Komentar Dalam Blog Laluan Untuk Memberi Dengan Ikhlas.


Blogger N A mendominasi lagi dalam ruangan komentar blog Pesona Etuza.

Ruangan Komen Dalam Blog Menyerikan Suasana Dalam Blog Anda.

Blog ini ialah Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Bermaksud ada berbagai corak kehidupan yang kita lalui selagi masih bernyawa, bergerak dan bernafas dalam pelbagai gaya hidup yang bagaikan mewarnai kehidupan kita.Gembira, seronok, bahagia , menangis sedih, pilu rawan menderita adalah umpama warna-warna dalam kehidupan kita. Mewarnai kehidupan ini dengan menjemput kebahagiaan memantapkan keimanan juga usaha mewarnai dunia kehidupan di dunia ini.Apapun cara anda mentafsir hidup anda, itu adalah warna-warna hidup anda. 

Blog yang menarik bagi Etuza ialah blog yang tampilkan ruangan komentar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk jatuhkan komen pada catatan anda di blog.Ruangan komentar tersebut adalah satu laluan yang termudah untuk asbab kita meletakkan niat memberi di blog yakni memberikan apa-apa juga hadiah sebagai meraikan kejayaan seseorang menghimpunkan komen dari awal bulan hingga ke akhir bulan, sebagaimana di blog Etuza. Tarikh akhir setiap bulan mengira komen terkumpul yang paling kerap memberi komen akan tampil teratas mengisi ruangan TOP 10 Pengomen Bulanan. Akan jelas nama singkatan Blogger dan total komentarnya pada ruangan top 10 pengomen bulanan ini.

Blogger N A Muncul Lagi Teratas Pengkomen Unggul Di Blog Etuza.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Blogger N A kerana julung kalinya unggul pengomen teratas di blog Etuza.Justru menjadi hak blogger N A mendapat hadiah pemberian Etuza nanti.Etuza mulai berfikir apakah hadiah yang sesuai kali ini. InshaAllah akan sampaikan hadiah tersebut dalam masa terdekat. Harap blogger N A menanti dengan sabar. Kepada blogger lain cubalah usaha ambil peluang tambah komen anda di Blog Etuza. Jika tidak akan kembali blogger yang sama akan menerima hadiah dari Etuza. Dan itu tidak menjadi kesalahan malah rezeki berganda kepada blogger yang rajin dan ikhlas menyampaikan komen di blog Etuza.

Sekian satu pemberitahuan  ikhlas kepada semua teman blogger maya.Untuk yang gemar blogging klik blog dan entri baru blogger NA SINI.

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Kawan-kawan uncle jugak semuanya ni.... Maknusia hebat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger yang baik, berpandangan jauh kan..sahabat maya..

      Padam
  2. Alhamdulillah ada kesempatan waktu Allah beri untuk tinggalkan komen.

    BalasPadam
  3. Tahniahh NA. Semoga Cikgu Etuza sentiasa dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  4. Wahh congrats to the winner🎊🥳

    BalasPadam
  5. Tahniah Blogger N A kerana berjaya capai carta teratas bulan ni! Rajin sungguh. Terima kasih juga buat Cikgu Etuza sebab sentiasa menghargai pembaca dan pengkomen blog. Cadangan yang sangat bagus untuk eratkan silaturahim sesama blogger.

    BalasPadam
  6. Mereka blogger yang hebat.. saling memberi semangat kepada yang lain..
    Keep sharing, happy blogging bt semua

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah moga ukhuwah sesama blogger berpanjangan

    BalasPadam
  8. Ruangan komentar sememangnya nadi sesebuah blog, pendekatan memberikan hadiah penghargaan ini sangat bagus untuk menceriakan suasana dan menghargai pembaca setia. Tahniah NA!

    BalasPadam
  9. lawa pula widget top komentator ni

    BalasPadam
  10. TAHNIAH BLOGGER NA RAJIN KOMEN

    BalasPadam
  11. Satu segmen yg bagus, bagi menggalakkan komen dan disamping menambah silaturrahim

    BalasPadam
  12. Wah saya akhir-akhir ini jarang mampir. Jadi turun peringkat jauh ya, hehehehe

    BalasPadam
  13. Tahniah kepada blogger NA dan semua blogger yg lain. teruskan memberi sokongan kepada Blog Pesona Etuza

    BalasPadam
  14. Congrats utk kak NA 🎉🎉🎉. Memang rajin membuat komen

    BalasPadam
  15. tahniah blogger NA, tahniah juga kepada tuan empunya blog cikgu Etuza yang sentiasa berkongsi rezeki.. baarakallahu fik

    BalasPadam
  16. Wah tahniah NA... memang rajin mengomen.. rezeki tu

    BalasPadam
  17. alhamdulillah tahniah blogger NA
    dan juga tahniah buat blogger2 lain
    hebat2 semua

    BalasPadam
  18. Blogger NA sentiasa juara dalam memberi komen blog kawan-kawan....saya cadangkan hadiah wang tunai atau top up pun ok...kalau hadiah cenderamata pun ok juga

    BalasPadam
  19. Tahniah di ucapkan kepada pemenang.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.