Gamuda Seru Dengan Pelbagai Kegiatan Sosialisasi.
Gamuda yang bertempat di Rawang Selangor, adalah kawasan yang ada pelbagai kegiatan sosialisasi masyarakat yang bersiaran di Gamuda. Tempat yang strategik dan jauh dari kesibukan kota, bersih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti juga tempat makan, jual minuman dan membeli aiskrim sebagaimana dalam gambar. Tempat solat yang selesa lelaki dan wanita disediakan dan tandas tu gais selesa sekali.
Kami dibawa ke tempat ini bersama dengan kanak-kanak riang. Terdahulu kami makan bersama-sama di satu tempat yang santai dengan berhadapan dengan penjual kuih muih dan pelbagai makanan, seperta Shawarma yang saiz kecil juga ada di sediakan dan harga masing-masing. Hendak makan meegi kegemaran juga boleh dan memang pelbagai makanan. Menariknya di Gamudah di Rawang Selangor ini.
Bayar Tiket Sebelum Naik Ferris Wheel yang terbesar Etuza pernah nampak, selain itu ada Skyline Luge flying, dan sebagainya. Memang kanak-kanak akan riang di tempat Gamuda Rawang ini. Selain itu ada artis menyanyikan lagu-lagu yang sedap didengar di satu zone. Sumbangan dengan kadar ikhlas juga akan di hulur kepada kita, katanya sumbangan ikhlas kepada artis yang mempersembahkan lagu.
Hujan Renyai Di Gamuda.
Oleh kerana hujan renyai maka kanak-kanak riang yang ikut bersama ke Gamuda, tidak dapat menaiki sebarang acara yang menarik. Selain anak yang tidur menjadikan pergerakan agak terhad, keselamatan anak -anak riang ini mestilah diutamakan. Jika ada peluang mahu saja naik mana-mana alat permainan yang mengujakan, tetapi hujan renyai membuat Etuza kurang ada niat untuk naik mana-mana tempat permainan di Gamuda ini.
Oleh itu Etuza bawa anak-anak riang ini masuk ke permis jual aiskrim dan belanja mereka makan aiskrim yang lazat. Alhamdulillah mereka sangat seronok dan happy sekali. Turut membeli minuman yang berbagai rasa buah, laici dan minuman sirap yang lazat dengan campuran amoi dan pudina juga ada disediakan di Gamuda. Etuza faham tempat ini setiap hari ada pengunjung dan waktu petang ke malam beroperasi dan selesa kerana cuaca tidak panas waktu malam. Sampai di sini catatan travel family Etuza bersama kanak-kanak riang dan Family adik bungso. Mohon maaf jika ada salah ejaan. Akan dibetulkan.
| Wah, aiskirm yang lazat perasa buah-buahan.. |
| Happy Qoid dapat makan aiskrim.. |
| Aiskrim di Gamuda Kuala Lumpur.. |
20 Ulasan
Wah, seronoknya Qoid layan aiskrim perasa buah-buahan! Walaupun cuaca renyai, paling penting momen bersama keluarga tu yang ternilai. Semoga Cikgu Etuza sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagiaan!
BalasPadamBetul, keselamatan diutamakan.
BalasPadamMakan aiskrim tatkala hujan, double sejuk, tapi nikmat.
Llao llao. Tidak pernah lagi cuba. Hehe budak-budak dapat seorang satu.
BalasPadamSemalam pun di Pasir Gudang hujan lebattt betul.. tak kemana punn.
BalasPadamHujan-hujan makan eskrem sedapnyaa
Seronok pergi bersama keluarga kan
BalasPadambelum pernah ke sini, cuma nampak dari highway je...sedap aiskrim IlaoIlao..
BalasPadamwah sampai tempat menarik n makan aiskrim sedap dengan fmili
BalasPadamBeautiful photos! Everyone looks fantastic and happy! Thank you so much for sharing this lovely tour!
BalasPadamSedap betuuul ice creamnya uncle. Senang betul nampaknya mereka berdua :D
BalasPadamLihat wahana bermainnya, langsung teringat dengan Dufan kalau di Indonesia ya uncle.
syoknya dpt jalan2 di KL. Last gi KL Jan 2025 sbb anak buah kahwin. Skrg dah ada baby pun dia.
BalasPadamsedap tu mkn aiskrim wpun masa hari hujan...bila hujan memang tak dptlah nak naik mcm2 ride on tu
BalasPadamTerbaik cikgu etuza..kerap turun ke semenanjung. dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.. moga ia menjadi pengalaman percutian yang terpahat di hati dengan kenangan yang manis-manis..
BalasPadamSeronok makan aiskrim tu..
BalasPadamSelamat beriadah dan jjcm ke kl
BalasPadamUncle tak pernah lagi rasa aiskrim tu... walaupun selalu nampak
BalasPadamCantik betul tempatnya ye.. Tu lah, hujan memang tak bolehlah nak main kan..
BalasPadamMakan aiskrim pun best dah..
Setuju sangat dengan Cikgu Etuza, keselamatan dan kesihatan anak-anak memang nombor satu. Walaupun tak dapat naik rides atau Ferris Wheel sebab hujan renyai, tapi bila dapat layan aiskrim sedap dan minuman segar dengan keluarga, tetap jadi kenangan manis. Seronok tengok Qoid dan budak-budak happy
BalasPadamLlaollao nih memang fav saya dan anak2 juga. Di JKT ada beberapa counternya. Kalau ketemu pasti beli.
BalasPadamInsyaallah ke KL lagi, pengen juga mampir tempat ini
Bestnya tempat riadah selesa dan besar macam ni. Seronok lahh budak2.
BalasPadamBelum berkesempatan lagi nak 'tersesat' ke sini.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.