Nasi Kukus Rimba Di Mall Baru 168 Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur.

Berkunjung ke Mall baru 168 di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur 18.07.2026

Masuk Mall Baru 168 Di Selayang Bandar Baru, Kuala Lumpur.

Salam sejahtera semua, salam warga jati dan sesiapa saja di Kuala Lumpur. Rasanya mimpi sampai lagi di Kuala Lumpur dan bersiaran antara Kuala Lumpur dan Selangor dalam tiga hari. Dan hari ini hari kedua di Kuala Lumpur yang hebat dengan kemodenan yang jelas dan nyata. Kl Metropolitan yang hingga malam ke pagi tidak tidur dan lena. 

Kali ini anak bawa kami ke Mall 168 di Bandar Baru Selayang. Tidak pasti kenapa ya Mall 168. Tertanya juga tetapi inshaAllah akan Google nantinya maksud Mall 168. Berada di sini, agak santai apabila kurang orang lalu lalang, tetapi ada ruang santai untuk tetamu sesiapa sahaja yang datang dalam Mall 168.Rasanya hendak lihat apakah di Mall ini?. Segera Etuza simpan pertanyaan kerana Mall 168 ada daya tarikan tersendiri.Kerana masih baru maka agak sepi tetapi ramai yang datang dan pergi di Mall ini. 

Ini lah ruangan santai di Mall 168, bawa makanan boleh makan bersama
family di sini..

Cari Makan Di Nasi Kukus Rimba.

Pilihan kami ialah di Restoran Nasi Ayam Berempah dan nasi sotong berempah. Wow! hidangan sangat lazat dan secukup rasa. Kami minum dengan meminta air mineral dalam botol. Mungkin kerana anak-anak berfikir mak dan ayah mereka sering minum kopi atau tea, maka mereka memberikan kami minuman air biasa. Pelayan dalam restoran melayan kami dengan bagus sekali. Rupanya orang Melayu ramah mesra semua. Alhamdulillah kami dimudahkan makan malam di restoran ini. Kepada sesiapa sekitar Selayang Kuala Lumpur datangilah Mall 168 di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur.

Abadikan kenangan di banner Mall 168. Menarik juga tempat ini..

Berjalan-jalan di Mall 168 semalam .

Bunga-bunga hidup di Mall 168, tertanya juga Etuza kenapa 168 ya Mall ini di Selayang Bandar Baru.

Singah beli minuman segar air buah di Love Life.


Inlah air minuman segar , air bauh jelmaan di Love Life.

Selfi makan di Restoran Nasi Kukus Rimba Mall 168.

 





Alamak siapalah pula rakam gambar ini, tiba-tiba di whatsupp..kerja anak-anak lah ni.



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lol saya pun x pernah jejak lagi kat situ walau rumah berdktan je hehee... maybe lps ni bole juga cuba usha² mall tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..tak jauh dah dari hospital Selayang tu...tempat saya bekerja

    BalasPadam
  3. Sayapun baru tahu ada Mall 168. Memang baru lagi nampaknya. Ilustrasi Nasi kukus Rimba nampak sedap.

    BalasPadam
  4. Selamat datang ke Selayang Cg. Sy pun tak tahu kewujudan Mall 168 ni wpun Selayang tak jauh dari tempat tinggal kami. Nanti bolehlah kami pula ke sana

    BalasPadam
  5. wahh cikgu etuza jalan2 KL ye. sedap nasi kukus tu!
    suka jugak minum jus buah boost

    BalasPadam
  6. Nasi kukus Rimba, sudah terbayang pasti lezat,,,

    BalasPadam
  7. Tak pernah dengar mall 168 ni. Bolehla nanti jalan2 situ pulak.

    BalasPadam
  8. Selamat jalan2 ke semenanjung, Cikgu. Murah2 harga menu tu.

    BalasPadam
  9. Selamat berlibur di KL ye Cikgu. Luangkan masa dgn anak2 melawat tempat2 menarik di ibu kota. Boleh la pergi menunaikan solat di Masjid Jamek sebab sebelah LRT Masjid Jamek je.

    BalasPadam
  10. Waaah nampak sedaaaap bang 😍😍😍. Ok, masukkan dulu dalam list kuliner saya. Teringin nak coba. Mall ini pun saya belum pernah datangi.

    Dah beberapa kali dengar ttg nasi kukus. Blm pernah rasa. Dalam pikiran saya, apa mirip dengan nasi lemak

    BalasPadam
  11. Bagus jugak dapat tahu pasal Mall 168 ni melalui entri Cikgu. Boleh jadi port baru nak santai-santai kalau lalu area Selayang. Kalau Cikgu dah jumpa jawapan kenapa nama dia Mall 168 nanti jangan lupa kongsikan kat blog ya! Hehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.