untuk ejaan yang selalu tersilap..Moga Cikgu beroleh kejayaan ..
BalasPadamEkin selalu typo hihihi
BalasPadamlucu baca2 balik artikal rasa seronok pula
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.