Garden Etuza Part 004 Ogos 2026

Cantik bulu ayam arab ini. Tengok ada tiga ekor lagi.

 Garden Etuza Part 004 Ogos 2026.

Kali ini memaparkan kenangan manis kami memasak soto di Laman Etuza Garden. Kami sekeluarga menikmati masakan soto hasil air tangan anak lelaki Afif. Ada vedio sedang memasak soto tersebut dengan usaha gigihnya petang hari Sabtu tanggal 15.08.2026. 

Sebelum meneruskan pembacaan anda, Etuza hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca maya dan teman bloggers yang masih terus setia melihat paparan blog ini hingga statistik view blog terus mencanak tingga ke angka ribu. Terima kasih Google.

Turut datang menikamti soto yang lazat ini ialah dua orang ipar Etuza yang kebetulan pergi ke kebun mereka. Semoga suatu masa akan datang dapat lagi kami mengabadikan kenangan makan bersama seisi keluarga di Laman Etuza Garden yang kini ditanami dengan bunga-bunga yang pelbagai serta membekalkan bibit bunga kertas dan anak pokok buah-buahan serta tanah organik.

Ayam Penelur Ayam Arab.

Kini hanya tinggal tiga Ekor ayam penelur aya Arab di Garden Etuza.Anak ayam penelur yang tersisa setelah dibaham oleh ular sawa hanya ada 5 ekor dari 14 ekor semuannya. Ada yang mati sakit dan ditelan oleh ular sawa. Diharap ayam penelur ini masih berterusan kerana cucu Etuza sangat suka makan telur rebus. Telur rebus fresh dai Garden Etuza. Tiga ekor ayam penelur ayam arab ini setiap hari bertelur dengan saiz telur grade C dan bercengkeran putih bersih. 

Dulu di Mekah dan di Madinah selalu ambil sebiji telur rebus, telur itu kulit putih dan besar saiz grade A. Rupanya itulah jenis telur ayam arab, sebagaimana warna kulit telur ayam arab yang Etuza pelihara. Bulu ayam arab cantik, seolah kelihatan seperti burung. Kepada yang datang ke Garden Etuza dapat lah melihat ayam arab peliharaan Etuza yang masih hidup hingga kini. Alhamdulillah.

Setiap hari bertelur tiap seekor satu biji telur. Alhamdulillah..

6 biji telur ayam arab kulit telur warna putih bersih, masih saiz yang sama grade C.

Bunga-bunga mekar kembang indah di Garden Etuza..alhamdulillah ramai
yang datang dan suka melihat bunga2an di laman ini.




Vedio soto sup soto petang 15.08.2026 di Garden Etuza 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Siapa agaknya tanpa nama dalam ruangan komen ini. Etuza tak tahu mana satu komendia hingga naik teratas. Mohonbagilah nama kan dan link blog..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.